Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Yok Jenjalan

Yok Jenjalan : Pasar Selasa Pekan Nenas

Imej
Yok Jenjalan : Pasar Selasa Pekan Nenas. Semalam. Setel aje makan kat cafe tu terus sambung menapak masuk ke Pasar Selasa. Nak cari beberapa benda untuk kebudaks dan mama serta nenek kebudaks. Aku jalan sekejap aje. Pastu lepak kat wakaf tepi kolam tu. Sekali dengo best pulak pakcik jual minyak kelapa dara tu. Try ngetest jap. Hehehe. Sempat la kena ngetest picit tangan dan kaki.

Yok Jenjalan : Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour

Imej
Yok Jenjalan : Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour. Ni pun cerita lama jugak. Cuti sekolah lepas. 19 Oktober tu kan kami gi meronda Puteri Harbour. Langsung gi meronda kat sini. Tengah promosi. RM88 for two katanya sampai 29 Oktober. Tu pun kami tak masuk. Posing depan pintu ja sebelum gi main ice skate dan pasir kat Sutera Mall. Haissshhh.

Yok Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya

Imej
Yok Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya. 19 Oktober. Selesai makan kat Bestmart, kami terus singgah kat sini. Belanja bulan. Cam biasa. Aku dan the kebudaks lepak taman permainan. Meriah.

Yok Jenjalan : Sutera Mall, Taman Ungku Tun Aminah

Imej
Yok Jenjalan : Sutera Mall, Taman Ungku Tun Aminah. Seterusnya kami langsung ke Sutera Mall. Dalam perjalanan ke JB dari Puteri Harbour memang jenuh google. Nak gi art gallery la. Nak gi upside down house la. Nak gi AEON Dato Onn la. Last sekali. Aku terus aje gerak ke Sutera Mall. Ada banyak jugak tempat best kat aras 4 dia tu. Inaz cam biasa. Nak main Ice Skating. Iqi dan Ici pulak sibuk main pasir kat My Wonderland. Sejam RM8. Belasah aje ler. Iqa sibuk nak main Escape Room. Sekali main RM34++. Sekali. Dah fully booked untuk yang level 1. Di suggest untuk main level 3. Tapi iqa ngan inaz tak berani nak main. Takde rezeki la iqa. Tengok lain masa ye. Inaz terus je masuk Skating Rink. Sehari RM20. Dah tak kira jam lagi dah. Belasah aje. Keluar lebam lebam jugak kaki pasal jatuh tadi. Haiiisshhh. Pastu sempat diaorang merayap jap around Sutera Mall. Tak dan nak posing ramai ramai sebab semua ada agenda dan lokasi memasing yang berbeza

Yok Jenjalan : Puteri Harbour, Iskandar Puteri

Imej
Yok Jenjalan : Puteri Harbour, Iskandar Puteri. So. Lokasi pertama kami meronda sepanjang cuti ni adalah Puteri Harbour. Mulanya nak singgah Kota Iskandar dulu. Tengok. Masih tutup untuk kerja-kerja mengemas Ekspo Johor Berkemajuan itu hari. Langsung aje keluar dan gerak ke sini. Parking. Bebetul depan koleksi arca-arca gergasi ni. Betul ke aku tibai ni. Hahaha. Posing kat beberapa lokasi. Semuanya dibuat guna buluh. Setel kat situ gerak ke club house. Tak ramai sangat. Sunyi. Maybe sebab hari kerja. Kat sini aku dah mula lepak. Terus lepak kat kerusi bawah pokok je. Mama dan yang lain on lagi. Merayap ke Hello Kitty dan Toys r Us. Masak. Hahaha. K. Setel sini. Next place...

Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah

Imej
Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah. Selesai semua urusan. Langsung kami singgah jap kat sini. Aku park depan pintu utama. Jalan sikit. Ada hiasan yang boleh tahan jugak sempena deepavali. Pintu besarnya. Ada kolam. Terus lepak kat bangku depan tu. Layan aje la scenery, orang lalu lalang, jurujual Digi dok tarik pelanggan, layan telegram, hampir terlelap pun ada. Mama, Iqa dan Ici yang sakan berjalan hari ni. Biarlah. Sesekali kan. Makin gelap dah iqa. Asyik berjemur aje.

Yok Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nanas

Imej
Yok Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nanas. Pagi ni paling awal kami keluar dalam sejarah kami ke Pasar Selasa ni. Sampai dalam jam 7.30 pagi gitu. Enjoy ja aku parking depan masjid dan lepak. Mama, Iqa dan Ici gi jenjalan cari barang. Selesai. Baru jam 8.20 pagi. Sempat lagi kami sarap kat cafe sebelah masjid ni. Selesai makan pun masih awal. Aku sambung lepak lagi kat masjid sementara mama explore lagi ngan iqa. Jam 9 pagi kami mula gerak ke Bukit Indah untuk next appointment. Paling suka hari ni of coz la ici. Bebas dia jalan jalan sama mama. Leh pau memacam. Kekeke.

Yok Jenjalan : Pasar Tani Taman Nusantara

Imej
Yok Jenjalan : Pasar Tani Taman Nusantara. Petang semalam aku lepak sebelah kanan macam dedulu. Lama tak lepak belah kanan ni. Asyik sebelah kiri ja. Lama tak dapat nengok scenery gini sebab hala belakang pasar je.

Yok Jenjalan : Nissan Taman Nusa Bestari

Imej
Yok Jenjalan : Nissan Taman Nusa Bestari. Sesaja leh sampai kat sini. Lama tul tak jumpa si Eric. Penjual kereta Almera yang kami pakai sekarang. Dah makin kurus pulak. Duduk lepak jap. Saja nak semak baki. Satu satu aku tengok. Semak sampai puas hati. Tapi tu cerita kat rumah la lepas balik. Masa aku lepak nunggu. Aku lepak ngan Eric dan sorang lagi customer. Dia pakai Teana. Nak jual Teana dan beli Teana model baru. Seronok pulak aku dok dengar. Beli Teana 2012 harga RM159k. Semak harga around RM50k. Perghhh... Leh tahan jugak tu. Beli baru RM151k. Ntah la. Aku hari tu memang terkesima jap masa Savvy aku dapat RM4.5k je. All the best la bro. Aku dengar dengar ja. Sambil dengar. Sambil belek nengok harga je. Target. Almera kasi setel. Tu jer.

Yok Jenjalan : Dapur Ummi

Imej
Yok Jenjalan : Dapur Ummi. Sebab tak puas hati. Kami pusing sekali satu kompleks kilang SME ni. Haiiisshh. Banyak betul perusahaan yang lur jangka kat sini. Berenti jap kat Dapur Ummi ni. Waahhh. Terus tapau beberapa jenis jajan untuk pantry. Hehehe. Harga boleh tahan juga la.

Yok Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya 20170929

Imej
Yok Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya 20170929. Balik. Singgah jap Mydin. Belanja bulan. Merayap jap ke Taman Permainan kat Jom @Anjung. Ici malas sangat nak main sebab takde abang dan kakak dia. Last-last lepak depan pintu keluar Mydin. Tunggu mama keluar. Singgah Cool Blog. Layan ici yang katanya nak mango orange. Last last aku yang kena perabis. Haiissshhh!

Yok Jenjalan : Tasek Central, Taman Ungku Tun Aminah

Imej
Yok Jenjalan : Tasek Central, Taman Ungku Tun Aminah. Misi pencarian diteruskan lagi. Kali ni ke Tasek Central pulak. Dulunya kita cuma tau Plaza Tasek aje. Masuk pun cam biasa. Ikut Plaza Tasek. Sekali sampai depan The Store baru perasan ada jalan baharu ke kanan. Perrghhh... Kawasan yang super luas tuh. Baru sebahagian dah bukak. Kalau dah fully used ni, tak tau la camner rupa meriahnya ni kan. Perrgghhh... Berasap kaki. Yang kebudaks ni sibuk pulak makan aiskrim sementara nunggu mama dengan iqa milih. Dan... Langkah kiri lagi lah.

Yok Jenjalan : Masjid Hajjah Mominbi Ahmad Angullia, Taman Ungku Tun Aminah

Imej
Yok Jenjalan : Masjid Hajjah Mominbi Ahmad Angullia, Taman Ungku Tun Aminah. Singgah jap solat di sini. Lama aku tak singgah sini, sejak tinggalkan Tun Aminah. Dah banyak betul perubahan di kawasan ni, tak terkecuali masjid ni. Banyak tul dia punya improvement. Terbaeekkk!!!!

Yok Jenjalan : Makan Spot, KIP Mart Tampoi

Imej
Yok Jenjalan : Makan Spot, KIP Mart Tampoi. Pagi ni merayap jap. Nak cari pakaian iqa untuk band nite nanti. Target utama pagi ni adalah ... KIP Mart! Harap dapat la jumpa custome yang diingininya. Aku ngan kebudaks lepak aje kat Makan Spot sementara mama dan iqa keluar mencari sekitar KIP Mart. Memula siap lepak lepak aje. Pastu main mainan kat bahagian tepi tu. Bila dah ramai sikit kebudaks mengerumun, kami kasi can la pulak kat deme. Ici paling girang. Tapi. Letak je duit pastu dia lari gi kat tempat lain pulak. Haishhh. Bukan satu, hampir semua gitu. Pastu pakat lepak laya MP4. Kamen Rider W kot. Tak abis abis si inaz ni. Sib baik tak masukkan Ex Aid. Kalau tak. Harus la jerit Kami Redo Mati Ecen Ek tengah tengah orang ramai tu. Orang dah kurang pakat sambung semula main mainan tu sampai la mama sampai. Tak dapat apa yang dihajati. Makan Yee Mee dulu sebelum sambung gerak cari destinasi lain pulak. Susah tul.

Yok Jenjalan : Anjung Neighbourhood Centre, Iskandar Puteri

Imej
Yok Jenjalan : Anjung Neighbourhood Centre, Iskandar Puteri. Jenjalan sini jap ini malam. Si iqa, anis dan syikin katanya nak cari barang sikit. Layan aje ler. Mama and the girl gi Mydin. Aku lepak melahu je kat kawasan luar. The whole area dikenali dengan nama Anjung Neighbourhood Centre. Dulu Anjung ni orang tau ada Mydin aje. Kena pulak hari Jemaat macam hari ni, ada Bazar Anjung gitu sampai jam 10 malam. Busker pun ada. Lepak lepak aje ler amik angin malam santai bersama pengunjung lain yang turut sama kat depan signage ni. Hehehe. Setel. Sempat aku snap snap foto selaku google guide yang komited. Kui kui kui. Foto akan melibatkan 3 kualiti berbeza yang memberi makna aku guna 3 jenis kamera malam ni ye.

Yok Jenjalan : Johor Premium Outlets on National Day Sale

Imej
Yok Jenjalan : Johor Premium Outlets on National Day Sale. Semalam. Keluar aje dari Gunung Pulai, terus hala ke sini. Dah alang-alang kan. Kebetulan ada Merdeka Sale. Layankan aje ler mama. Iqa pun tengah cari beg under Cotton On. Tapi takde pulak yang berkenan di hati. Sambil sambil jalan iqa jumpa grng geng dari JLEAD3.0. Macam sama aje tujuan kan. Dah dekat sangat dah. Rugi tak gi. Aku? Lepak aje kat kerusi. Tak larat la nak jenjalan. Snap snap picas aje. Beli crepe untuk lunch iqa. Boleh pulak si ici berebut nak makan. Beli lagi satu khas untuk dia aje. Setel. Terus gerak balik. Singgah kedai kek dan telur untuk Aidiladha prep. Yang tokleh blah. Aku tersilap bayar tiket da. Yang pelik boleh lepas pulak tu. Haisshhh. Nak tau lebih pasal sale ni leh layan page rasmi JPO -  https://www.premiumoutlets.com.my/johor-premium-outlets/sales-events/ . Sampai 3 September tu. Ntah ntah dia up sampai 4 September sempena cuti PM kasi nanti. Kekeke. ps : Clear dah aku nyer dropbox! Lepas ni

Yok Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nenas

Imej
Yok Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nenas. Hari ni hari Selasa. Kalau aku cuti, mesti gi sini. Kalau gi sini mesti cuti. Kekeke. Agenda wajib adalah sarap dulu kat Warung Anjung Masjid, tu la nama yang aku dapat bila aku tanya ngan pekerja situ. Tak kisah la. Janji inaz dapat makan lempeng cicah asam pedas dia, nenek dapat makan burasak, iqi dapat makan mee goreng. Selesai situ. Sesambil dok borak ngan geng ulu pulai. Nak gi kampung sawah beli lembu korban. Paling rendah sekarang RM4500. Makin dekat makin tinggi. Tu la dunia la ni. Apa nak kata kan. Terus aku gi lepak wakaf dengan kebudaks. Deme pakat dok layan MP4 la cam biasa. Siap bawak bantal kot. Tunggu aje la mama ngan nenek shopping sambil lepak kat sini. Enjoy sikit. Takde la panas berpeluh dalam pasar selasa tu. Setel semua kami sambung lepak lam kereta pulak. Sambung air cond pulak. Mama sampai kita terus balik la. Sempat singgah gerai buah. Layan jangan tak layan. Harga leh tahan. Bukan musim. Sori ekk.. takde gambo dalam

Yok Jenjalan : Kolam Rekreasi Air, Hutan Bandar MBJB

Imej
Yok Jenjalan : Kolam Rekreasi Air, Hutan Bandar MBJB. Hari ni kami merayap ke Hutan Bandar MBJB. Nak bawak kebudaks pergi berenang katanya. Boleh tahan juga tempatnya. Cuma kena tahan menapak la dari tempat parking sampai ke teres kedua kat tengah-tengah hutan bandar tu. Slow slow aku jalan. Rasa menangkap jugak kat kaki tu. Aiyooo... Sampai aje semua dah tak sabar. Tempat ni percuma ya. Ada la disediakan peti keselamatan bagi yang nak menyimpan barang berharga dengan bayaran RM1. Amaran keras! Jangan pakai kasut dan bawa makanan ke dalam kawasan ni. Tu pun nampak jugak beberapa orang yang buat derk jer jalan dengan kasut dalam kawasan ni dikala semua orang letak kasut kat luar. Lagi satu. Nampak juga plastik pembalut makanan dan sisa popcorn dalam air. Haishhh. Ni ler mentaliti orang kita. Kawasan ni percuma. Maintainance of coz la kurang sikit. Kita selaku pengunjung la yang kena bertanggungjawab atas penjagaan apa yang kita buat kan. Takkan la sebesar alam papan tanda pun tak leh

Yok Jenjalan : Bazar Anjung, Anjung Nusajaya

Imej
Yok Jenjalan : Bazar Anjung, Anjung Nusajaya. Semalam gi belanja bulan. Nengok ramai pula orangnya. Sekali nengok papan tanda. Ada Bazar Anjung rupanya. Buka memang hari Jumaat aje dari 4 petang sampai 10 malam. Macam pasar malam pun ada. Banyak gerai jualan makanan di mata aku. Tak lama kat sini. Just a quick stroll dan terus ke Jom@Anjung. Layan ici main kat taman kanak-kanak tu. Selesai belanja semua. Mama ngan Iqa sambung gi Bazar Anjung ni. Boleh tahan jugak la kata deme. Cuma ada beberapa tempat yang mama tak puas hati.

Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah

Imej
Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah. 21 Jun. Layan mama jap. Nak meronda cari barang untuk raya katanya. Ni posting lama ye. Aku lepak aje ngan Ici nunggu mama.