Permohonan Kebenaran Pindah Milik Tanah - Step 1 : Consent

Permohonan Kebenaran Pindah Milik Tanah - Step 1

Permohonan Kebenaran Pindah Milik Tanah - Step 1 : Consent. Prosedur pindah hak milik tanah ni a bit tricky juga. Tapi kalau kita faham proses dia actually agak mudah cuma banyak kerja dan dokumen yang perlu kita sediakan sebelum kita uruskan. Ada 4 step actually. Dan kali ni aku nak cerita step yang pertama dahulu.

Step pertama adalah Kelulusan Pindah Milik atau bahasa biasanya adalah Consent. Ni perkara wajib buat sebelum proses-proses lain menyusul. Semak geran dan anda akan dapati ada Sekatan Kepentingan yang diletakkan dalam geran tanah tersebut. Step pertama ini adalah untuk memastikan kita dapat kelulusan untuk permohonan melonggarkan sekatan tadi.

Hadir ke Pejabat Tanah untuk mohon Consent. Bagi proses ini wakil sahaja pun boleh hadir. Kita akan dapat satu senarai semak dan borang permohonan untuk kebenaran pindahmilik bagi tanah yang ada sekatan. Jangan risau sebab pegawai yang mengurus tadi akan tandakan pada senarai semak tadi dokumen yang perlu kita sertakan bersama semasa mengemukakan borang ini kelak. Sebelum balik pastikan anda buat Carian Persendirian. Kos untuk membuat carian ini adalah sebanyak RM40. Pastikan juga Cukai Tanah tahun semasa diselesaikan. Simpan resit untuk tujuan pengemukaan bersama kelak.

Sediakan semua dokumen seperti yang ditandakan pada senarai semak dan lengkapkan borang permohonan. Isi borang dengan pen dakwat basah. Pastikan pemilik dan penerima telah menandatangani borang berkenaan. Seterusnya, hadir ke Pejabat Tanah untuk submit permohonan bersama bayaran RM100. Pastikan anda masukkan emel dan no telefon untuk dihubungi nanti. Proses kelulusan ini akan mengambil masa lebih kurang satu (1) bulan dan akan dimaklumkan menerusi emel dan nombor telefon yang dinyatakan. 


Updated
12 Mac 2023 terima panggilan daripada pejabat tanah menyatakan permohonan telah lulus. Bila dah terima call ni maknanya dah boleh gerak ke PTG untuk mengambil surat kelulusan dan bergerak ke step kedua. 

Surat kelulusan ni hanya berkuatkuasa selama 6 bulan dari tarikh surat. So. Buatlah step kedua dalam tempoh ini. Sekiranya terlepas tempoh diberikan tetapi masih belum melebihi 1 tahun, surat ni boleh diperbaharui dengan bayaran RM50.

--- 
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam