Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tesco

Tesco Bukit Indah... again??

Imej
Pagi ni sekali lagi keluar untuk urusan cuti mama. Sekali tak dapat settle lagi kat hospital. Sebab kerani tu dah cakap tunggu sampai dia call, so pergi la ke Tesco jap. Ada la sesikit barang Ziqri yang dah hampir nak habis perlu ditopup. Masuk dalam.. Cam biasa.. Terus carik barang yang dikehendaki dulu. Iqa dan Inaz dan cam huru-hara nampak bebudak lain dok tolak troli kecik. Yaa.. kat tesco ni ada troli kecik untuk bebudak. So, biar jer la diaorang tolak sorang satu. Dah settle beli semua.. hampir 80% berjenama tesco jer.. Ye lah.. kalau setakat pergi tesco beli barang biasa, aku rasa kat tempat lain pun ada yang lebih murah. Tapi kalau barang tesco.. memang la takde tempat lain kan. Turun bawah dan terus simpan barang lam bonet keter. Lepas jer simpan barang, masuk balik; pasal aku parking depan pintu kuar tesco hahaha.. masuk balik untuk makan. Iqa cam biasa makan mihun soto ngan inaz. Aku makan yee mee.. Tapi iqa kata soto kat sini tak best. Dedua sibuk dok taram yee mee aku.