Jom gi checkup
Hari ni aku ambik half day. Lepas lam 1.15, dah setel semua kerja yang aku leh setel hari ni; aku terus punch kuar dan gerak balik. Waargghh.. Leh jem la pulak. Apa kes nih.. Baru sampai lima kedai, mama dah call.
Kat mana ni?
Lima kedai.. Dah dekat dah la ni..
Sekali nengok jam.. Lergghh dah jam 1.50. Patut la mama tepon. Dah lewat dah. Ingatkan dapat la amik nombor first petang nih. Sekali... Sampai depan kuil hindu lima kedai pulak ada roadblock polis. Adoi.. Memang sahih la aku sampai lewat ke klinik hari ni.
Dan aku pun berjaya sampai ke klinik jam 2.40 petang. Hahaha.. Tunggu jer la. Dapat nombor 160. Masa aku duduk baru nombor 142. Hahaha.. Layann.. Dah setel semua lebih kurang jam 4, baru gerak ke nusa. Nak cari makan tengahari. Posa lagi baik hari ni gamaknya. Hahaha.. Last-last beli pisang goreng jer.
Klik untuk cerita penuh
Sampai klinik jer dah jam 2.40.. hmmm.. layan jer ler
Haaa.. Yang nombor 160 tu ziqri yang punya, 161 tu inaz yang punya
Tengok la waktu nombor tu di ambik.. dah 2.43 tu..
Ni dah setel bab inaz.. 3.25.. dekat dekat sejam gak nunggu tu. Si ziqri lum setel lagi nih.. Dia nak kena injek.. Kata mama, baru pegang kaki dah nangis.. hahaha..
Sib baik cepat setelnya.. ala.. setakat injek jer kan.. ni masa nak amik ubat inaz
Terer gak la kan.. jap jer
Ada gak lam 2 orang didepan aku.. kira ok ler..
Pastu merayap jap ke nusa.. cari makan tengahari.. Apa-apa ajer la yang ada.. Inaz siap tarik kerusi panjat lagi nak nengok kuih apa yang dia leh pau..
Enjoice...Sharing is power!!!
Ulasan