BAJU RAYA PROJECT 2018


BAJU RAYA PROJECT 2018 kali ke-5 kini kembali! Salam semua, yaaaaa bagi anda yang mempunyai baju raya baru dan terpakai, dan juga makanan asas untuk didermakan kepada yang memerlukan, jom ke event kami 26 Mei ini! Kami telah mengumpul lebih kurang 10,000 pasang pakaian setiap tahun sejak 2013. Jadi, apa lagi? Jom turut serta!

SUKARELAWAN DAN SUMBANGAN/SPONSOR PAKAIAN RAYA DAN MAKANAN ASAS UNTUK GOLONGAN ASNAF DAN FAKIR.

1. LEMBAH KLANG

Tarikh: 26 Mei 2018 (Sabtu)
Tempat: Panggung Percubaan, UPM Serdang Selangor
Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang

2. JOHOR BAHRU

Tarikh: 26 Mei 2018 (Sabtu)
Tempat: Masjid Al-Jawaher, Mutiara Rini, Johor Bahru
Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang

APA YANG DIPERLUKAN?

Jenis sumbangan yang diperlukan:
1. Baju raya terpakai/baru untuk dewasa (lelaki dan perempuan), kanak-kanak (lelaki dan perempuan) yang masih elok.
2. Set 5221 (5kg beras, 2kg gula, 2kg tepung dan 1 tin susu manis) - 100 set.
3. Kuih raya kering (contohnya kerepek, maruku dan lain-lain)

SUKARELAWAN

Kami memerlukan seramai 300 orang sukarelawan untuk menjayakan program ini ( tugas semasa acara berlangsung dan menghantar pakaian). Maklumat lanjut dan jika ingin menjadi sukarelawan ataupun sponsor, boleh PM kami di sini / call/whatsapp di 012-7624974 (Encik Adib) dan emel bajurayaproject@gmail.com

Sasaran penerima: Rumah kebajikan, anak yatim, ibu tunggal, golongan asnaf/fakir atau mana-mana golongan yang memerlukan.

Info lanjut, sila layari:
Facebook: Baju Raya Project
Twitter/Instagram: @BajuRayaProject
E-mail rasmi: bajurayaproject@gmail.com

Sumbangan tuan/puan dalam menjayakan projek ini amatlah kami hargai. Terima kasih.

#bajurayaproject #projekbajuraya #brp2018

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam