Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel johor

Sekolah Tun Fatimah : 20190316 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190316 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap jumpa iqa. Borak borak pasal pelajaran. Minggu depan dah nak cuti dah.

Walimatul Urus : Faizal & Syazwani

Imej
Walimatul Urus : Faizal & Syazwani. Gerak ke Dewanraya Desa Skudai. Majlis rakan sejawat mama. Makanan memang terbaeekkk!!!! Ici makan aiskrim dua kali tau. Laksa Penang tu memang rasa macam nak hirup aje :P. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

Zoo Johor Returns

Imej
Zoo Johor Returns. Ici datang lagi. Kali ni siap bawak mama tau. Suka tul dia hari ni.

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190316 Sesi Pertemuan 10 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190316 Sesi Pertemuan 10 Darjah Khas. Esoknya ada mesyuarat agung badan kebajikan. Macam PIBG la kalau sekolah harian ni. Ramai la esok ni kan. Hari ni laaagi lain. Ici ikut dengan mama sekali tau. Ada sebab dia. Lepas hantar angah kita gi zoo lagi katanya. Layan.

SMK Taman Nusajaya : With SPM 2018 Students

Imej
SMK Taman Nusajaya : With SPM 2018 Students. Hari di mana keputusan SPM diumumkan. Memasing ada cerita tersendiri. Walau apa keputusan diterima, anda telah melakukan yang terbaeekkk!!!! All the best to all.

Bekok : Suatu lawatan verifikasi

Imej
Bekok : Suatu lawatan verifikasi. Kami bergerak awal menuju ke Bekok. Tujuan utama untuk memastikan kelancaran proses verifikasi kali ni. Target utama aku adalah pekan terdekat. Ofkoz la Bekok kan. Masuk keluar highway. Sempat snap snap foto masjid di tepi jalan sebelum simpang masuk ke Bekok. 3 km sebelum sampai Bekok tetiba nampak satu sign pasal stesen petrol. Hmmm. Antara tempat yang aku nak semak jugak. Pusing sekali kat situ nampak terbiar. Singgah di gerai Ain. Sambil makan, sambil menemuramah. Hmmm. Memang diaorang kalau nak beli petrol atau pakaian diaorang akan ke Chaah. Boleh tahan jugak pengembaraan tu. Kalau setakat nak beli minyak terpaksa, baru diaorang beli secara botol kat sini. Sempat la borak ngan brader yang jual minyak tu. Setel kat sini baru la kami gerak ke dalam. Kawasan Hutan Simpan Kekal Labis. Singgah sekolah. Pusing kampung. Done. Sempat nengokkan Balai Adat kat Kampung Tamok. Keluar ke Bekok baru dapat semula line. Panggilan tak terjawab satu persatu mas

Sekolah Agama Nusa Perintis : Mesyuarat Agung Tahunan BKS Kali Ke-17 & Majlis Anugerah Cemerlang

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Mesyuarat Agung Tahunan BKS Kali Ke-17 & Majlis Anugerah Cemerlang. Majlis berlangsung petang tadi. Mama bawak inaz untuk terima anugerah. Terbaeekkk!!!! Siap dapat cabutan bertuah pulak tu. Aku sampai aje majlis dah abis. Huhuhu.

Sekolah Tun Fatimah : 20190309 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190309 Lawatan Hujung Minggu. Macam biasa. Satunya nak amik bekas bubur jualan Karnival Asrama semalamnya. Keduanya. Bincang soalan peperiksaan minggu lepas. Leh tahan jugak noo... Balik. Singgah Jakel. Lepak nunggu lam kereta. Sempat layan cahaya mentari bersinar celah awan beb.

Walimatul Urus : Nadzirah & Helmi - Wedding Invitation

Imej
Walimatul Urus : Nadzirah & Helmi - Wedding Invitation. Gerak ke Dewan SMK Mohd Khalid. Pening juga sebenarnya pasal aku hampir miss majlis ni. Dari nak gerak ke sini lewat, tukar plan terus gerak. Sampai aje kereta bersusun. Perrgghhh. Majlis Hj Ab Hafith. Jumpa ramai kenalan kat sini. Makanan memang terbaeekkk!!!! Sempat borak borak ngan geng lama. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

Zoo Johor : Tunai Janji Ici

Imej
Zoo Johor : Tunai Janji Ici. Sakan ici nak nunggu hari ni. Dah janji kalau dia gi sekolah setiap hari minggu lepas dan buat semua kerja rumah dia setiap hari, aku akan bawak dia gi zoo hari ni. Maka. Setiap hari dia bangun awal dan balik terus buat kerja rumah dia. Tiap hari dia tanya dah hari Sabtu belum. So. Pagi ni memang kena tunai janji la. Sakan dia. Memula dia takut ngan menatang ni semua. Slow slow kita psiko. At last. Baru dia nak dekat ngan menatang ni semua. Dua kali ronda beb. Haus kaki aku hari ni. Janji punya pasal kan. Sampai ke rumah dia dok mengaum cam lion kata dia. Hahaha. Ada minggu depan dia ajak lagi ni.

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190309 Sesi Pertemuan 9 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190309 Sesi Pertemuan 9 Darjah Khas. Hari ni lain sikit. Ici ikut sekali tau. Ada sebab dia. Lepas hantar angah kita gi zoo katanya. Layan.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20190308 Jumaat

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20190308 Jumaat. Semua nak ikut atuk. Hmmm. Layan.

Ici : Lukis lukis mewarna

Imej
Ici : Lukis lukis mewarna. Nengok la hasil kerja dia. Memang sayang betul dia ngan si pikachu tu. Ici, ici. Layan.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 22 Februari. Isi semula on 9 Mac. Hasil RM65.92 for 268.1 km melibatkan 31.69l minyak. 16 hari. Harga minyak dah tetap RM2.08.

Sekolah Tun Fatimah : 20190309 Karnival Asrama

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190309 Karnival Asrama. Hari ni bermula karnival asrama. Gi pagi. Ngantor bubur ayam untuk jualan rumah Iqa. Sempat singgah tapau Nasi Lemak Kukus depan pusat koko. Layan.

Inaz : SMKGP 1UTEM Gotong Royong

Imej
Inaz : SMKGP 1UTEM Gotong Royong. Pagi jemaat. Inaz ngan team kelas 1 UTEM ada gotong royong kemas kelas. Terbaeekkk!!!!

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 7 Februari. Isi semula on 14 Februari 2019. Petronas Gelang Patah, Johor. Hasil RM81.32 for 490.0 km melibatkan  41.2781 l minyak. 8 hari. Layan.

Simposium Memperkasa Infrastruktur ICT KPM Mendepani Cabaran Pendidikan Digital : Siri 5 - Johor

Imej
Simposium Memperkasa Infrastruktur ICT KPM Mendepani Cabaran Pendidikan Digital : Siri 5 - Johor. Alhamdulillah. Simposium Siri 5 KPM telah berjaya diuruskan dengan baik oleh semua team yang terlibat. Tahniah dan terima kasih pada semua. Anda memang terbaeekkk!!!! Kamera aku? Sekeping gambo je yang diambik sepanjang program. Hehehe. Jadi Floor Manager. Merata musing. Cari solution. Yang penting. Majlis lancar. Tu lum cerita sempat masuk agoda booking hotel. Hahaha. Next entry la cerita pasal tu ye.

Kursus Guru Data Baharu Negeri Johor 2018

Imej
Kursus Guru Data Baharu Negeri Johor 2018. Alhamdulillah. 7 dan 8 November yang lepas kursus ini selesai dijalankan bertempat di BTPN Johor. Masa sangat padat ditambah lagi dengan cuti umum pada pertengahan minggu menyebabkan kursus terpaksa dicramp. Aku ada dua slot, mustakim dua slot dan Fadzli 1 slot sebelum kursus ditutup secara rasmi oleh Ketua Sektor. Semoga semua yang dikongsikan dalam kursus ini akan dapat memberi manfaat pada semua guru data baharu yang hadir dalam memastikan data yang diurus diperingkat sekolah sentiasa berintegriti.

Program Bersepadu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bersama warga pendidikan negeri Johor

Imej
Program Bersepadu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bersama warga pendidikan negeri Johor. Semalam. Program dijalankan bertempat di Dewan Seri Temenggong, IPG kampus Temenggong Ibrahim. Program bersepadu ni terdiri daripada sesi Bual Bicara dan Konsultasi. Kami dilibatkan untuk sesi bual bicara sahaja. Menarik. Yang paling best, dapat jumpa rakan-rakan lama.