PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Meninggalkan Solat Asar Akan Menyebabkan Terhapus Amal
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Meninggalkan Solat Asar Akan Menyebabkan Terhapus Amal
عَنْ أَبِي قِلَابَةَ أَنَّ أَبَا الْمَلِيحِ حَدَّثَهُ قَالَ كُنَّا مَعَ بُرَيْدَةَ فِي يَوْمٍ ذِي غَيْمٍ فَقَالَ بَكِّرُوا بِالصَّلَاةِ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ صَلَاةَ الْعَصْرِ حَبِطَ عَمَلُه
Dari Abu Qilabah bahawa Abu Al Malih menceritakan kepadanya, ia berkata, "Kami pernah bersama Buraidah pada suatu hari yang mendung, ia lalu berkata, "Segeralah laksanakan solat, kerana Nabi SAW pernah bersabda: "Barangsiapa meninggalkan solat Asar, sungguh telah hapuslah amalnya." (HR Bukhari No: 559) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Solat fardu wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang mukalaf dan berakal
2. Meninggalkan solat dengan menyia-nyiakannya dan menganggap remeh keutamaan waktunya padahal ia mampu untuk menunaikannya - boleh mengakibatkan terhapus amal seseorang.
3. Ibnul Qayyim berkata - meninggalkan amalan itu ada dua keadaan:
a. Pertama, meninggalkan secara total dengan tidak pernah mengerjakan solat sama sekali, maka ini menjadikan amalnya batal seluruhnya.
b. Kedua, meninggalkan solat asar pada hari tertentu, maka ini menjadikan amalnya batal pada hari tersebut.
Ayuh peliharalah solat fardu kita antaranya solat Asar.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
03hb Okt 2017
12hb Muharam 1439H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan