Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jpn johor

Mesyuarat Perhubungan JPN Johor bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia

Imej
Mesyuarat Perhubungan JPN Johor bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia. Foto-foto sekitar majlis yang berlangsung sepanjang hari tadi. Terima kasih atas kunjungan rombongan ke JPN Johor.

Perhimpunan Bulanan Bil.6/2019 & Jamuan Aidilfitri JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.6/2019 & Jamuan Aidilfitri JPN Johor. Meriah majlis yang diurusetiakan oleh KSK kali ni. Sijil Guru juga turut disampaikan oleh pengarah sendiri. Tengah harinya disambung dengan jamuan raya. Siap ada pertandingan booth tercantik. Dapat la nombor dua. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih pada semua teammate yang bertungkus lumus sejak awal.

JPN Johor Special Raya Shooting

Imej
JPN Johor Special Raya Shooting. Pagi ni ada shooting spesel selepas ceramah bulanan. Semangat gitu. Dari atas opis dah mula buat rakaman video guna monopod. Layan. Turun ke surau untuk join ceramah. Team produksi dah tiba. Bincang sikit dan brief pada PPJ. Kita mulakan dengan takbir raya dulu. Selesai ja terus sambung dengan rakaman ucapan pengarah. Semua bergerak ke lobi untuk rakaman beramai-ramai sebelum pengarah bergerak ke Pengerang. Layan.

Majlis Pertemuan Ringkas Pengarah Baharu

Imej
Majlis Pertemuan Ringkas Pengarah Baharu. Pagi ni kami bersama Cikgu Azman Adnan. Pengarah baharu Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Selepas melapor diri, semua Ketua Sektor mendengar amanat daripada Tuan Pengarah. Beliau amat berterima kasih pada semua atas kerjasama dalam memastikan pendidikan Johor beroperasi dengan sebaiknya. Teamwork yang baik antara semua akan jadi keutamaan. Tindakan perlu pantas. Laksanakan tanggungjawab sebaik-baiknya. Hala tuju PPJ akan diteruskan dengan apa yang dah dibuat, dengan value added bagi yang perlukan penambahbaikan. Tahniah tuan, semoga terus cemerlang dalam menerajui pendidikan negeri Johor. TQ Hadi dan Nizam jadi jurugambar hari ni.

Program Tadarus Al-Quran Ihya' Ramadan JPN Johor 2019 : SPMICT

Imej
Program Tadarus Al-Quran Ihya' Ramadan JPN Johor 2019 : SPMICT. Tahun ni kami bersama dengan Pejabat Pengarah dan Pejabat Timbalan Pengarah dengan dibimbing oleh ustaz Zaieme Mohamad. Kami dapat surah At-Taubah hingga Yunus. Alhamdulillah. Tadarus kami dah dimulakan. Hari ni di SPMICT. InsyaAllah bermula esok akan dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Selasih.

JPN Johor : Ihya' Ramadan 1440

Imej
JPN Johor : Ihya' Ramadan 1440. Gerak ke Surau pagi ni. Ceramah Bulanan Ihya Ramadan oleh Ustaz Tn. Hj. Mohd Khairi. On the way back singgah jap kaunter zakat kat lobi. Buka setiap hari khamis bermula jam 9 pagi. Selesaikan terus. Kalau nak bersedekah pada anak yatim pun ada. Rehat. Macam biasa. Radio bergerak kami pun ada. Layan si Arif dengan lagu ketuhanan hari ni. Hehehe.

Pendidikan Kelestarian Negeri Johor - Kempen Menanam Pokok JPN Johor

Imej
Pendidikan Kelestarian Negeri Johor - Kempen Menanam Pokok JPN Johor. Seawal pagi semua ketua sektor berkumpul di hadapan Blok C. Maka bermulalah program pendidikan kelestarian negeri Johor peringkat JPN. Semua sektor diberi samada pokok pulasan atau pokok rambutan untuk ditanam dan dijaga. Kami di SPMICT dapat pokok rambutan. Anak sekolah beb! Masyuukkk!!! Berjiran dengan pokok pulasan SPSPK dan SPsK.

Walimatul Urus : Haji Abu Samah & Salina

Imej
Walimatul Urus : Haji Abu Samah & Salina. Tengah hari ni ada majlis jamuan khas meraikan pasangan pengantin baharu tuan haji Abu Samah dan puan Salina. Buat kat aras 7 JPN Johor. Pasangan mempelai sempat meronda ke setiap meja. Apa lagi. Snap snap la kan. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

SPMICT : More Makan Makan Session

Imej
SPMICT : More Makan Makan Session. Lunch hari ni KS belanja makan pizza. Sempena keputusan SPM anaknya dan raikan Mus yang akan mengerjakan umrah semasa cuti sekolah ni. Kebetulan al fadhil ustaz azman masuk sekali. Terus jadi tekong. Alhamdulillah. Sesi makan terpaksa disunting atas sebab keselamatan :P

Majlis Santuni KS SPMICT JPN Johor

Imej
Majlis Santuni KS SPMICT JPN Johor. Tengah hari tadi kami buat sedikit majlis khas untuk ketua sektor. Tahniah pada team SPMICT yang berjaya menjayakan majlis kali ni. Terima kasih pada semua rakan-rakan BTPN, pegawai dan staf mantan SPMICT, rakan dari daerah; yang sudi hadir sama on short notice. Semoga ukhuwah dan solidariti ini berkekalan selamanya dan menjadi kenangan terindah buat kita semua. Terima kasih pada hotel grand paragon. Makanan memang terbaeekkk!!!! 

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.1 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.1 Tahun 2019. Alhamdulillah majlis perhimpunan berjalan lancar di Dewan Seminar. Sempat posing di ruang retro sementara nunggu lif untuk ke dewan seminar. Majlis dimulakan dengan alunan bacaan al-quran dan barzanji dari dua murid yang bakal mewakili Johor kelak sebelum diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh PU Yeop. Seterusnya perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan daripada KS SPI selaku urusetia kali ini sebelum Pengarah berucap. Ucapan PPJ kali ni merupakan ucapan terakhir sebagai pengarah pendidikan negeri Johor. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah surau dan ofkoz la pertandingan perarakan tadi. Lunch kita pakat reramai makan nasi beriani dalam dulang di dewan Jauhar. Terbaeekkk!!!! boh. Siap amik megi dua mangkuk kecik tau. Lum campur nescafe lagi. Kekeke.

Nestle Koko Crunch @ JPN Johor

Imej
Nestle Koko Crunch @ JPN Johor. Wah. Ada sarapan terbaeekkk!!!! dari nestle pagi ni kat Dataran JPN Johor. TQ Puan Salmah arrange ngan team nestle. Dapat la merasa koko crunch pagi ni. Nestle juga buat jualan promosi RM4 bagi 2 pek Koko Crunch.

JPN Johor : Bus makeover

Imej
JPN Johor : Bus makeover. Actually dah siap awal minggu ni. Baru terperasan semalam dan snap snap hari ni. Bas dengan sentuhan ciri Karakter Murid Johor. Lain dari yang lain.

Bengkel Fokus Kutipan Data Rasmi Januari JPN Johor 2019

Imej
Bengkel Fokus Kutipan Data Rasmi Januari JPN Johor 2019. Target kali ni, pastikan data tepat dan berintegriti. Semua data daripada sistem diperaku jelas dikumpulkan pada repositori yang menjadi sumber utama Dashboard yang digunapakai di peringkat pengurusan tertinggi. Semakan penuh pada setiap medan dashboard dibandingbeza dengan pengisian pada sistem diperaku. Perbincangan diperluas kepada kesediaan pengurus sistem setiap peringkat dalam memastikan data berkualiti dan berintegriti dengan perubahan dibawa Pelan Transformasi ICT 2019:2023. All the best pada semua! Data kita penentu masa depan gemilang!

Amanat Menteri Pendidikan 2019 : Setting khas paparan layar besar di JPN Johor

Imej
Amanat Menteri Pendidikan 2019 : Setting khas paparan layar besar di JPN Johor. Buat setting khas supaya dapat ditonton bersama di Bilik Mesyuarat Selasih. Kami buka youtube eduwebtv. Kebanyakan pegawai menggunakan peranti mudah alih masing-masing. Rasa lebih ngam buat cenggini. Lebih feel gitu. Lepas ni nak buat lagi. Kekeke. Gambar masa dah ada orang tak dikongsi sebab gego. Ni semua gambo-gambo sebelum jam 10 pagi.

JPN Johor : 3 kehilangan dalam seminggu

Imej
JPN Johor : 3 kehilangan dalam seminggu. Awal Januari ni sahaja 3 kehilangan yang aku tempuhi. 2 bersara pilihan dan satu ditukarkan. 1 Januari, encik suhaimi; rakan lama sejak masuk JPN. Hari Isnin sempat menjamah jamuan khas di bilik dia. 2 Januari, puan Zulikha; rakan bersuara emas yang sentiasa jadi pilihan untuk majlis-majlis besar jabatan selama ni. 3 Januari, puan Besek, rakan sektor yang ditukarkan ke SPR. Tak dapat aku nak hadir ke majlis khas besek walau dari awal dah rancang dengan baik. Semoga ketiga-tiga sentiasa dirahmati dan selamat maju jaya dengan persekitaran baharu. All the best!

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri JPN Johor Bil.3/2018

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri JPN Johor Bil.3/2018. Alhamdulillah. Dengan selesainya mesyuarat terakhir ni maka lengkaplah semua agenda penting kami untuk 2018. Bermula mesyuarat ini, penggunaan dashboard rasmi KPM dikuatkuasakan bersama-sama repositori data KPM. Semoga pengurusan data kita akan lebih mantap lagi selepas ini. Tahniah pada semua atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan kualiti data kita berada di tahap yang baik!

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2018

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.10 Tahun 2018. Pagi tadi majlis berlangsung bertempat di Dewan Seminar diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Akademik dengan tema Bulan Bahasa Kebangsaan. Layan. Baru tahu yang Bulan Bahasa dah dijenamakan kepada yang baharu. Ada persembahan seloka yang menarik. Ada kuiz yang dikuasakan menerusi quizizz.com. Hehehe. Sempat la melonjak ke nombor satu sebelum dipotong diselekoh habis habisan malah dicincang sehingga keputusan akhir aku nombor 25. Kekeke. Tahniah pada SPA atas penganjuran perhimpunan kali ni.

Majlis Anugerah Inovasi JPN Johor Tahun 2018

Imej
Majlis Anugerah Inovasi JPN Johor Tahun 2018. Selesai aje budaya quran, majlis diteruskan lagi dengan anugerah inovasi. Tahniah pada semua pemenang. Anda memang terbaeekkk!!!!

Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor Oktober 2018 - Amalan Sedikit Pahala Berganda

Imej
Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor Oktober 2018 - Amalan Sedikit Pahala Berganda. Pagi ni bersama Ustaz Muhadir Haji Joll. Memang menarik, ringkas dan padat pengisiannya. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.