Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel johor

Walimatul Urus : Nur Haziqah & Harith

Imej
Walimatul Urus : Nur Haziqah & Harith. Petangnya. Kami gerak ke Dewanraya Taman Universiti. Mak pengantinnya Puan Salmah. Meriah majlis. Iqi siap menambah kuih. Jarang dia nak makan cenggini. Alhamdulillah. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Jeti Wawasan : A little walkabout

Imej
Jeti Wawasan : A little walkabout. Lama tak meronda amik gambo. Sesambil ngetest cam, sesambil layan scenery. Ni kawasan pintu masuk kampung kami. Ada 3 landmark. Gerbang. Jeti. Bakar Arang.

Haircut Session @ Ravi

Imej
Haircut Session @ Ravi. Minggu depan dah mula sekolah semula. So. Setelkan dulu rambut the Haziq ni. Semua repair aje. Taknak terlalu pendek sangat. 3 orang sekali jalan. Ici first, then aku dan last iqi. So. Gambo yang ada hanya si ici la kan. Layannzzz!!!!

Fun Time @ Jom Anjung

Imej
Fun Time @ Jom Anjung Nusajaya. Singgah sini belanja bulan. Team pompuan masuk mydin, team lelaki lepak kat taman menan. Kekeke. Layan beb. Terasa masa berlalu dengan pantas sekali. Ici siap takmau balik gitu.

Jenjalan Cari Makan : Sani Penang Char Kuey Teow, Nusa Sentral

Imej
Jenjalan Cari Makan : Sani Penang Char Kuey Teow, Nusa Sentral. Lepak kat sini makan char koey teow. Jangan tanya pasal aku nyer sebab aku amik yang kosong abih. Memang marbeles. Leh return lagi ni. Iqi dan ici siap tambah makan burger lagi. Yok. Cuma lepas ni aku lebih prefer bungkus makan kat umah.

Festival Belia Islamik UTM 2019

Imej
Festival Belia Islamik UTM 2019. Singgah di Dataran UTM. Panas beb. Lepak jap kat tengah tu sambil makan eskrem. Si ici mata dah tak lepas menan kat gerai depan tu. Layan aje la. Sambil tu usyar jersi Malaysia yang aku nak beli tak jadi beli itu hari. Lama wooo simpan hajat tu. Sambung lepak tengah balik tunggu mama. Mama sampai aje gi makan nasi ayam goreng kunyit. Tak suka tul pakai sudu plastik ngan potongan ayam yang agak beso ni. Perut dah penuh, terus sambung gi JPO nak nukar jam swatch iqa yang dah rosak tu. 1 to 1 beb. Terbaeekkk!!!!

Big Bad Wolf 2019 Johor

Imej
Big Bad Wolf 2019 Johor. Balik dari makan-makan session kat Taman U kami terus singgah di Mydin Mall. Alang-alang lalu kan. Lagi pun dia buat sampai 12 tengah malam. Suka la the kebudaks ni. Balqis ke, Haziq ke. Empat-empat teruja ya'amat. Memula aku kasi sorang dua buku aje. Mukadimah awal. Sekali dah masuk... Of coz la pakat lebih dari tu. Hehehehe. Layan aje ler. Yok ke sana. Masih ada masa beb! #BBWJOHORSELFIE2019 #BBWJOHORBOOKHAUL2019 #BigBadWolfBooks #BBWJohor2019

Jenjalan Cari Makan : Primadona Cafe, Taman Universiti, Skudai, Johor

Imej
Jenjalan Cari Makan : Primadona Cafe, Taman Universiti, Skudai, Johor. Punya jauh meronda sekitar Taman Universiti cari tempat makan. Tawaf satu taman u jugak sebenarnya. Solat kat Masjid Taman U kemudian search semula. Asalnya gi Asam Pedas & Barbeque. Tapi tak kena pulak ikan yang ada malam tu, so keep on searching sehinggalah kami jumpa restoran ni. Memang ada kepelbagaian. Kami geng lelaki amik western dan team mama makan seafood. Layannn.. Boleh tahan dia nyer portion makanan. Penuh perut malam ni.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 17 Mac. Isi semula on 25 Mac 2019. Petron Kota Tinggi. Resit tak kuar. Snap terus paparan kat pam. Hasil RM76.44 for 441.7 km melibatkan 36.749l minyak. 9 hari. Memang lepas ni kena beralih ke Shell semula nih. Layan.

Meronda Kota Tinggi

Imej
Meronda Kota Tinggi. Lepak kat Pasar Kelantan hari ni. Nengok baju. Zohor, Asar dedua kat surau kat sini. Memang kondusif. Setel situ sambung lepak kat cendol stesen bas. Suka si Iqi makan ABC sini reramai. Sambung kat Hari-Hari sebelum gerak pulang. Pergghhhh!

Jenjalan Cari Makan : Restoran Citarasa D'Nazril Belangkas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Citarasa D'Nazril Belangkas. Singgah lunch kat sini. Pilihan lauk memang terbaeekkk!!!! Harga pun sangat berpatutan. Cuma tak puas hati pasal aku dapat lemon blend. A bit pahit dan kelat  beb.

Walimatul Urus : Nabilah & Amin

Imej
Walimatul Urus : Nabilah & Amin. Gerak ke Dewan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai. Majlis Encik Mohamad Aman. Makanan memang terbaeekkk!!!! Sempat lagi makan aiskrim. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 9 Mac. Isi semula on 24 Mac. Hasil RM72.80 for 337.9 km melibatkan 35l minyak. 16 hari.

Mee Udang Tiram Duku : The Return

Imej
Mee Udang Tiram Duku : The Return. Singgah makan kat sini jap. Sempat layan kucen sambil nunggu makanan siap. Ici la yang paling suka hari ni. Minum air lemon laici selasih. Yummy. Sini semua makanan dia ada udang. Nampak macam kosong sebab dia tindan udang dengan makanan tu. Kena selak baru jumpa udang. Macam biasa. Aku nyer amik mihun sup kosong aje. 

Jenjalan Cari Makan : Restoran Terapung Pendas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Terapung Pendas. Lepak sini malam ni. Mama jap nak gi Tanjong Nelayan, jap nak gi Saujana. Sekali. Sampai saujana, tutup. Biasa la kan. Jumaat. Gerak ke Tanjong Nelayan. Orang tak berapa ramai dan memang dari tadi targetnya adalah seafood. Biar aku je lah pilih. Kita gi Restoran Terapung Pendas. OK la. Orang leh tahan. Masa kami sampai tak berapa ramai. Bila dah duduk dan amik order baru mula orang masuk. Solat maghrib kat sini. Selesa tempatnya. Memang terbaeekkk!!!! Tenang tenang ja makan. Harga pun quite OK la.

Sekolah Tun Fatimah : 20190321 Cuti Pertengahan Penggal 1

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190321 Cuti Pertengahan Penggal 1. Balik kerja terus ke STF. Amik iqa. Dah mula cuti. Selamat bercuti pada semua. Gunakan masa dengan sebaiknya dan isikan dengan aktiviti yang bermanfaat.

SPMICT : More Makan Makan Session

Imej
SPMICT : More Makan Makan Session. Lunch hari ni KS belanja makan pizza. Sempena keputusan SPM anaknya dan raikan Mus yang akan mengerjakan umrah semasa cuti sekolah ni. Kebetulan al fadhil ustaz azman masuk sekali. Terus jadi tekong. Alhamdulillah. Sesi makan terpaksa disunting atas sebab keselamatan :P

MESYUARAT PENYELARASAN ICT DAN MAKLUMAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BIL 2 TAHUN 2019

Imej
MESYUARAT PENYELARASAN ICT DAN MAKLUMAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BIL 2 TAHUN 2019. Mesyuarat besar peringkat sektor ni kami awalkan kali ni untuk memberi laluan kepada Ketua Sektor yang bakal berhijrah ke Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini merupakan mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh beliau untuk ICT dan Maklumat. Alhamdulillah. Setakat ni semuanya berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan. Beberapa isu baharu seperti beban tugas guru, altitude, pengurusan data berintegriti turut dibincang sama supaya semuanya jelas dan dapat melaksanakan intervensi dengan baik diperingkat daerah kelak. Sempat team ubest menyampaikan cenderahati kenangan kepada KS setelah usai sesi musyawarah hari ni. Semoga ukhuwah yang terjalin selama ini akan sentiasa kukuh.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 27 Februari. Isi semula on 17 Mac 2019. Petronas Nusa Perintis. Resit tak kuar. Snap terus paparan kat pam. Hasil RM83.36 for 539.0 km melibatkan 40.076l minyak. 19 hari. Memang lepas ni kena beralih ke Shell nih. Layan.

Lepak Santai @ Plaza Angsana

Imej
Lepak Santai @ Plaza Angsana. Singgah sebentar lepas lelah. Sakan si ici berposing. Ajak main game tu. Kaki pun tak sampai ici. Lain kali ye. Ni harus la kes enjoy sakan main game kat Hello Kitty tempoh hari ni.