Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel inaz

Adik Inaz ke Prasekolah

Imej
Semalam mama gi buat pendaftaran untuk adik inaz kat nusa perintis. Tahun depan, ehem; minggu depan adik akan ke prasekolah. Semak buku, peraturan dsb. Harap harap semua ok. Petang ni nak kuar lengkapkan barang keperluan sekolah dia hendaknya... ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Inaz's class photo

Imej
Lupa la pulak nak share gambar ni. Gambar kelas inaz.Ni teacher dia kasi hari Jumaat lepas, masa ambil kad kemajuan. Published with Blogger-droid v2.0.1

Inaz n baby baru

Imej
Bukannya baby betul, tapi hadiah yang dia nak sangat semalam. Siap leh ketawa, nangis. Terbaeekkk!!!! Published with Blogger-droid v2.0.1

Megi jugak pilihan si inaz

Imej
Balik rumah tadi, nengok melepek si inaz. Demam kisahnya. Tu yang dari semalam muntah aje kerjanya. Tanya nak gi klinik tak... Tak nak katanya. Nak letak cool fever tak... Tak nak. Pun aku taruk aje. Nak makan apa... Tak nak. Tapi kalau megi adik cuba la. Terbaeekkk!!!nya jawapan dia. Nak tak nak, buat ajer la. Lepas makan nampak dah cergas sikit. Siap sukahati lagi layan movie magika... Published with Blogger-droid v1.7.4

Inaz outdoor trip

Imej
Tak ingat bila inaz gi indoor waterpark ni, tau tau inaz hulur gambar kelas dia kat tiram tu. Nice place, sure tak leh lama lama cam kat outdoor waterpark pasal air dia memang sejuk, tambah ngan aircond lagi lak tu. Published with Blogger-droid v1.7.4

Adik Inaz demam

Imej
Dah kena cucuk ambik darah.. cian adik inaz Hari Khamis lepas adik inaz demam panas. Petang tu, aku terus ke klinik bawak adik inaz. Masuk jumpa doktor and ayat yang tak gemar aku tunggu pun kuar.. kena check darah ni. Alamak.. Kalau aku zaman kebudak dulu dah lari kuar spital dah nih.. Ni memang bebetul aku lari. Tapi ni cemana nih.. Bawak inaz masuk. Letak atas kerusi.. Abang kena pangku anak ni bang. Ye ker.. Alamak.. Terus aku pangku inaz. Tapi tolong pegang sekali yer.. Boleh.. memang saya tolong pegang sekali ni.. Sekali dia cucuk. Ngan aku pun dah kenoning kepala. Sudah.. Lagu mana ni.. Bapak dia yang lebih lebih nak tumbang dulu. Abis.. cemana nak buat ni. Kepala aku dah weng. Masa misi tu urus inaz. Aku sandar kat kerusi tu, layan kepala jap.. Bengong cenggini.. Pastu aku gagahkan diri jugak bangun bawak sample darah tu ke makmal. Semua mata dah dok tengok aku. Aku rasa jalan terawang-awang tu. Mesti tahap melelong nyer aku jalan. Sampai makmal. Letak sample darah t

Kalau dah nama kebudak kerol

Imej
Tengok la nih, ni perangai bapak dan pakcik makcik dia satu ketika dulu nih Balik ja dari program larian perdana tu, nengok kebudak ni semua senyap ja. Rupanya dok menyorok lam kem buatan sendiri kat penjuru rumah. Elok ja buat, pakai penyandar sofa tuh. Tu yang teringat balik jaman kebudak dulu. Aku la kepten. Terbalikkan kerusi kusyen rotan tu, dia punya kusyen susun cam blok, pastu taruk selimut la pulak keliling. Tu yang turun baeeekk punya kat kebudak sendiri. Layan ajer la.. ps : yang bising mama dia la, dah semak satu rumah..>>>> tengok tu.. siap menyorok tuh inaz sempat ngendap tuh aaiii ada orang lain lagi rupanya nyorok jangan tak nyorok semua ada rupanya dahh.. kuar kuar kata mama dia jom kuar.. dah kena serender dah nih Enjoice...Sharing is power!!!

Jom melantak char koey teow

Imej
Dah macam paruh purung dah mulut adik inaz ni.. hahaha Char Koey Teow, Char Koey Teow. Semalam makan, dua hari lepas makan. Asyik makan Char Koey Teow ja. Senang bagi aku sebab makanan ni la paling simple dan cepat lagi menyelerakan untuk aku. Iqa ngan inaz toksah tanya, dah memang nak makan ajer. Kat Gelang Patah ni setakat ni ada dua gerai yang jual. Yang first aku tau, yang biasa aku beli la. Depan Awana. Kalau biasa ngan gelang patah, cari tempat juai goreng pisang. Haa.. kat sini la gerai pertama yang aku jumpa, dan aku suka. Selalu amik char koey teow kerang ja, aku tak makan udang. Dia juai 3 jenis. Kerang, udang dan special. Special ni campur udang ngan kerang la. Harga RM3.50 satu. Kira just nice la. Yang kedua kat nusantara, cari wan seng. Tapi ingat. Bukan kat kedai wan seng, tapi sebelah dia. Tapi yang ni kaya sikit kot. Presentation memang mantop. Harga pun mahal sikit. RM4.00. Tapi nasib ko la kalau dapat beli. Dia bukak ikut suka ati dia ja. Dah la sabtu ahad tutu

Jom ngopek kelapa

Imej
Ngopek jangan tak ngopek Adik inaz daripada balik dari kedah lagi dok bising suruh atuk dia ngopek kelapa. Kata dia, nak la nengok atuk kopek kelapa pakai besi yang nenek beli kat baling itu hari. Tiap tiap hari gitu. Pagi ni cuti kan, al maklum hari sabtu; ada la banyak sikit masa nak ngopek kelapa kan. Dengan ziqri sekali pun join jugak. Pastu suruh iqa kopek. Dapat la dua bijik. Tu pun dedua separuh jalan ja. Sakit tangan la bah. Last last aku ajer la yang sambung.. Dah setel nengok dedua ni dah mula belajar dah.. Baguih dok ada. Klik cerita penuh untuk detail>>> Nak cari yang tua ada tak Jom kait dulu.. alang alang kait, bersihkan sekali Stesen ni pun dah bersimen dah ha en ziqri pun join.. yang dah dibersihkan dikumpul untuk sesi pembakaran terbuka nanti Pakai besi baru beli tu Senang kan iqa pun dah start menolong separuh jalan Pandai dedua nih kakak ajar adik.. camtu la tengok la kaki adik tu.. bersilang tak hingat Enjoice

Asyraf : Operasi kek bermula

Imej
Tarikh : 8 Disember 2010 Masa : 10.20 malam Tempat : Rumah @ kampung Mood : Yeaaa... Serentak dengan itu, diumumkan operasi kek pun turut sama bermula. Iqa dan inaz pun turut sama membantu dalam proses penyiapan kek kek ini.. Yihaa.. dan malam ni leh kata semua pakat tidur lam jam 3.30 pagi. Siap buat abuk abuk lagi setelah kek siap.. Klik cerita penuh untuk detail>>> Timbang jangan tak timbang Iqa selaku tukang baca timbang Lum cukup lagi la mama Tambah lagi Dah setel dah 500g OK.. dah boleh mula putarrrr halim!!! Siapkan dulu mangkuk putaarrr halim!!! Enjoice...Sharing is power!!!

Asyraf : Dah beli wau apalagi kan

Imej
Tarikh : 8 Disember 2010 Masa : 6.00 petang Tempat : Bendang belakang rumah Mood : Yihuuu!!! Lama tul tak main wau.. sebenarnya memang nak bagi bebudak main. Tapi pasal waunya besar sangat, naik pun terlebih tinggi, dengan tali senipis tidak.. Last last aku jugak la yang main aka.. tukang gulung tali. Hahahaha.. klik cerita penuh untuk detail>>> Tinggi tul naiknya Kena kontrol jap sebelum kasi kat bebudak nih Adam pun nak tertarik ngan wau nih Kontrol balik Tengok la tangan inaz tu.. bukan dia tarik wau, wau tarik dia Iqa pun dah masuk campur Iqa main balik wau senyum dia ngan batun Tinggalla inaz sama mama ngan ziqri Team berdua ni dok layan baik ja layang layang dia Alamak.. tersangkut la pulak Abah.. adik dah tak nak ni Ziqri sempat posing ngan mama Saya punya takde ka Takpa la.. saya posing aje la Amik gambar saya sama mama sama gunung Enjoice...Sharing is power!!!