Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel johor bahru

Sekolah Tun Fatimah : 20190316 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190316 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap jumpa iqa. Borak borak pasal pelajaran. Minggu depan dah nak cuti dah.

Zoo Johor Returns

Imej
Zoo Johor Returns. Ici datang lagi. Kali ni siap bawak mama tau. Suka tul dia hari ni.

Zoo Johor : Tunai Janji Ici

Imej
Zoo Johor : Tunai Janji Ici. Sakan ici nak nunggu hari ni. Dah janji kalau dia gi sekolah setiap hari minggu lepas dan buat semua kerja rumah dia setiap hari, aku akan bawak dia gi zoo hari ni. Maka. Setiap hari dia bangun awal dan balik terus buat kerja rumah dia. Tiap hari dia tanya dah hari Sabtu belum. So. Pagi ni memang kena tunai janji la. Sakan dia. Memula dia takut ngan menatang ni semua. Slow slow kita psiko. At last. Baru dia nak dekat ngan menatang ni semua. Dua kali ronda beb. Haus kaki aku hari ni. Janji punya pasal kan. Sampai ke rumah dia dok mengaum cam lion kata dia. Hahaha. Ada minggu depan dia ajak lagi ni.

Majlis Sanjungan Budi Lestari Kasih Cikgu Haji Shaharudin Sharif

Imej
Majlis Sanjungan Budi Lestari Kasih Cikgu Haji Shaharudin Sharif. Alhamdulillah. Selesai majlis meraikan PPJ dengan cantik sekali. Penat? Harus la. Dua hari lepak sini. Tapi. Memang puas hati nengok majlis smooth malam tu. Petangnya lepak kat pendaftaran. Mus bawak hadiah yang kami buat kat Al-Fateh. Ada welcoming drink seperti yang dibincangkan dengan en Hamzah. Siap kena posing depan photobooth dulu. Turun solat ontime kat surau tingkat 1. A bit pack. Betul. Bila semua dewasa berkumpul. Just around 10 orang ja muat setiap jemaah. Terus naik semula ke atas untuk majlis. Dapat meja 11. Lepak jap nengok sekali lalu. Posing posing ngan geng yang datang ke meja. Majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. Hotel sumbang 2 kek sambut birthday gitu. Makanan best walaupun aku just makan 3 courses aje, yang memula; chicken chop dan dessert. Hahaha. Benda pertama aku check. Tu yang aku makan dulu kat wendy's sebelum majlis mula. Pengarah memang nampak sangat terharu dengan sambutan dari semua

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman Cempaka, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman Cempaka, Johor Bahru. Lunch kat sini bersama team BTPN selepas selesai sesi perbincangan dari pagi tadi. Boleh tahan pilihan lauk pauk yang tersedia. Sambil makan kami dihidangkan dengan persembahan daripada OKU Blind Busker. Memang leh tahan alunan muzik dan suara vokalisnya. Memang best kat sini.

Jenjalan Cari Makan : Salahuddin Bakery, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Salahuddin Bakery, Johor Bahru. Singgah sebentar kat kedai roti ikonik Johor Bahru ni. Fresh from oven. Masih mengekalkan tradisi pembakaran cara lama. Beli roti bun kaya dan kelapa. Memang best beb!

Jenjalan Cari Makan : Talib's Cafe, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Talib's Cafe, Johor Bahru. Singgah makan lunch kat sini. Boleh tahan lauk dia. Terbaeekkk!!!! Buka siang aje. Tempat dia sangat cozy dan hipster. Yok.

Jom Jenjalan : Paradigm Mall, Johor Bahru

Imej
Jom Jenjalan : Paradigm Mall, Johor Bahru. Singgah sini jap untuk beli baki barang iqa. Leh tahan la jugak tempat dia. Sempat layan pesta barangan doraemon. Ici punya la takut nak bergambar. Dari atas berani je ajak. Sekali dah masuk...

Jom Jenjalan : MCM Studio, Capitol City, Johor Bahru

Imej
Jom Jenjalan : MCM Studio, Capitol City, Johor Bahru. Masa lunch kami singgah jap sini. Capitol City. Tak target pun nak gi MCM Studio ni. Cuma sebab curiosity that killed the cat; kami merayap ke setiap aras sambil borak-borak dan ternampak satu eskalator yang tinggi abis. Ni la yang sampai terus ke aras 5 yang terletaknya MCM Studio ni. Antara yang lama kami lepak adalah FassGadget; yang jual action cam dan MCM Studio ni la. Leh tahan. Masuk free. Nak main baru bayar ikut harga yang ditetapkan untuk part yang kita nak tu. Kalau day tiket dia letak RM128. Tapi, dengan kaedah kedua tu; lebih jimat sebab kita leh cuci mata dan bayar part yang kita nak main sahaja. Tengok la nanti untuk return ngan the cikedis nanti.

Jenjalan Cari Makan : Jemi'z Burger

Imej
Jenjalan Cari Makan : Jemi'z Burger. 2 malam aku kat puteri makan burger brader jemi'z ni. Memang terbaeekkk!!!! Siap celup sos black pepper beb. Kena minta sebab tak semua orang suka. Yang paling best adalah dia taruk bawang. Perghhhh!

Restoran Mak Teh : 20181119 Sarap Time

Imej
Restoran Mak Teh : 20181119 Sarap Time. Hari ni aku amik cuti. Banyak benda nak disetel. Yang tu dah makin dekat untuk aku cerita. Tunggu aje ye. Apapun. Sarap sini jap. Tak lupa beli bahulu kegemaran mama.

20180831 Meronda Johor Bahru

Imej
20180831 Meronda Johor Bahru. Meronda dulu cari food dan keperluan iqa. Banyak kedai yang tutup sempena cuti Hari Kebangsaan ni. Jemaat di Larkin Sentral. Sempat meronda Jualan Pesta Lelong Larkin Sentral masa hujan lebat on the way back ke kereta.

Majlis Perhimpunan dan Perbarisan sempena Hari Kebangsaan peringkat daerah Johor Bahru

Imej
Majlis Perhimpunan dan Perbarisan sempena Hari Kebangsaan peringkat daerah Johor Bahru. Awal pagi hari cuti dah keluar. Gi sekolah mama amik kebudaks bomba. Dapat jemputan sertai perbarisan. Sampai dah a bit cramp di ruangan parkir. Kami lepaks lepaks aje kat sini menantikan majlis selesai. Ramai juga orang awam yang turut hadir. Layan.

Spa Bekam Ar Rayyan Johor Bahru

Imej
Spa Bekam Ar Rayyan Johor Bahru. Semalam. Tetiba si Mus ajak gi bekam masa lunch. Apo laie. Ni best ni. Tetambah tengah sakit cenggini. Siap nengok dulu lam portal apa yang ada. Sekali sampai tengok ada pakej kaki la pulak. Lagi la seronok. Layan. Sib baik aku dah pernah buat bekam sebelum ni. Dah tak seriau sangat dah. N. Memang bekam pada kaki lebih sakit dari badan. Dia buat 14 cup. 6 pada kaki dan 6 pada paha dan betis dan 2 lagi pada pinggang sebab bacaan akhir aku hari tu agak tinggi. Memang best. Len kali aku nak buat badan pulak la lepas ni. Tunggguuu..

Yok Jenjalan : Laman Serene, Johor Bahru on daylight

Imej
Yok Jenjalan : Laman Serene, Johor Bahru on daylight. Setel kat Angsana kami terus gerak ke Jakel. Nak cari kain untuk lebaran. Aku lepak kat kerusi luar aje. TQ Jakel. Dah ada kerusi. Dapat la orang kurang berupaya macam aku ni lepak sementara nunggu jap. Kat sini habih aku search the tenet for buku iqa tu. Alhamdulillah. Setel semua. Dua hari lagi insyaAllah akan sampai ke rumah melalui pos. Selesai situ kami meronda jap kat gerai di kaki lima. Ada teh padu. Ada Putu piring. Sampai dua set dibeli untuk dedua. Memang best sungguh kata deme yang makan ni. Selesai kat jakel baru kami gerak ke laman serene. Saja nak layan suasana pada sebelah siang. Nampaknya malam lebih show. Siang just bangunan aje tanpa permainan cahaya. Ronda sepusing dua. Posing posing. Tanya nak ronda tak ke gerbang mahkota atau kolam lazer. Semua tak nak. Elok la. Pasal langit pun dah mula gelap. Masuk je kereta terus hujan turun. Alhamdulillah.

Jenjalan Cari Makan : Plaza Angsana, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Plaza Angsana, Johor Bahru. Kali ni lain sikit. Biasanya aku tumpu pada kedai. Tapi untuk kali ni aku terus masukkan for the whole building. Memang biasa aku gi makan kat medan selera dia pasal memacam ada kat sini. Target asal adalah nak ke Badan Bookstore. Alang-alang makan tengahari sekali kat sini. Macam biasa. Nasi Ayam. Mee Rebus Haji Wahid. Mee Goreng. Nasi Goreng Kampung jadi pilihan kami. Memang antara tempat kegemaran. Angah semua yang ada dia makan. Kesian. Dari pagi tuisyen. Balik terus jenjalan. Memang la kebulur kan. Selesai kat situ aku dan iqa ke Badan manakala mama ke Pappa Roti. Tapau lagi tu. Turun. Nengok semua dah kat surau. Zohor dulu. Kami yang tak dapat apa yang nak dicari kat Badan tu. Sebelum balik sempat lagi nyinggah i-coffee layan si bujang tu. Haiisshhh. Asal dia nak makan kan. Tu yang jadinya entry aku kali ni the whole building tu. Hehehe. 

Lawatan Kerja Semakan Utiliti : Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Johor Bahru

Imej
Lawatan Kerja Semakan Utiliti : Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Johor Bahru. Pagi ni berkesempatan gerak untuk buat verifikasi bil utiliti untuk sekolah yang dibiaya oleh agensi lain. Betul. Bil dihantar terus oleh TNB ke tentera. Ada 4 di Johor dan semua modus operandinya sama. So. Ambil maklumat pegawai untuk dihubungi untuk next step. Bak kata dr. M. Kalau dapat, dapatlah. Yang penting ada usaha. Lepas ni aku nak tengok situasi sekolah ladang pulak. Terima kasih pada pihak sekolah yang memberi kerjasama penuh pada kami.

Yok Jenjalan on Video : Bazar Karat, Johor Bahru

Imej
Yok Jenjalan on Video : Bazar Karat, Johor Bahru. Layan. Video dari hujung ke hujung. Leh tahan jugak menapak. Haisshhh.

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman D'Utama, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Taman D'Utama, Johor Bahru. Masa balik ke Gelang Patah, tetiba teringat gerai gerai kat sini. Alang alang dah dekat. Terus aje cilok masuk. Nak kata lapar tak la lapar sangat. Dah tibai Ayam Goreng Uncle Bob kat Bazar Karat sebelumnya. Tapau minum segala jenis air + susu. Iqi ngan Jagung Susu, Ici ngan Laici Susu dan Inaz ngan Tembikai Susu. Kat sini kami order berpasangan aje. Mama ngan Iqi makan mee goreng. Iqa ngan inaz ngan nasi goreng. Aku je solo. Sup Ayam pedas ngan nasi. Rasa. So so la. Portion memang banyak. Makan berdua pun masih tak habis. Mee OK. Sup Ayam ngan Nasi Goreng macam biasa aje.

Jenjalan Cari Makan : Selera Johor @Segget, Johor Bahru

Imej
Jenjalan Cari Makan : Selera Johor @Segget, Johor Bahru. 11 Februari. asalnya nak gi makan kat Vanggey. Sekali tutup daa.. Memang Tuhan nak buka peluang untuk aku gi makan kat sini la. Nice. Gelas ala hipster kot. Nasi ayam penyet pun marbeles. Yang tak best cuma bau kurang menyenangkan kat sini. Sib baik lepak luar dengan udara sepoi sepoi bahasa dari kawasan sekitar.