Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gebooz Gedikz

Gebooz Gedikz : 20171202 Gedikz Tahap Maksima

Imej
Gebooz Gedikz : 20171202 Gedikz Tahap Maksima. Dah macam ayam salai dah sekali pandang. Sib baik kucen. Ni la gaya dia kalau dah kenyang atau dia nak ajak main. Pastu. Bila gosok perut dia tu mula la nak gigit gigit manja tangan orang. Nak lagi bonus siap buat stunt kejo kaki atau tangan.

Gebooz Gedikz : 20171129 Team Kucen Kayo in the wild

Imej
Gebooz Gedikz : 20171129 Team Kucen Kayo in the wild. Dah beberapa hari aku menghendap. Akhirnya. Pagi ni dapat jugak aku snap gambo team kucen kayo ni. Signature pose dekat kereta wajib la ada kan. Kekeke. Hutan pun hutan rumput sama lalang aje depan rumah. Reramai deme main main dalam semak tu. Apa la nak jadi. Kekeke. Paling best sebab aku sempat main dua kamera. Ultra wide dan Telephoto. Belasah aje ler. Adakah lepas ni aku akan jual gambo kucen pulak? Tak sampai tarap lagi ni. Jauh lagi. Kui kui kui.

Gebooz Gedikz : 20171128 Selia projek

Imej
Gebooz Gedikz : 20171128 Selia projek. Pepagi lagi dah merayap. Nengok progress projek renovasi rumah. Sempat borak ngan kucen kawasan gitu. Kekeke.

Gebooz Gedikz : 20171115 Lepaking Team Kucen Kayo

Imej
Gebooz Gedikz : 20171115 Lepaking Team Kucen Kayo. Perghhh. Pagi ni kuar. Nengok bonet keter penuh tompok darah. Siap ada kesan tapak kaki kat cermin depan gitu. Nengok bawah. Wooo.. Ni kerja team kucen kayo ni. Asyik nak posing depan keter je kerjanya. Haishhh..

Gebooz Gedikz : 20171026 Ciannya dia

Imej
Gebooz Gedikz : 20171026 Ciannya dia. Melepek aje seharian. Kaki kanan dia sakit. Tak tau la kena pukul ke. Kena pijak ke. Bus. Bus. Terdengkot dengkot dia jalan. Hari ni? Dah laju dah.

Gebooz Gedikz : 20171003 Santai pagi tepi longkang

Imej
Gebooz Gedikz : 20171003 Santai pagi tepi longkang. Amboi amboi amboi. Lepak santai ye. Sampai taknak ganjak. Dah kena hon tiga kali baru terkedek kedek ke tepi. Nak kena pelampang ke.

Gebooz Gedikz : 20170924 Lepak Santai

Imej
Gebooz Gedikz : 20170924 Lepak Santai. Pergghhh. Santai sungguh dia melepak. Tetambah sejak kebelakangan ni ikut kepala dia aje. Pantang tul orang pegang. Marah tu. Tak bagi keluar. Marah lagi. Melepak terkangkang duduk ok pulak. Pegang. Marah. Apa nak jadi daaa..

Gebooz Gedikz : Layan Cik Ti

Imej
Gebooz Gedikz : Layan Cik Ti. Tau tau ada atas para dah. Siap ko kalau aku dapat katanya. Kekeke. Bagus jugak si kucen sekor ni. Teruskan usaha ye.

Gebooz Gedikz : 20170915 Lepak Gatai

Imej
Gebooz Gedikz : 20170915 Lepak Gatai. Apa gaya daaa... Suka tul tido terkangkang gini. Nak kena pelempang ke gapo. Pastu merayap sana sini. Tadi balik. Bergelumang ngan rumput ka lumut ntah. Satu badan basah lencun. Ko gi mandi longkang ke gapo?

Gebooz Gedikz : Kutu Tembok Mode

Imej
Gebooz Gedikz : Kutu Tembok Mode. Balik kerja. Reverse park macam biasa. Terperasan ada kutu tembok dok melepak. Cam kenal je. Sekali dua kali tenung. Chaitt!!! Ko dok usyar marka ka? Haiyo. Gi slow slow. Sempat snap dua tiga kali. Kekeke. Pastu dia palingkan bontot dia aje. Chit. Kita pusing ke sana pulak. Ooo.. Melawan ko yerk. Terus tangkap bawak balik. Melepek sayu kat kerusi dia. Hahaha.

Gebooz Gedikz : Edisi lepak santai malam raya

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi lepak santai malam raya. Sibuk orang dok buat persediaan, sibuk la menggedik kat lantai tu. Kui kui kui. Geram pulak nengokkan kacang untuk soto nih. Haisshhh!

Gebooz Gedikz : Edisi melepek lepas mandi

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi melepek lepas mandi. Lama tul tak mandi ni. Inaz sibuk memanjang aje. Bermaharajalela la si gebooz tak pernah mandi langsung lepas sunat ituhari. Dari 28 Julai, doktor tak kasi mandikan seminggu ke dua minggu ntah. Pastu terus lupa la, sibuk la, dan memacam alasan lagi ler. Sekali kena mandi hari ni. Terus melepek. Kui kui kui. Cian Booz.

Gebooz Gedikz : 20170716 Keboringan Melanda

Imej
Gebooz Gedikz : 20170716 Keboringan Melanda. 16 Julai. Dah la kena sunat. Tak kasi keluar rumah jumpa kengkawan pulak tu. Mati kutu tul brader sekor ni. Haissshhh!

Gebooz Gedikz : Edisi Bermain bersama kawan

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi Bermain bersama kawan. 16 Ogos. Baru la aku dapat nengok dia main ngan kucen kat luar. Dah jadi budak. Dikejo ekor si kelabu tu. Pastu gigit gigit gatai dia la. Kekeke. Yang si kelabu tu pun layan aje ler.

Gebooz Gedikz : Edisi lepak lepas sunat

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi lepak lepas sunat. 28 Julai setel Gebooz kena sunat. Sian dia. Semua sedih nengok dia. Lalok sikit pun ada. Cam ngengkang pun ada. Doktor suruh tukar pasir kepada kertas carik untuk 3 hari. Takut terluka. So. Banyak masa duduk dalam sangkar la. Kang kena henshin ngan para 'kami redo' cilik sapa nak jawab kan. Kipidap Booz!

Gebooz Gedikz : Siri prep untuk ke Klinik Haiwan

Imej
Gebooz Gedikz : Siri prep untuk ke Klinik Haiwan. Hari tu aku dah call klinik. Book slot untuk sesi sunat Gebooz ni. Dapat hari Jumaat. Pagi. So. Kena puasa dari 8:30 malam Khamis tu. Cian dia. Meow meow sepanjang malam. Hehehe. Paginya terus angah masukkan dalam beg kucen dia. Monyok je muka. Mesti dia pikir semua tak sayang dia barangkali. Bawak kuar. Sempat kawan dia sapa dan cuba kuarkan. Kucen kucen. Walaupun binatang, nampak dia punya kasih sayang tu. Sampai klinik. Register. Borak sikit sikit. Babai Booz. Jumpa petang ni.

Gebooz Gedikz : Lepak bongkak Jun

Imej
Gebooz Gedikz : Lepak bongkak Jun. Muka kengkadang gedikz, kenkadang kelako, kengkadang bongkak. Ni ler gebooz. Ngan ekor kontot dia. Gemuk tahap gaban. Suka tul tido terkangkang.

Gebooz Gedikz : Sesi menggediks April

Imej
Gebooz Gedikz : Sesi menggediks April. Suka bebeno lepak terkangkang gitu. Haishhh. Tektik nak suh main dengan dia la tu.

Gebooz Gedikz : Edisi Resakse Gorgon

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi Resakse Gorgon. Dah gedabak body dia. Macam resakse dah ha. Lama lama nengok baru aku perasan. Dia ada ciri-ciri kucen kesayangan mama si Ang Ang, dari segi warna, corak dan kaki pendek tu; dan kucen aku pulak Mek Man dari segi bentuk badan dan ekor terpeleot tu. Kekeke. Layan aje la si resakse gorgon ni.

Gebooz Gedikz : Edisi Santai

Imej
Gebooz Gedikz : Edisi Santai. Kerja merayap ja sekarang ni. Malam ja ada rumah. Kekeke. Dah dapat nature kucen dia dah ni. Suka tul lepak bawah kereta.