Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel taman nusantara

Jenjalan Cari Makan : Restoran Lobstam

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Lobstam. Balik dari Batu Pahat, mama ajak keluar jap. Kebetulan ada kat area ni, memang amik keputusan untuk singgah try. Suasana memang kondusif. Retro gitu. Dia dah siapkan pakej ikut set. Order aje set yang tersedia. Boleh tahan juga rasa dia. Tomyam seafood sangat meriah dan penuh dengan hasil laut. Lala sambal power. Siakap pun ngam. Mama paksa aku jamah siakap ni. Memang boleh return lagi. Terbaeekkk!!!!

Makan makan nusantara

Imej
Makan makan nusantara. Merayau sampai usop. Sekali tutup daa... Singgah port biasa. Mak Ani. Layan nasi kerabu sama nasi lemak taruk daging. Hahaha. Ngantor mama ke sekolah jap. Lepak lepak jap. sempat tapau pisang goreng mak on the way back.

Jenjalan Cari Makan : Mak Ani Selera Timur

Imej
Jenjalan Cari Makan : Mak Ani Selera Timur. Tempat paling best nak tapau sarap. Just name it. Nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak. Tapau nasi lemak, mee goreng dan mihun soto. Si iqi ngan ici nak makan mihun la pulak. Layan aje.

Jenjalan Cari Makan : Black Cabin

Imej
Jenjalan Cari Makan : Black Cabin @ Nasi Lemak Abang. Dari petang Khamis sampai la ke petang Jemaat aku dok ngadap tugasan aje depan PC. Setel urusan ajak semua makan luar malam tu. Kebetulan iqa pun balik bermalam kan. Asyik dok ngadap pc ja apa nak jadi kan. So. Kami ke Black Cabin malam ni. Senang cerita sini dia sediakan makanan fusion. Ada western. Ada masakan asia. Apa lagi. Pakat  mengorder la. Yang mama dengan char koey teow. Angah ngan Yee Mee. Aku dan iqi memasing amik chicken chop. Iqa dan ici makan mushroom soup, meatball dan fries. Portion agak besar. Memasing hampir tak berjaya nak habiskan part memasing. At last pakat bertukar tukar juadah. Alhamdulillah. Hanya tinggal fries aje. Tu pun kami bawak balik. Len kali dah tau. Sepinggan tu dua orang pun boleh makan dengan kenyang. Layan.

Eskimo @ Klinik 1 Malaysia Taman Nusantara

Imej
Eskimo @ Klinik 1 Malaysia Taman Nusantara. Hehehe. Balik. Siap dah rangka perjalanan. Singgah Great Zone dulu beli penimbang. Ici dah sah jadi murid KEMAS Kampung Melayu tahun depan. Nak timbang berat dia untuk bagi teacher. Langsung ke Klinik. Amik nombor. Terus jumpa MA dan dapat ubat. Selsema teruk dan batuk. Dia kata tekak pun dah mula merah ni. Siap bagi ubat kahak jika perlu. Alhamdulillah. Dalam 10 minit setel semua. Tu yang aku suka tul datang sini. Tak lupa singgah gerai buah untuk beli buah pear untuk mama. Balik. Minum ubat batuk dulu. Terus tertidur. Aiyooo.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Talib, Taman Nusantara

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Talib, Taman Nusantara. Singgah late lunch jap lepas borong tempeyek kat Ulu Pulai. TQ Anissa Alyssa, manager yang belanja kami berdua makan tengah hari ni. Terbaeekkk!!!!

Ziarah Aidilfitri : 20180707 Gelang Patah

Imej
Ziarah Aidilfitri : 20180707 Gelang Patah. Hari ni ke sebuah rumah aje. Cikgu Farhana. Kepala masih berat hasil jelajah semalaman semalamnya. Gerak dekat jam 3 petang ke Taman Nusantara. Terima kasih atas undangan. Suka si iqi dan ici makan feberet deme.

Round round Nusantara

Imej
Round round Nusantara. Petang semalam. Gi meronda jap. Sesambil nak gi nengok lokasi program mama esok kat sekolah dan amik printer untuk projek iqa. Sempat layan team biru chant kat flat nusantara sementara nunggu lampu hijau. Balik singgah jap Tajri. Lama tak lepak sini.

RS Snow Wash, Taman Nusantara

Imej
RS Snow Wash, Taman Nusantara. 1 Mei. Sempat lepak kat sini untuk Almera. Boleh tahan diaorang punya sental. Siap minta buat wax dalam sekali. Leh tahan jugak la kedai ni.

Jenjalan Cari Makan : Restoran YusBe Chicken Chop, Taman Nusantara

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran YusBe Chicken Chop, Taman Nusantara. 5 Mac. Merayap jap cari burger untuk iqi. At last aku singgah sini. Menarik jugak tempatnya. Duduk kat meja. Terus nengok menu dan tulis sendiri apa yang nak dimakan. Kertas tu nanti bawak ke kaunter. Menarik jugak. Nice la. Ici tak reti diam. Habih semua dia nak tulis.

Jenjalan Cari Makan : Sate Power, Taman Nusantara

Imej
Jenjalan Cari Makan : Sate Power, Taman Nusantara. Sabtu. Malam. Ucu datang memeriahkan suasana. Nak cari makan sikit. Actually. Lebih mudah call dulu kemudian pergi ambik aje. Sekali nombor hilang la pulak. So. Keluar gi order on-site la. Antara sate yang best kat Gelang Patah. La ni dia dah bukak dari pagi.  Tapi tempat lain la. Kat Medan Perintis  dari jam 11 pagi sampai 5 petang. Then baru sambung sini dari 5.30 petang sampai 12 malam. Terbaeekkk!!!! Lama dok borak dengan tokei dia malam ni. Layan.

Selamat Pengantin Baharu Najeeb & Bibey

Imej
Selamat Pengantin Baharu Najeeb & Bibey. Tengah hari ni kat Taman Nusantara. Suka iqi dan ici. Makan ais krim sepuas hati. Kami datang awal sikit. Apapun. Tahniah pada kedua mempelai. Moga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Yok jenjalan : Southern Launderette, Taman Nusantara

Imej
Yok jenjalan : Southern Launderette, Taman Nusantara. Pagi tadi nyinggah dobi. Hujan sepagian. Just nak gi keringkan baju aje. Basic RM4. Tapi. Sebab nak pastikan betul-betul kering, dan baju pun dah over garis RM4 tu. Tambah RM2 untuk tambahan 10 minit. Quite cozy la tempat dia. Wifi semua ok.

Iqi Haircut @ Ravi's Barber

Imej
Iqi Haircut @ Ravi's Barber. Petang semalam. Singgah barber. Macam biasa. Iqi's turn. Dah makin seronok si iqi gunting rambut sekarang ni.

Iftar @ Barami Seafood, Taman Nusantara

Imej
Iftar @ Barami Seafood, Taman Nusantara. Ni masih senin lepas punya cerita.Kalau ikutkan, aku nak berbuka di Medan Selera Mydin. Nak makan Yee Mee. Sekali. Tutup untuk renpvate lah pulops. Ahh sudah. Belanja bulan je dulu cam biasa. Pastu beli wafel kat Daily Fresh. Masuk je kereta dah Azan. Makan jap wafel tu sambil dok mikir nak berbuka kat mana. Mulanya nak ke Tajri. Sekali lalu kat area Maybank. Terbuka minda untuk ronda ronda area ni. Awalnya berenti depan chicken chop. Lupa pulak nama kedai dia. Tapi orang punya la ramai. Aku cadang ke seafood ni. Yang selang 5-6 kedai dari chicken chop tu. Masuk. Mulanya nak order biasa biasa. Sekali adik inaz nak tomyam dan of coz siakap tiga rasa dia. Dah sudah. Lain pulak jadinya. Hehehe. Makan aje ler. Secara keseluruhan memang OK kedai ni. Siakap dia marbeles. RM70. Standard la harga tu. Siap bungkus sate untuk yang berada kat rumah. Sate dia aku baru makan semalam. Balik. Cam biasa lepas isya' aku akan tido. Lupa semuanya.

Perjumpaan Pertama Tadika SRI Al Azhar, Taman Nusantara

Imej
Perjumpaan Pertama Tadika SRI Al Azhar, Taman Nusantara. Pagi ni masuk lewat sikit ke opis. Gerak ke tadika iqi dulu. Ada perjumpaan antara guru dan ibu bapa. OK. Kata cikgu Maria, cikgu iqi. Budaknya cepat tangkap, laju, pintar. Tanya dia. Noti tak? Tak. Baik budaknya. Ehehehe. Ok ler tu.

Sate Ikan @Pasar Tani Taman Nusantara 20151119

Imej
Sate Ikan @Pasar Tani Taman Nusantara 20151119. Ini hari ada dua gerai baru yang aku detect. Selain Uncle Bob Fried Chicken, yang mama pun terkejut nengok drumstick beso aku beli untuk ziqri; sate ikan ni satu kelainan la kan. Rasa dia. OK ler. Dah buka baru aku rasa. Tokleh lawan rasa masa panas panas la kan. Tapi quite OK la. Kalau balik baling memang aku cari ja mender alah ni.

Sarap Nasi Lemak Singgit Taman Nusantara

Imej
Sarap Nasi Lemak Singgit Taman Nusantara. Lepak jap sini. Layan nasi lemak singgit. Cam biasa. Datang la around 9.00 am. Datang awal lum buka.

Teh Tarik Gelang Patah Sarap Experience

Imej
Teh Tarik Gelang Patah Sarap Experience. Pagi ni sarap jap ngan mama kat sini. Biasa biasa aje. Mama kata tak kena ngan taste dia. Aku? Biasa biasa aje. Aku pekena roti tampal, mama makan mee soto. Lokasi korang leh waze for Teh Tarik Gelang Patah.

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Taman Nusantara

Imej
Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Taman Nusantara. Singgah jap. Tapau untuk berbuka. Biasa-biasa aje. Alhamdulillah. RM5 for 1.