KEMPEN 1Hari 1Sekolah 1Pelajar PROGRAM PERMATA PINTAR DAN PERMATA INSAN SESI 2014

KEMPEN 1Hari 1Sekolah 1Pelajar PROGRAM PERMATA PINTAR DAN PERMATA INSAN SESI 2014.



Ayuh! Apa tunggu lagi. Jom sertai Ujian UKM1. Saringan Pertama Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian PERMATAPintar UKM1 telah bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2014. Masih ada masa lagi bagi pelajar yang masih belum menyertai. Ujian tersebut terbuka kepada semua murid seperti berikut :

  1. Program PERMATA Pintar bagi murid berumur 9 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my 
  2. Program PERMATA Insan bagi murid berumur 8 tahun  dan boleh diakses secara atas talian di laman web http://permatainsan.usim.edu.my 


UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATA pintar Negara http://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:

  1. Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2014)
  2. Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2014 dan beragama Islam)
  3. Program Pendidikan PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2014)
  4. Program Pendidikan PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2014)

Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2014. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam