Pendidikan Holistik
Pendidikan Holistik. Logo pendidikan holistik yang dah dimuktamadkan ini dipilih melalui penyertaan warga pendidikan seluruh negeri Johor.dan dilancarkan oleh mantan pengarah pendidikan negeri Johor dan diserahkan kepada pemangku sebelum beliau bergerak ke Putrajaya sebagai pengarah bahagian.
KETERANGAN LOGO
Simbol GEAR melambangkan kepada softskill yang perlu dikuasai mengikut fokus masing-masing. Lima gigi gear melambangkan lima (5) prinsip kerja DRONE
- D – Data Driven
- R – Resilient
- O – Outcome Oriented
- N – Navigate
- E – Efficiency
dan lima (5) entiti yang menjadi fokus
- Pemimpin
- Guru
- Anggota Kumpulan Pelaksana
- Murid
- Komuniti
GARIS PUTUS-PUTUS melambangkan simbol input dan output digital yang menjadi keperluan kepada kemahiran kini dan akan datang.
Sebelas (11) garis melambangkan sebelas (11) daerah sebagai pemangkin yang menjadi sistem sokongan dalam memastikan 11 anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dapat difahami, dihayati dan diupayakan oleh institusi sekolah
Simbol GLOBE melambangkan connectivity tanpa sempadan melalui hubungan jalinan dan jaringan yang bertujuan untuk memantapkan sistem penyampaian pendidikan
Dua (2) ORANG merah dan biru melambangkan ekspresi dalam memastikan aspirasi sistem dan aspirasi murid dapat dipenuhi serta dilestarikan selain menerima dan meraikan perbezaan.
GRAF dan ANAK PANAH melambangkan sembilan (9) kecerdasan pelbagai yang ada pada setiap manusia dan perlu digilap untuk membina kecemerlangan diri yang seimbang.
gatal gatal tangan juga nak try
tengah cari idea lagi
proses penjurian berlangsung
leh tahan juga penyertaan logo ni
satu demi satu diteliti
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #Fujifilm #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience
Ulasan