Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jom JenJalan

Jom Jenjalan : Johor Premium Outlets

Imej
Jom Jenjalan : Johor Premium Outlets. Jalan sini jap. Ada beberapa benda yang iqa nak cari. Daapt juga apa yang dia nak. Sesambil nunggu aku lepak dengan iqi dan ici. Ici nak naik kereta api. Kena beli tiket kat information centre. Satu orang RM10. Dia jalan pusing main halaman tu around 10 minit. Tapi. kami tak jadi naik sebab iqi tak nak naik. Sapa nak tunggu dia kan. Nak main kat playground pun tengah renovate. Nasib nasib. At last. Kami makan Hot Dog dekat gerai sebelah Animation World tu. Leh tahan jugak mustard dia.

Jom Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya

Imej
Jom Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya. Hari ni kami kena selesaikan semua barangan keperluan harian dan alat tulis. Ofcoz lokasi menjadi pilihan adalah Bazar Mydin. Selesai belian lepak kat luar merancang laluan sambil menjamah hidangan daily fresh. Ni lepas nak beli popcorn mydin tapi mama kata popcorn daily fresh lagi best. So, next adalah Mr.DIY dan Talent Bookstore. Tu pun masih tak selesai satu benda. Baju melayu teluk belanga sekolah agama iqi. Haishhh. Boleh pulak Mydin jual baju cekak musang.

Jom Jenjalan : AEON Bukit Indah

Imej
Jom Jenjalan : AEON Bukit Indah. Jenjalan cari kasut dan pakaian yang belum lengkap. asalnya nak gi Bata jer. Tapi nengok design kasut hitam yang serba pelik sikit. Iqa jer yang dapat kat sini. Turun ke Al Ikhsan. Ici jer yang dapat. At last gi Jusco. Iqa siap beli bantal tambahan nak bawak ke asrama. Angah dan Iqi dapat kat sini. Iqi pun dapat beg dia kat sini. Sempat lepak main kat luar sementara nunggu nak bayar. Esok sambung lagi untuk alat tulis pulak. Hmmm.. Slow slow la kan. Tak leh amik masa yang lama dan jauh. Sian mama.

Jom Jenjalan : MCM Studio, Capitol City, Johor Bahru

Imej
Jom Jenjalan : MCM Studio, Capitol City, Johor Bahru. Masa lunch kami singgah jap sini. Capitol City. Tak target pun nak gi MCM Studio ni. Cuma sebab curiosity that killed the cat; kami merayap ke setiap aras sambil borak-borak dan ternampak satu eskalator yang tinggi abis. Ni la yang sampai terus ke aras 5 yang terletaknya MCM Studio ni. Antara yang lama kami lepak adalah FassGadget; yang jual action cam dan MCM Studio ni la. Leh tahan. Masuk free. Nak main baru bayar ikut harga yang ditetapkan untuk part yang kita nak tu. Kalau day tiket dia letak RM128. Tapi, dengan kaedah kedua tu; lebih jimat sebab kita leh cuci mata dan bayar part yang kita nak main sahaja. Tengok la nanti untuk return ngan the cikedis nanti.

Jom Jenjalan : City Square Johor Bahru

Imej
Jom Jenjalan : City Square Johor Bahru. Selesai kat STF, kami gerak ke City Square. Iqa nak jumpa kakak angkat dia yang datang dari Pahang jap. Baru habis SPM tempoh hari. Kalau ingat, aku ada tulis yang iqa nunggu kat STF untuk jumpa kakak angkat dia selepas kertas akhir SPM. So. Aku bawa dan tinggalkan dia bersama kakak angkat dia di sini. Aku? Merayap la jap. Merata kot. Sampai ke CIQ pun aku gi. Kekeke. Gasak la. Selesai. Kami jumpa semula di McDonald. Sempat la merasa sengal-sengal kat kaki. Kasi can la. Hope both of them akan dapat berjumpa lagi masa Majlis Anugerah Cemerlang tahun depan dengan flying colours.

Jom Jenjalan : Meronda Muo

Imej
Jom Jenjalan : Meronda Muo. Balik dari putrajaya aku terus singgah muo. Sampai malam jugak. Masuk ikut tangkak. Memula ingatkan nak cari burger area mee bandung tu. At last aku cari hotel dulu. Dah book Hotel Elite thru Agoda masa seminar pagi tadi. OK hotelnya. Kebetulan ada gerai burger bawahnya. Layan aje. Sesambil nunggu jalan jap ke bulatan mahkota. Snap snap macam biasa. Tido. Pagi esoknya hairin dan redza datang. Gi sarap jap kat R&H Cafe. Terbaeekkk!!!! Tu yang sampai lupa dan tinggal kamera ni lepas pemantauan. Haissshhh! TQVM Hairin bawakkan semula kamera ni. Hehehe. Teruk tul tuan dia.

Jom Jenjalan : Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Imej
Jom Jenjalan : Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. 12 November. Ni la hotel yang aku booking nyambil nyambil dalam simposium. Dapat RM190 semalam. Deal agoda hari biasa. Rasanya cuti sekolah tak dapat harga gini. Selesai aje simposium terus gerak ke sini. Sampai around jam 10.00 malam. Meraba jugak nak cari lobi dari parking dia. Dah check-in pun meraba nak keluar dari lobi. Sib baik petugas guide aku sampai ke bilik. Kekeke. Tempat dia besar. Bilik pin terbaeekkk!!!! Sempat merayau jap malam tu. Memang penuh cahaya tempat ni. Pagi esoknya. Merayap semula ke semua tempat. Hmmm. Suasana malam lebih meriah dan cantik. Ada kesempatan dan peluang maybe return semula. memang terbaeekkk!!!! Park. Tetap kena bayar RM15 selaku guest. Hehehe.

Jom Jenjalan : Santai AEON Bukit Indah

Imej
Jom Jenjalan : Santai AEON Bukit Indah. Punya panjang cuti, dah hujung-hujung baru reti nak jalan. Tu pun dekat-dekat aje. Masih mood jaga kaki. So. Lepas jemaat kami gerak. Naik highway, terus masuk parking. Sekali letrik kawasan parking tarak daaa.. Patut kosong aje parking tak macam biasa. LAngsung park kat tepian jalan macam yang lelain la apa lagi. Tengok jugak kereta-kereta lepas kami. Sama. Tak lepas. Dan gostan semula park kat luar. Masuk. Makan dulu kat KFC. Katanya nak try dunk and dip tu la. Kriuk kriuk dia dari serbuk kari daa.. Meme la rasa terangkat. Lepas tu. Bila makan ayam biasa terus rasa tawar. Kui kui kui. Dah tibai dulu yang perasa lebih memang harus la gitu. Next. Meronda. Sesaja masuk Sony jap. Nak tengok kamera la. WX500 yang aku dok berangan tu. Sekali.... ter pulak... Sony 55 Inch 4K HDR Internet LED Backlighted TV - KD55X7000F. Aiyooo.. Dia kasi below 3k kot. Huhuhu. Sabo la wahai hati. Nanti check lazada dulu. Sambung misi semula. Jumpa kamera dia. Teru

Jom Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nenas

Imej
Jom Jenjalan : Pasar Selasa, Pekan Nenas. Asal cuti mesti Selasa. Asal Selasa mesti gi Pasar Selasa. Hehehe. Sarap dulu kat medan selera sebelum gerak ke lokasi. Team lelaki ronda jap je sebelum lepak makan eskrem. Habis makan eskrem kami lepak kat masjid pulak. Baru nak main kat taman permainan team pompuan dah setel. Alamak. Tak puas lagi main la kata iqi.

Jom Jenjalan : Haircut with Iqi @Ravi's

Imej
Jom Jenjalan : Haircut with Iqi @Ravi's. Sempat berenti isi minyak dulu. Ngam ngam ho. Hahaha. On the way nak gi Ravi's jumpa eksiden kat simpang empat nusa perintis tiga. Trafik light agak pelik sejak kebelakangan ni. Aku pun kekadang malas nak lalu sebab jalan dari sekolah biasanya lampunya tetap merah sampai bila bila. Singgah ravi. Ramai pulak orang. Layan nunggu la. On the way back. Sempat layan anjing tulang besi urat dawai. Eksen tul baring tengah jalan. Pepagi pun sama. Memang anjing ni super duper kerek nih. Hehehe.

Jom Jenjalan : IOI Mall, Putrajaya

Imej
Jom Jenjalan : IOI Mall, Putrajaya. Sibuk kebudaks ni ajak aku ke sini. Last last jenjalan jugak la. Ingat nak main ice skate tapi tutup la pulops. Merayap ke Toy 'r' Us. Kat sini la yang dibelinya mainan mainan idaman hati memasing. Makan. KFC. Pakat tak mau makan biasa biasa kat food court dia yang kat atas sekali tu. Layankan aje ler.

Jom jenjalan : Alamanda, Putrajaya

Imej
Jom jenjalan : Alamanda, Putrajaya. Tempat yang jadi rutin sepanjang kat sini. Makan. Belanja. Beli belah. Cuci mata. Cari mainan seperti yang dijanjikan. Pendek kata. Semua kat sini aje ler. Adik inaz n iqa dah sibuk nak makan waffle dopopatjam. Aiyooo...

Jom jenjalan : Everly Hotel, Putrajaya

Imej
Jom jenjalan : Everly Hotel, Putrajaya. Hotel paling mudah dan dekat dengan segala tempat berkaitan ngan aku. Dekat dengan Kompleks E, dekat dengan tempat makan, ada pool. Kira setel lah.

Jom JenJalan : Fesko 57 UTM Skudai - Day First

Imej
Jom JenJalan : Fesko 57 UTM Skudai - Day First. Hmmm. Kejap ja dah tiba waktu konvo. Cam biasa wajib la ke tapak pesta. Cari barang la kan terutama baju. Harga a bit higher tahun ni. Tapi still masih murah berbanding kat luar. Ayat cliche la pulak kan. Kekeke. Adik dan Iqi memang ngepau abis. Ngan sotong rajanya, ngan coconut shake nya. Sempat gi bergambar ngan team urusetia yang sibuk dok buat promosi fesko. Kuikuikui. Makan nasi ayam kat hujung. Boleh tahan la. Ayam yang sama dengan nasi ayam penyet. Beza pada sambal dan nasi aje. Tapau untuk iqa sekali.