Catatan

Bengkel Pembinaan Modul Guru Data Baharu dan Toolkit Pengurusan ICT JPN Johor 2018

Imej
Bengkel Pembinaan Modul Guru Data Baharu dan Toolkit Pengurusan ICT JPN Johor 2018. Dua hari kami berkampung di Batu Pahat. 8 hingga 9 Oktober yang lepas. Nak selesaikan semua urusan berkenaan Pengurusan Maklumat dan ICT. So. Kami pecah kepada empat team. Team aku dengan myPortfolio. Team Adi dengan Toolkit Pengurusan ICT dan Maklumat. Team Mustakim dengan Modul Guru Data Baharu. Team Firdaus dengan Pengurusan ICT organisasi. Aku cuma dapat tumpu sehari je. Ada masalah kesihatan yang serius pulak hari kedua tu. Alhamdulillah. Dapat disetelkan juga myPortfolio pada hari pertama tu. Terima kasih semua pegawai yang terlibat dalam menjayakan bengkel kita kali ni. Anda semua hebat!

Abam Busuk : 20181008 We will missing you

Imej
Abam Busuk : 20181008 We will missing you. Abam Busuk mempunyai cerita yang unik. Tetiba dia muncul. Ngendeng setiap makhluk kat luar rumah aku. Kami lagi la. Ngikut sampai ke kereta. Tapi. Bulu, badan, keadaan dia sangat tak senonoh. Macam baru jatuh lam longkang. Bau dia toksah cerita la. Sentiasa busuk. Yang powernya. Semua tak nak kawan dengan dia. Pakat lari jauh dari tempat biasa. Si samseng Sitam Dol pun tak berani usik beb. Aku saja dekatkan si lopaq. Marah member tu. Si Abam Busuk aje kekal selamba. Dua hari lepas tu, aku mandikan dia. Esoknya tengok dah makin teratur sikit bulu dia. Tiap-tiap pagi aku mandikan. Balik dari BP. Dia dah lari kata atuk. Haiishhh! Baru kena mandi kot. Puiii.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181007 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181007 Progress. Setel bumbung laluan keluar kat dapur.

PERMOHONAN GURU INTERIM TAHFIZ KPM AMBILAN 2019

Imej
PERMOHONAN GURU INTERIM TAHFIZ KPM AMBILAN 2019. Permohonan guru interim tahfiz KPM ambilan 2019 dibuka bermula 15 Oktober 2018 hingga 21 Oktober 2018 . Sila layari URL : https://pismp.moe.gov.my/myumum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Tahfiz secara interim di sekolah-sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2019 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Nama Perjawatan: Guru Tahfiz Secara Interim. Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara kontrak (Contract Of Service) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP). Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) Secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam tempoh yang ditetapkan. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS Warganegara Malaysia Sihat tubuh badan Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019 Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

Bengkel Fokus Kutipan Data Rasmi Oktober Negeri Johor 2018

Imej
Bengkel Fokus Kutipan Data Rasmi Oktober Negeri Johor 2018. Ahad lepas. Bengkel dilaksanakan di Bilik Bengkel SPI. Kita akan gunakan data repositori sepenuhnya untuk kutipan Oktober ini. Tanggungjawab pemilik adalah memastikan data sentiasa dikemaskini mengikut SOP yang telah ditetapkan. Bila tengok balik sarapan ni, aku rasa ni punca utama aku out hari Selasanya tu. Apa pun. All the best to all. Pastikan data kita berintegriti!

Top Eleven 2018 : Keeping Up The Pace

Imej
Top Eleven 2018 : Keeping Up The Pace. Lama kan aku tak nulih. Dekat seminggu jugak ni. Penat. Lelah. Sakit. Aku masuk part ni dulu lah ye sebagai pembuka. Once ko dah main, kontrol ke idak game akan terus jalan. Macam aku ni. Dah sampai 4 liga aku dah main untuk setiap season. Liga biasa, liga kejuaraan, cup dan association. Masalah utama adalah nak mengekalkan stamina player. Training lagi. Nak main lagi. Masak. At last. Aku kena jugak seri dengan team bawah. Kes memang dah tokleh nak buat apa dah. Stamina dah habih kosong. Stamina naik 6% setiap 3 jam. Sebelum game kenkurang kena 2 kali training yang akan makan minimum 15% stamina. Paling kurang 30% stamina untuk player main dalam game. How? Kakaka. Layan aje la. Main duit boleh la. Aku memang tak pernah guna real money dalam game. Membazir kot. Kan nak happy happy je.

Sekolah Tun Fatimah : 20181006 Mesyuarat AJK Kerja Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181006 Mesyuarat AJK Kerja Program Keusahawanan Tingkatan 3 2018. Semalam. Ketua Ibubapa setiap kelas Tingkatan 3 bersama dengan 5 wakil kelas murid Tingkatan 3 bermesyuarat buat kali pertama bertempat di Dewan Melati. Aku selaku drebar lepak belakang aje sambil sesekali mencelah, tu pun snap amik gambo aje. Sampai ke jam 6 jugak tu. Balik terus flat.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181006 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181006 Progress. Layan.

SMK Taman Nusajaya : 20181006 Majlis Graduasi Tingkatan 5

Imej
SMK Taman Nusajaya : 20181006 Majlis Graduasi Tingkatan 5. Pagi ni majlis berlangsung di Dewanraya Gelang Patah bermula 11.30 pagi. Aku numpang share aje ye foto dari henpon mama ni.

Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181005 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation Phase 2 : 20181005 Progress. Layan.