Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel larkin

Lepak di Larkin Sentral

Imej
singgah larkin sentral Setel jer kat perpustakaan, langsung ke larkin sentral. Nak cari majalah and what so ever. Teringatkan tak bayo zakat lagi, kebetulan amil pun ada kat sini. Terus ajer bayo. Pastu cari majalah untuk adik inaz n iqa. Dah setel semua, mama la pulak call. Belikan coleslaw untuk ziqri kat kfc pandu lalu sebelum balik. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! zakat fitrah untuk tahun ini, alhamdulillah selesai singgah kfc beli kentang putar untuk ziqri 

Poster Kemerdekaan ke 55

Imej
Dah mula nampak dah naiknya poster-poster kemerdekaan ke 55. Ni masa aku parking untuk semayang jemaat kat masjid annur larkin sentral petang jemaat lepas. Logo pun dah pakai logo 1 malaysia ajer. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Masjid An Nur, Larkin

Imej
As always... Via x8jer

Chicken Chop Bomba Larkin

Imej
Masa balik singgah kat bomba larkin. Makan kat medan selera. Macam biasa, kacang pool dengan chicken chop. Kebetulan sirloin steak ada, terus order. Steak 16, chicken chop 11. Kira ok la tu. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Kuih tunjuk Aidilfitri 2011

Imej
Semalam, pakat kuar gi cari kuih raya. Sekadar tunjuk tunjuk aje la ini tahun. Tunjuk tunjuk pun, kena la memilih. Tak nak la pulak beli 5 jenis, tapi rasa 1 jenis ajer kan. Tu pasal kuar sebelah malam. Sebab nak rasa sebelum beli. Target, larkin. Dapat la 5 rm 100. Kalau kat angsana, minggu lepas tanya 4 rm100. Pergghhh... Beli ala ala ada ajer la... Yang paling suka, adik inaz. Dari memula sampai, sampai balik, kerjanya mengunyah kuih ja. Published with Blogger-droid v1.7.4

Masjid tak tau nama, Larkin

Imej
Hari ni si Azam ajak semayang kat Larkin lak. Kat stesen ker? Tak, kat sebelah polis. Mana pulak la nak gi kali ni. Biasanya kami semayang jemaat kat masjid kat stesen bas larkin jer, tapi kali ni jauh sikit. Sesampai jer nengok masjid ni cambest la pulak. Siap ada jambatan rentas air tu. Banyak budak sekolah teknik kat sini. Sempat studi lagi tu. Dan jumpa banyak jugak orang jpn kat sini. Apa yang best kat sini. Aku nampak design kat dinding sangat spesel. Pastu ada tempat semayang kat atas macam masjid utm. Dan yang paling best adalah.. nengok jemaah hilang kepala masa khatib berkhutbah.. Stended la bebudak sekolah ramai kan.. Cam aku dulu tak cengini masa sekolah asrama.. Hahaha.. Klik untuk cerita penuh Enjoice...Sharing is power!!!

Kacang Pool Bomba Larkin

Petang jumaat lepas, memandangkan cuti hari wesak; kuar jugak gi makan-makan kat luar. Target kali ni medan selera sebelah balai bomba larkin. Sebabnya, disitu ada kacang pool dengan ABC spesel. Boleh tahan la rasa kacang pool kat sini. Maybe pasal kuah dia punya rasa kari yang tinggi. Pastu di letak bawang merah sama daging cincang. Mama yang tak makan daging pun belasah jer. Tapi iqa macam biasa.. tetap cari meehun sup dia la apa lagi.. Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis Perhimpunan Hari Kemerdekaan ke-52 Johor

Imej
Sambutan tahun ni dibuat kat Stadium Larkin. Aku kuar tadi pun lebih kurang jam 6.15 pagi. Gelap lagi tu. Jalan memang lengang la. Sampai jer area Larkin mula nampak sibuk sikit. Terus cari tempat parking. Ngam ngam sebelah stadium. Kuar nengok geng-geng perbarisan yang ramai. Kuar jer. Masuk jer stadium tengok dah ramai gak la orang kat dalam. Masuk jer mama terus cari tempat pendaftaran. Aku cam biasa la. Kuarkan kamera melilau. Petugas tanya dari mana, maybe sebab style aku kot. Ala dari sekolah jer. Terus aku tanya perjalanan majlis; kat mana aku nak duduk and what so ever la. Cheh. terspeaking london jap. Pastu baru aku gi daftar nama. La, baru aku ngan mama jer yang daftar. Mama tanya nak dok mana. Aku cakap kita kena berbaris kiri kanan padang. Tak yah la. Jom cari tempat duduk. Nanti pun aku mesti meronda punyer. Dapat tempat duduk, aku cam biasa merayap lagi. Merayap sana, merayap sini. Borak-borak ngan photografer yang datang. Pastu ajak mama tukau tempat. Jom dok kat atas la