The Colours of Life - Majlis Perasmian Penutupan Program NPQEL Ambilan 2022


The Colours of Life - Majlis Perasmian Penutupan Program NPQEL Ambilan 2022. So. This will be the last in this series. 10 bulan berlalu. Pelbagai perit getir telah dilalui dalam menjalani kursus kepemimpinan ini. Hampir dua kali aku cuba tarik diri actually. Hampir tewas dengan ujian yang melanda. Segalanya aku pendam. Hanya yang tahu sahaja tahu. Tanggungjawab sebagai penghulu tak membenarkan aku mendedahkan isi hati secara terbuka. Tambah pula bila dengar yang lain merintih. Dua kali fasa bersemuka. Dua kali diutarakan. Dua kali diberi semangat semula. Penyelia. Mentor. Isteri sendiri memainkan peranan yang sangat penting, merelakan semua bebanan yang dilalui. Dia berkeras untuk aku teruskan jua. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan moral sepanjang ujian ini aku harungi. Maybe aku unik sedikit. Hadir NPQEL hanya demi mengotakan janji. Akhirnya. Segala perit jerih telah berlalu. Majlis penutup menjadi titik penamat kami. Bak kata Ketua Jabatan. Manisnya bila dah berjaya menggapai. Tapi bila diminta lalui semula, mungkin akan cuba menolak bila diingat cabaran yang perlu dilalui. Teringat kata-kata mantan bosku dulu. Orang hanya nampak kecantikan angsa yang berenang di kolam, tapi orang tak nampak betapa peritnya kakinya mengayuh di bawah. Apa yang pasti, kami semua sudah berjaya melepasi cabaran ini. Majlis yang simple tapi meninggalkan seribu kenangan abadi. Usai majlis, semua penghulu bergerak sama ke Laman Aurora. Satunya kenangan tinggalan kami kohort 2022. 

Sebelum pulang, kami lalui sekali lagi satu ujian. Pasca ujian. Jawab sahaja berdasarkan pengalaman sepanjang kursus. Kalau itulah aku untuk situasi diberi, itulah apa yang aku akan lakukan. Amanat terakhir dari pengurus sebelum kami pulang. Jumpa lagi pada komensmen tahun depan. InsyaAllah. For now... It's a wrap! https://youtu.be/qmgx45D9H88

--- 
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam