Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jpn johor

Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Johor 2018 : Ummah Digital

Imej
Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Johor 2018 : Ummah Digital. Alang-alang clearkan dropbox, habis semua kita kasi upload ke blog. Ni gambar semua warga kerja SPMICT ketika menjadi urusetia perhimpunan bulanan JPN Johor yang lepas. Tahniah dan terima kasih pada semua warga ummah digital SPMICT JPN Johor! Anda semua adalah yang terbaeekkk!!!!

Hari Sukan Negara Peringkat JPN Johor 2018 : Let's the games begin!

Imej
Hari Sukan Negara Peringkat JPN Johor 2018 : Let's the games begin! Belasah aje beb. Yang penting kita happy. Memula kita senamrobik dulu. Aku jer yang buat gimrama atas lantai sensorang. Kekeke. Team dart kami dapat nombor 4. Dah sampai tahap tepu dah. Peraturan pun dah diubahsuai abis. Akur aje la. Kata tiga kali match setiap team. Setel. Aku gi ler melantak. Sekali kena panggil semula dengan tangan muka berlemoih aku gi tau. Beza mata dipotong tang corner tatkala aku dah sampai tahap boring dah nak baling. Apapun team Orion dapat juara keseluruhan. Tahniah pada semua yang menjayakan Hari Sukan Negara peringkat JPN Johor. Yang penting kita enjoy!!! 

Hari Sukan Negara Peringkat JPN Johor 2018 : Team Orion Dart Training

Imej
Hari Sukan Negara Peringkat JPN Johor 2018 : Team Orion Dart Training. Lepas je taklimat hari tu aku ngan firdaus kerap lepak sini masa rehat. Praktis beb. Dulu aku main dart kat sony ericson aku jer. Tapi tau la camner kira mata dia. Bila keluar peraturan, semak. Yes! Tepat sepertimana perguruan sony ericson aku dulu. All the best aje lah Sabtu ni nanti ye. Go Orion!

Hari Sukan Negara Peringkat JPN Johor 2018 : Taklimat Awal Kumpulan

Imej
Hari Sukan Negara Peringkat JPN Johor 2018 : Taklimat Awal Kumpulan. 10 Oktober. Taklimat awal dibuat di Dewan Jauhar pada jam 1.45 petang. Apa pun. Kita gi makan dulu. Sibuk pulak si Mus ngajak ke Nasi Ayam UDA ni. Haiiisshhh. Layan aje la. Sempat jumpa abam long kawasan si oren rahang sakti tu. Ada abam baru juga. Selesai makan terus ke dewan Jauhar. aku dalam kumpulan Orion. Kumpulan kaler ungu. Satu team ngan mus dan firdaus. Selesai taklimat ringkas kami berkumpul dalam kumpulan dan team leader mula agih permainan. Aku masuk dart ngan firdaus aris dan rahman. Lepas ni boleh la praktis kan. all the best Orion!

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.9 Tahun 2018

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.9 Tahun 2018. Pagi tadi majlis berlangsung bertempat di Dewan Seminar diurusetiakan oleh kami, SPMICT dengan tema Ummah Digital. Satu kelainan dimana kami membawakan teknologi ke dalam perhimpunan kali ni; pendaftaran secara terus atas talian melalui sistem i-Datang yang dikelolakan oleh Fadzli; permainan kuiz Ummah Digital Bermaklumat yang dikelolakan oleh Adi; sesi cabutan bertuah berdasarkan kehadiran menerusi i-Datang, diundi menerusi aplikasi wheel of fortune. Tahniah pada kesemua team SPMICT yang banyak menyumbang tenaga dalam memastikan perhimpunan kali ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah pada kesemua warga jabatan yang turut hadir dan menjadi sebahagian daripada kami; menerokai dunia digital bermaklumat bersama. Hmmm.. Gambo kurang sikit lah ye. Tunggu update dari photog rasmi lah ye dalam FB rasmi JPN. Aku banyak ke hulu ke hilir je pagi ni :P

Meronda Pagi

Imej
Meronda Pagi. Selalunya datang mesti terus masuk opis. Bukak laptop terus buat kerja. Pagi semalam. Tukar sikit. Tawaf sekali bahagian luar opis. Merayau sekali jalan. Sesambil snap snap. Lama aku tak buat gini kan.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2018

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.8/2018. Perhimpunan kali ni diurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah. Tema ofcoz la Hari Kebangsaan kan. Kali ni JK Promosi buat julung kalinya menganjurkan pertandingan kami sendiri, pertandingan video kesedaran EKSA. 3 video pilihan dapat sijil dan wang tunai RM100. Tahniah pada Sektor Jaminan Kualiti, Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Sektor Pengurusan Akademik atas pemilihan sebagai pemenang kali ni. Next month, kami anjur pertandingan poster infografik pula. Tunggu...

Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Maklumat JPN Johor Bil.3/2018

Imej
Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Maklumat JPN Johor Bil.3/2018. Mesyuarat kali ini dijalankan bertempat di SK Seri Bandan, Batu Pahat pada 29 Ogos yang lepas. Tahniah dan syabas pada semua pegawai yang hadir sama dalam mesyuarat dan bengkel yang dijalankan selepas selesai mesyuarat. Anda semua adalah yang terbaeekkk!!!! Teruskan kecemerlangan dalam memastikan pengurusan ICT dan Maklumat negeri Johor sentiasa berada dalam kesempurnaan pada setiap masa.

Kolaborasi JPN Johor - SPR Negeri Johor : Perbincangan Awal

Imej
Kolaborasi JPN Johor - SPR Negeri Johor : Perbincangan Awal. Sambung lagi. Kini. Kisah perubahan persempadanan dan perubahan nama Parlimen dan DUN yang melibatkan sekolah-sekolah Johor. Memang banyak juga yang berubah ni. Semoga usaha kita dapat menghasilkan pengurusan data berintegriti bagi negeri Johor.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri Johor Bil.2/2018 : The Final Preparation

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Negeri Johor Bil.2/2018 : The Final Preparation. Hari ni a bit menumpu on the meetims esoknya. Semak satu demi satu. Susun. Semak. Teliti. Harap semua yang terbaeekkk!!!! untuk meetims esok ya. Abaikan laptop dan monitor yang bertaburan dikiri dan kanan tu ye. Yang paling best, aku tinggal henpon kat umah. Sib baik dah install whatsapp dan telegram kat laptop. So. Masih ada medium untuk perhubungan dengan clients. Ish ish ish.

Perhimpunan Bulanan Bil.6/2018 dan Mesyuarat Agung KSK JPN Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.6/2018 dan Mesyuarat Agung KSK JPN Johor. 26 Jun yang lepas dua aktiviti ni berjalan back to back di Dewan Seminar. Perhimpunan kali di diuruskan oleh KSK. Kali ni aku rileks rileks je. Ni permulaan cuba bawak 1 gajet je untuk apa apa acara. Hehehe. OK je kan. Cuma variasi foto tu cenggitu la. Dah nama pun 1 gajet aje. Hehehe. Apapun. Tahniah pada team KSK JPN Johor. Anda memang terbaeekkk!!!!

3 activities in a day

Imej
3 activities in a day. Alhamdulillah. Selesai 1 mesyuarat dan 2 bengkel precouncil hari ni. Banyak yang aku dapat actually hari ni. Bila difikir, orang yang suka bereksperimen macam aku ni memang susah nak puas hati. Dan hari ni memang betullah tu. Aku kena ubah sesuatu terutama untuk pengurusan dashboard tu sendiri sebab aku rasa kita dah langgar dinding keselesaan. Tahniah pada semua pegawai meja yang terlibat. Anda memang hebat. Kita dah berjaya satukan semua data dibawah pengurusan Johor bawah satu dashboard. Kita dah ada pembina yang boleh dikatakan mahir. Cuma aku rasa kita masih kekurangan penganalisa sekarang ni. Bilamana aku rasa dah selesa dengan data yang ada semestinya akan ada somewhere wrong dimana-mana part yang terlepas. Bagi aku dashboard tu bukan sahaja boleh menjawab semua persoalan malahan ianya juga mampu memberi petunjuk dan indicator terutama untuk perancangan masa depan dan intervensi. InsyaAllah akan ada something yang kita akan buat lepas ni untuk memastika

Sambutan Aidilfitri 2018 JPN Johor

Imej
Sambutan Aidilfitri 2018 JPN Johor. Hari ni selesai acara gilang gemilang sambutan raya JPN Johor. Meriah. Aku macam biasa la. Meronda cari rerakan sejawat. Masa ni lebih tenang bincang borak borak santai sesekali diselang cerita kerja. Tenang gitu kan. Hehehe. Tok leh lepas dari kerja jugak tu. Sesambil tu sesekali melayan isu isu teknikal yang tengah hangat di sekolah sekarang ni. Selesai. Naik atas sambung bincang pasal bengkel esok. Bertambah pulak gajet atas meja ni. Haisshhh. Rasanya esok tetap ngan switch aku jugak kot. Selesa. Santai.

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-47 : My One Whole Day Journey

Imej
Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-47 : My One Whole Day Journey. Pepagi lagi dah bersiap nak ke Muar. Paling bising adalah mama. Haishhh. Dua hari terbaring, MC. Tetiba je dah bersiap awal pagi. Ni nak gi mana ni? Susah tul nak cakap. Hehehe. Takpe la. Slow slow la. Bwak bekal ubat sekali yang kena abiskan. Sampai opis. Bas dah menanti. Tak ramai tapi ada la. Terus gerak ke Muar. Sekali sampai ke KM110... alamak. Ada team maintainance pulak. Boleh lari program gini. Sib baik drebar tahap dewa. Cilok sana sini sampai kami on time. Tu pun VIP dah sampai dan tengah dibawa meronda tapak pameran. Terus aje masuk ke dewan. Memang terbaeekkk!!!! dewan dia. Duduk dan layan apa ajew scenery depan mata. Cuma ada sikit spoilt masa lagu dimainkan. Alamak. Takpe. Sikit aje. Majlis diteruskan dengan cantik sekali. Doa, ucapan, gimik. Memang sempoi. Sampai part koir. Team Pejabat Kesihatan tau yang sumbang tenaga. Memang terbaeekkk!!!! kolaborasi PPD Muar ni. Dewan ni pun ditaja semua

Kaunter Kutipan Zakat Fitrah 1439H/2018 JPN Johor

Imej
Kaunter Kutipan Zakat Fitrah 1439H/2018 JPN Johor. Semalam baru berkesempatan lepak ngan amil ni kat lobi. Tu pun sempat sembang pinjam stapler aje. Kekeke. Teruk tul. Aku dah bayo kat imam kampung aku daa.. Saja je lepak sini jap nengok papan kenyataan EKSA.

Majlis Bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Majlis Bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor. Alhamdulillah. Selesai majlis ni pagi tadi bersama YB Tn. Hj. Aminolhuda bin Hj. Hassan. Bahasa mudahnya Exco Agama dan Pendidikan. Dimulakan dengan sesi penggambaran bersama barisan pengurusan pendidikan negeri Johor. TQVM En Remy dan En Nasrul yang banyak membantu melicinkan proses. Seterusnya sesi Taklimat Pengurusan disampaikan oleh big boss sendiri sebelum YB Exco menyampaikan amanatnya. Alhamdulillah. Banyak perkara diambil perhatian oleh beliau. Semoga pendidikan Johor bertambah cemerlang hendaknya.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : Yok posing posing

Imej
Ekosistem Kondusif Sektor Awam JPN Johor : Yok posing posing. Ni posting peram ye. Kang post dulu semua dah tau kan. Petang Isnin tu semua dah ready. Alhamdulillah. So. Kita dah gayakan dan plan camne nak buat nanti. Aku ni plan aje lebih, body aku pun takde masa launching tu nanti. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar semalam. Tahniah pada semua team promosi. You're the best!

Infografik JPN Johor : 20180529 Review

Imej
Infografik JPN Johor : 20180529 Review. Petang semalam. Ada penambahbaikan yang perlu dibuat.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.5/2018 : Rehearsal with the organiser

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.5/2018 : Rehearsal with the organiser. Setel kat BTPN terus gerak ke dewan seminar tadi. Suruh Mustakim tengok dulu sementara aku nak tiba. Just nice. Lusa pun ada rehearsal lagi. All the best to all!

Program Ihya' Ramadan JPN Johor : Siri 1 - Janji-janji Allah di Bulan Ramadan

Imej
Program Ihya' Ramadan JPN Johor : Siri 1 - Janji-janji Allah di Bulan Ramadan. Pagi ni bersama Ustaz Hanafi. Cuma. Tak sempat lama. Ada benda nak kena setelkan depan laptop pagi ni jugak. Rugi sikit la aku hari ni.