PRK ROMPIN : BN Kekal Di Rompin Dengan Majoriti 8,895 Undi

PRK ROMPIN : BN Kekal Di Rompin Dengan Majoriti 8,895 Undi


Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dalam pilihan raya kecil yang berlangsung, Selasa dengan majoriti 8,895 undi.

Calon BN Datuk Hasan Arifin, 62, mendapat 23,796 undi atau 61 peratus berbanding calon PAS Nazri Ahmad, 40, memperoleh 14,901 undi atau 39 peratus.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Mei 2013, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis telah mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Jamaluddin mendapat 30,040 undi atau 66.53 peratus berbanding Nuridah dengan 14,926 undi atau 33.06 peratus.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Fadzilla Salleh di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Rompin, Selasa malam.

Fadzilla berkata terdapat 591 kertas undi rosak pada pengundian, Selasa.

Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini adalah 74 peratus daripada 53,294 pengundi berdaftar pada kali ini, 11 peratus lebih rendah daripada jumlah keluar mengundi pada PRU13, 46,035 atau 85.89 peratus.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam