Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gelang patah

Sabtu yang penuh

Imej
Sabtu yang penuh. Hmmm. Macam biasa. Tapi. Kalau nak ikut dah kurang sibuk dah sejak 3 minggu yang lepas. Internet interim pun dah hampir 90% selesai di Johor. Dah tenang sikit. Memang kena berkomunikasi dengan baik dengan semua pihak. So. Pagi ni gerak nganto angah dulu ke darjah khas. Segera. Sebab mama pun kena sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi untuk program math. Sampai sekolah mama, kita lepak jap kat bawah. Mama ajak naik sekali cuma malas sebab rasanya aku akan sibuk balik bebila masa ja. Duduk kat bawah layan progress sambil melayan soalan PIC daerah n then Maxis call. Kan aku dah kata. Borak jap. Terus call HQ. Ding dong ding dong. Maklum semula pada PIC. Sempat berbual jap ngan boss pasal 1BRIS. Mama turun. Terus gerak ke Usop. Sarap. Kengkonon nak makan nasi lemak taruk daging. Habis. Alamak. First time beb order nasi kerabu. Daging pun abis. Ada kambing aje. Kambing pun kambing la. Selesai. Gi nengokkan iqa pulak kat STF. Stress sikit. Pertandingan robotik just around

Meronda Gelang Patah

Imej
Meronda Gelang Patah. Sepagi meronda. Mana yang bermasalah kita turun jengok. Harap semua dapat diselesaikan segera oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Memang leh tahan rencam jugak sepagi ni. Telepon sekejap kat poket, sekejap kat telinga. Masa lunch kena seret pulak ke pendas. TQ cikgu manaf.

Edisi Raya Raya

Imej
Edisi Raya Raya. Kita sekalikan semua edisi rumah terbuka raya raya ni ya. Terima kasih atas undangan dalam merapatkan silaturrahim.

Simple makan makan on Syawal the 17

Imej
Simple makan makan on Syawal the 17. Hari ni 17 syawal. Suka tul ngan nombor 17 ni. Kekeke. Buat simple makan makan kat rumah. Mostly untuk murid mama. Sakan la deme sibuk nak datang beraya ke rumah cikgu dia je. Tu pun mama siap atur masa datang cam jadual waktu kelas gitu. Kakaka. Dah nama cikgu.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 19 Mei. Isi semula on 9 Jun. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM68.48 for 346.7 km melibatkan 32.924 l minyak. 22 hari. Cuti sekolah la katakan. Banyak naik Livina aje.

Get well soon Ici

Imej
Get well soon Ici. Sekali budak ensem boleh demam la pulak. Tempek dulu kool fever. Bawak ke klinik. Rozikin tutup. Terus gerak ke Chu. Suhu 39. Terus masuk ubat. Harap cepat sembuh ye abam ensem.

Aidilfitri 1440 : Atuk Long sekeluarga

Imej
Aidilfitri 1440 : Atuk Long sekeluarga. Petang ni Mak Ucu dah discaj dari Hospital Sultan Ismail. Baby girl. Lewat petang atuk long sekeluarga datang berziarah. Dapat la nengok sekali baby girl disamping beraya kan.

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190525 Sesi Pertemuan 19 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190525 Sesi Pertemuan 19 Darjah Khas. Ngantor angah. Macam biasa. Terlebih awal. Penuh la snappin time. Sampai ke komplek penghulu pun kita larong. Masjid pun macam biasa gitu OTW back.

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190518 Sesi Pertemuan 18 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190518 Sesi Pertemuan 18 Darjah Khas. Ngantor angah. Macam biasa. Sempat snap gambo masjid gitu OTW back.

Tertunggak

Imej
Tertunggak. Lepas sahur. Mula duduk depan gadget. Satu satu kita setelkan. Transfer. Proses. Render.. Upload. Main game King of Fighter. Kemas beg. Baru perasan Dewan Masyarakat tu ada muka Zaidi dan budak sekolah dia. Membawang jap. SJCam pun terperok dalam beg. Aku letak kat poket berbeza. Cian dia. Takde harapan nengok bideo Hari Guru kan. Gi cari bunga. Jumpa cik Fuza. Berseri je. Ici tayang lukisan dia. Ada Leman. Ada rimau ekor kontot. Ada Rusa jantan. Hehehe. Comel je. Soh gambo sekali tak nak. Lari. Menyorok. Beli lampu. Tukar dua lampu bilik yang dah terbakar. Satu ja lagi hutang lum setel. Pasang cermin di bilik. Syyyhhh.

Back To Gelang Patah

Imej
Back To Gelang Patah. Lebih kurang jam 2 kami bertolak pulang dari Penang. Berenti jap isi minyak di Sungai Bakap. Singgah solat di Bukit Semanggol. Kami berhenti ngam ngam di Sungai Buloh untuk berbuka. Usai semua around 8.30 malam. Sempat la pekena tambah Burger King. Perjalanan diteruskan lagi. Singgah sekejap di Bemban. Meriah. Team Batu Pahat dah sampai ke destinasi jam 12.00 malam di Ayer Hitam. Kami sambung lagi. Tertido. Sedar sedar dah sampai JPN jam 1.30 pagi. Alhamdulillah. Sikit lagi nak kena drive. Slow slow. 1.55 pagi tiba ke rumah dengan baki bateri 26%. Hehehe. Yok kita zzzz...

Leman Miko : 20190511 Vaksin Number One

Imej
Leman Miko : 20190511 Vaksin Number One. Hari ni ke CT Vet. Telefon hari Khamis hari tu lagi, tapi vaksin dah habis. Dia suruh datang hari Sabtu. so. Pepagi aku dah terpacak kat sini. Cucuk vaksin tiga serangkai yang pertama. So. Lepas ni kena la berdisiplin untuk dua bulan lagi kan. Harap dia bukak sabtu last lepas raya tu la kan. Leman juga kena cucuk kedua untuk jangkitan kulat kat lengan kanan dia tu. Dari amik dah gitu. Doktor kata dalam dua minggu datang semula nak tengok progress. Mintak ubat cacing sekali. Harga OK la. RM 40 untuk vaksin, RM35 untuk ubat jangkitan kulat tu dan RM5 untuk cacing. Layan. Terus lentok lepas sampai rumah. Biasa la tu.

Jom Jenjalan : Pasar Segar Pendas Laut

Imej
Jom Jenjalan : Pasar Segar Pendas Laut. Dari semalam mama asyik dok ajak ke sini. Boleh la. Dalam 8.30 pagi kami gerak ke Pendas Laut. Sampai pun masih awal. Ikan tak turun lagi. Biasanya jam 9 baru turun. So. Gi minum jap kat Restoran Tanjong Nelayan. Roti Canai kat sini meme marbeles tau. Sesambil main ngan kucen baka cumee cumee dan bulu warna gebooz. Leh tahan dia nyer respon. Pandai main ni. Kebudaks restoran semua soh aku amik aje kucen tu sebab dia ngikut aku masa keluar. Sementara mama gi napau ketam yang rege dia sebakul doploh tu aku gi snap snap jap restoran rahmat. Suka suki aku jer kan. Setel kat sini baru aku gerak ke kampung nelayan. Kat sini la letaknya pasar segar ni. Diaorang semua jual depan rumah aje. Orang memang leh tahan ramai. Aku turunkan mama dan slow slow bawak kereta sepanjang dalam kampung ni. Banyak jugak la hasil hari ni. Cuma selangat ja takde. Semuanya dah abis diborong orang. Hahaha.

Jenjalan Cari Makan : Black Cabin

Imej
Jenjalan Cari Makan : Black Cabin @ Nasi Lemak Abang. Dari petang Khamis sampai la ke petang Jemaat aku dok ngadap tugasan aje depan PC. Setel urusan ajak semua makan luar malam tu. Kebetulan iqa pun balik bermalam kan. Asyik dok ngadap pc ja apa nak jadi kan. So. Kami ke Black Cabin malam ni. Senang cerita sini dia sediakan makanan fusion. Ada western. Ada masakan asia. Apa lagi. Pakat  mengorder la. Yang mama dengan char koey teow. Angah ngan Yee Mee. Aku dan iqi memasing amik chicken chop. Iqa dan ici makan mushroom soup, meatball dan fries. Portion agak besar. Memasing hampir tak berjaya nak habiskan part memasing. At last pakat bertukar tukar juadah. Alhamdulillah. Hanya tinggal fries aje. Tu pun kami bawak balik. Len kali dah tau. Sepinggan tu dua orang pun boleh makan dengan kenyang. Layan.

Jeti Wawasan : A little walkabout

Imej
Jeti Wawasan : A little walkabout. Lama tak meronda amik gambo. Sesambil ngetest cam, sesambil layan scenery. Ni kawasan pintu masuk kampung kami. Ada 3 landmark. Gerbang. Jeti. Bakar Arang.

Fun Time @ Jom Anjung

Imej
Fun Time @ Jom Anjung Nusajaya. Singgah sini belanja bulan. Team pompuan masuk mydin, team lelaki lepak kat taman menan. Kekeke. Layan beb. Terasa masa berlalu dengan pantas sekali. Ici siap takmau balik gitu.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 9 Mac. Isi semula on 24 Mac. Hasil RM72.80 for 337.9 km melibatkan 35l minyak. 16 hari.

Mee Udang Tiram Duku : The Return

Imej
Mee Udang Tiram Duku : The Return. Singgah makan kat sini jap. Sempat layan kucen sambil nunggu makanan siap. Ici la yang paling suka hari ni. Minum air lemon laici selasih. Yummy. Sini semua makanan dia ada udang. Nampak macam kosong sebab dia tindan udang dengan makanan tu. Kena selak baru jumpa udang. Macam biasa. Aku nyer amik mihun sup kosong aje. 

Jenjalan Cari Makan : Restoran Terapung Pendas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Terapung Pendas. Lepak sini malam ni. Mama jap nak gi Tanjong Nelayan, jap nak gi Saujana. Sekali. Sampai saujana, tutup. Biasa la kan. Jumaat. Gerak ke Tanjong Nelayan. Orang tak berapa ramai dan memang dari tadi targetnya adalah seafood. Biar aku je lah pilih. Kita gi Restoran Terapung Pendas. OK la. Orang leh tahan. Masa kami sampai tak berapa ramai. Bila dah duduk dan amik order baru mula orang masuk. Solat maghrib kat sini. Selesa tempatnya. Memang terbaeekkk!!!! Tenang tenang ja makan. Harga pun quite OK la.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 27 Februari. Isi semula on 17 Mac 2019. Petronas Nusa Perintis. Resit tak kuar. Snap terus paparan kat pam. Hasil RM83.36 for 539.0 km melibatkan 40.076l minyak. 19 hari. Memang lepas ni kena beralih ke Shell nih. Layan.