TIGA BERADIK HILANG DI TAMAN MERU IPOH


TIGA BERADIK HILANG DI TAMAN MERU IPOH. Polis Perak menyeru orang ramai agar membantu pihak polis dalam menjejak 3 orang kanak-kanak yang dilaporkan hilang pada 13 Ogos 2013. Dalam kejadian yang di Taman Meru 2, Jalan Taman Meru 5, Ipoh, ibu mangsa Puan Safarela Azwa meninggalkan 2 anak lelaki dan 1 anak perempuannya di rumah untuk keluar berkerja. Pada jam 6.30 petang ketika ibu kanak-kanak ini pulang ke rumah, didapati ketiga-tiga anaknya tiada di rumah.

Butiran kanak-kanak tersebut adalah seperti berikut
• Syarafuddin (11 tahun)
• Syahir Syafi (7tahun)
• Syauratul Syafiah (6 tahun)

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini boleh menghubungi pihak Polis di talian 05-2541500 (Insp Farizan Said, IPD Ipoh).

TERKINI...

Tiga beradik yang dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Meru, di sini, sejak 6.30 petang semalam, ditemui dalam keadaan selamat di ibu negara malam tadi. Jurucakap polis berkata, ketiga-tiga mereka iaitu Syafaruddin Syazwan Rizauddin, 11; Syahir Syafi, 8, dan Syauratul Syafiah, 6, ditemui kira-kira jam 9 malam dan kemudian dibawa ke di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. "Polis masih menjalankan siasatan bagaimana mereka boleh berada di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi, di sini, tengah malam tadi.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini dipercayai hilang antara jam 2 hingga 6 petang kelmarin ketika ibu mereka keluar bekerja. Sementara itu, bapa tiga beradik itu, Rizauddin Md Zain berkata, dia bersyukur ketiga-tiga mereka ditemui selamat walaupun masih hairan bagaimana mereka boleh pergi sejauh itu. "Saya dihubungi seorang pegawai polis dari IPK Perak memberitahu mereka sudah ditemui," katanya. Sementara itu, usaha untuk menghubungi ibu dan bapa saudara mereka tidak berjaya.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam