PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Meninggalkan Solat Asar Ibarat Kehilangan Keluarga dan Harta
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Meninggalkan Solat Asar Ibarat Kehilangan Keluarga dan Harta
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الَّذِي تَفُوتُهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ كَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ
Dari Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa kehilangan solat asar, seolah-olah ia kehilangan keluarga dan hartanya." (HR Muslim No: 991) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menjadi kewajipan setiap Muslim untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.
2. Solat Asar antara solat yang sering dicuaikan pelaksanaanya. Ada orang yang disibukkan berniaga di pasar malam, ada yang berebut untuk pulang dari pejabat, tidak kurang yang seronok di padang permainan, hingga terlepas waktu asarnya.
3. Orang yang meninggalkan solat asar dengan sengaja seolah-olah dia kehilangan ahli keluarga dan seluruh hartanya.
Ayuh pelihara solat kita terutama solat waktu asar kerana kelalaian mahupun kesibukan ketika waktu asar boleh menyebabkan solat Asar tidak dilaksanakan.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
02hb Okt 2017
11hb Muharam 1439H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan