Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Walimatul Urus

Walimatul Urus : Majlis Persandingan Firdaus & Heny serta Fadhli & Amirah

Imej
Walimatul Urus : Majlis Persandingan Firdaus & Heny serta Fadhli & Amirah. Langsung gerak ke Dewan CIDB pulak. Undangan Haji Misti. Juga dua pasang mempelai di sini. Makin lama makin panas pulak suasana dalam kereta. Kebetulan nampak kedai air cond sebelah dewan tu. Berenti jap. Dia topup gas. Tengok ada jadi lagi tak dalam masa 3 bulan. Kalau ada maybe ada leaking. Setel aje terus gerak ke dewan. Boleh tahan. Pengantin pun sedang bersanding ketika tu. Tahniah dan Selamat Pengantin Baharu pada pasangan mempelai.

Walimatul Urus : Majlis Persandingan Hafidz & Kyra serta Faez & Leena

Imej
Walimatul Urus : Majlis Persandingan Hafidz & Kyra serta Faez & Leena. Tengah hari tadi gerak ke Ulu Pulai. Jemputan en Juhair. Dua pasang mempelai. Parking kat Masjid aje. Ada laluan ke rumahnya. Pengantin dedua dah ada. Mama malu malu pulak nak bergambar ngan ex bosnya ni. Hehehe. Apapun. Tahniah dan Selamat Pengantin Baharu.

Walimatul Urus : Majlis Kesyukuran Ridzwan & Ashikin

Imej
Walimatul Urus : Majlis Kesyukuran Ridzwan & Ashikin. 9 Disember. Around 11 pagi kami gerak ke Pulai Indah. Majlis perkahwinan anak en Azhari. Singgah jap kat Masjid Pulai Indah yang nun tersergam indah dengan rekacipta moden yang sangat berbeza dan menarik mata memandang. Terus gerak ke rumah en Azhari lepas tu. Park di tepian jalan kecik macam tetamu yang lain. Sampai aje berderet memember yang lain sedang makan dengan gembira. Semua tertarik dengan kasut hitam yang hebat aku sarung. Biasa la. Jarang aku pakai kasut hitam bertutup sebelum ni. TQ fisio. Glamer aku hari ni. Makanan disajikan sangat best. Nasi minyak dengan Ayam masak merah berkuah banjir. Tolak tepi daging masak hitam yang diadun rempah yang cukup membangkitkan selera. Angah makan roti jala yang dimasak keemasan dengan kuah kari yang cukup serba serbi rasanya. Iqa makan papadom aje. Bila suruh amik makanan. Dia amik air buah tembikai susu yang sungguh menyelerakan. Sebelum balik sempat lagi kebudaks amik gula gu

Walimatul Urus : 20171202 Resepsi Perkahwinan Zaini & Ira

Imej
Walimatul Urus : 20171202 Resepsi Perkahwinan Zaini & Ira. Lokasi di Dewanraya Gelang Patah, Gelang Patah. Selamat Pengantin Baharu. Ramai rakan lama atuk di sini.

Walimatul Urus : 20171202 Sue & Epul

Imej
Walimatul Urus : 20171202 Sue & Epul. Lokasi di Bukit Tempurung, Gelang Patah. Selamat Pengantin Baharu. Sakan the kebudaks kat sini.

Walimatul Urus : Haji Shahilon

Imej
Walimatul Urus : Haji Shahilon. Tengah hari tadi kami ke SJKC Mawai. Haji Shahilon buat majlis anaknya kat sini. A bit tricky sebenarnya cerita kami hari ni. Mulanya kami ke UTC dulu untuk uruskan passport iqa. Setel je bayar terus shoot ke kota. Singgah ke majlis haji shahilon. Alhamdulillah. Selera sungguh juadah yang disedia. Memang terbaeekkk!!!! Terima kasih ji. Tahniah terima menantu. Semoga kekal berbahagia sehingga ke akhir hayat. ps : Susah jugak nak posing sekali sama-sama. Hehehe. Lepas tu kami meronda jap ke pekan. Dah alang-alang sampai kota kan. sambil menyelam minum airnya. Hehehe. Tapi. Aku lepak aje dalam kereta. Tak larat nak jalan.

Majlis Kenduri Kak Ani Langsir

Imej
Majlis Kenduri Kak Ani Langsir. Semalam. Dewan Terbuka Jalan Wawasan. Hari ni baru berkesempatan update. Pilihan menu memang banyak. Layan. ADUN pun turut sama hadir.

Walimatul Urus Noor Baizura dan Mohamad Fauzi

Imej
Walimatul Urus Noor Baizura dan Mohamad Fauzi. Actually, dari semalam sanak sedara semua pakat berkampung kat rumah Pak Lang ni, merewang untuk majlis perkahwinan anak dia, Baizura. Hari ni aku lambat sampai ke sini. Kebudaks, mama; sekolah ganti. Balik sekolah, iqa dah kepenatan, tak cakap apa terus melepek. Tunggu dia bangun, sempat asar, baru dapat bertolak kat sana. Read on