Projek MRT: Jalan Susur Loke Yew Ditutup Sementara Dua Bulan

Projek MRT: Jalan Susur Loke Yew Ditutup Sementara Dua Bulan. Tutup untuk kerja-kerja permulaan pembinaan MRT Lembah Klang. Jalan alternatif pun dah diberi cadangan. Harap selepas siap projek ni, makin bertambah baiklah sistem perhubungan di Lembah Klang terutamanya. Hmmm.. Agak agak. Kalau orang luar. Pakai GPS. OK ker tak yer. Harap OK lah yea.

Projek MRT: Jalan Susur Loke Yew Ditutup Sementara Dua Bulan
Foto shared from http://www.themalaysiantimes.com.my
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Jalan susur dari Jalan Loke Yew ke arah Jalan Cheras (arah Kuala Lumpur(KL)/ Maluri) berhampiran bulatan Cheras akan ditutup sementara selama dua bulan bagi melancarkan kerja-kerja permulaan pembinaan projek MRT Sungai Buloh-Kajang.
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan hari ini berkata jalan susur itu akan ditutup bermula Isnin hingga 12 Julai dari 10 pagi hingga 5 petang, setiap hari.
Pengguna jalan raya dari Jalan Loke Yew menunju ke Jalan Cheras (arah KL) dinasihat menggunakan Bulatan Cheras menuju ke Kajang dan mengunakan jalan susur keluar keempat, Tesco Cheras di bulatan Taman Bilion.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp Amir Mahmood Razak berkata aliran trafik kontra sementara akan dilaksanakan di Jalan Damansara (arah KL) dari persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Mohd Fuad sehingga bekas stesen Caltex, mulai Ahad hingga 11 Julai bermula dari pukul 11 malam sehingga 5 pagi, setiap hari.
Ini adalah untuk memudahkan segmen pelancaran kerja-kerja untuk stesen MRT Taman Tun Dr Ismail untuk menampung pergerakan jentera-jentera besar, katanya.
"Satu lorong akan dibuka untuk setiap laluan (arah Lebuhraya KL dan LDP) semasa pelaksanaan aliran kontra itu," katanya.
Beliau berkata Jalan Wan Kadir dan Jalan Wan Kadir 3 hingga Jalan Damansara akan ditutup sementara dan tidak boleh diakses kepada lalu lintas semasa tempoh aliran kontra dan lencongan trafik akan diadakan bagi memudahkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan malam ini, MRT Corp memaklumkan lalu lintas di Jalan Raja Chulan ke arah Jalan Tun Razak dan Jalan Bukit Bintang menghala ke Pavilion akan terus ditutup kepada orang ramai, walaupun kerja pembaikan paip pecah di kawasan itu, siap awal pagi hari ini.
Ini kerana kerja-kerja untuk menjamin utiliti lain yang berada di lokasi itu sedang dilaksanakan, sebelum kerja pembaikan jalan raya dilaksanakan.
"Kerja Pembaikan melibat lencongan paip ke sisi Jalan Bukit Bintang. Bekalan air disambung semula pada kira-kira 2.00 pagi tadi.
"Polis trafik juga mencuba membantu melancarkan perjalanan trafik," menurut kenyataan itu.
MRT Corp turut mencadangkan jalan alternatif bagi pengguna jalan raya berikutan penutupan tambahan ini, katanya.
MRT Corp juga akan mengumumkan maklumat terkini mengenai penutupan jalan dan maklumat lanjut boleh didapati dari laman webnya di www.mymrt.com.my atau www.mymrt underground.com.my atau hubungi MRT Corp di talian 1-800-82-6868.
Pada 6 Mei lepas, berlaku kejadian paip air pecah menyebabkan mendapan di Jalan Bukit Bintang berhampiran persimpangan Jalan Imbi.
Pada 7 Mei, paip berkenaan diperbaiki, namun ia pecah buat kali kedua pada 8 Mei. Penyaluran air dan kerja-kerja pembaikan bermula serta-merta selepas itu.
-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP