PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Semakin Jauh Rumah Semakin Banyak Pahala


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Semakin Jauh Rumah Semakin Banyak Pahala

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ خَلَتْ الْبِقَاعُ حَوْلَ الْمَسْجِدِ فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُمْ إِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّكُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَنْتَقِلُوا قُرْبَ الْمَسْجِدِ قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَرَدْنَا ذَلِكَ فَقَالَ يَا بَنِي سَلِمَةَ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ

Dari Jabir bin Abdullah katanya; "Di sekitar masjid ada beberapa bidang tanah yang masih kosong, maka Bani Salamah berhasrat untuk pindah berdekatan masjid. Ketika berita ini sampai ke telinga Rasulullah SAW, baginda bersabda; "Telah sampai berita kepadaku bahawa kalian ingin pindah berdekatan masjid." Mereka menjawab; "Benar wahai Rasulullah, kami memang ingin seperti itu." Baginda lalu bersabda: "Wahai Bani Salamah, pertahankanlah rumah kalian, sebab setiap langkah kalian akan dicatat, pertahankanlah rumah kalian, sebab setiap langkah kalian akan dicatat." (HR Muslim No: 1068) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Melaksanakan solat fardu berjemaah di masjid bagi lelaki adalah suatu yang dituntut bagi setiap Muslim sebagai tanda pengimarahan masjid.

2.  Semakin jauh rumah daripada masjid bererti semakin besar pengorbanan yang dilakukan oleh orang beriman menuju ke masjid serta semakin banyak pahala diperolehi.

3.  Rasulullah melarang sahabat yang telah memiliki rumah jauh daripada masjid  untuk berpindah ke kawasan yang berdekatan masjid. Yang pastinya, dia tetap datang ke masjid untuk solat berjemaah.

4.  Rasulullah mengulang dua kali menunjukkan penegasan mengingatkan Bani Salamah agar tidak berpindah dan menyebutkan bahawa setiap langkahannya akan dicatat sebagai ganjaran (dapat meninggikan darjat dan menghapuskan dosa).

Beruntunglah orang yang tetap ke masjid untuk solat fardu berjemaah walaupun rumahnya jauh daripada masjid.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
 
11hb Sept  2017
20hb Zulhijjah 1438H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam