Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PERUTUSAN AWAL TAHUN

PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR 2019

Imej
PERUTUSAN AWAL TAHUN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR 2019 السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tuan-tuan, puan-puan dan warga pendidikan negeri Johor yang dikasihi sekalian. Tahun 2018, akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari sahaja lagi. Pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dengan pelbagai catatan kejayaan, menjadi warna warni lanskap pendidikan negeri Johor. Tahniah dan terima kasih kepada warga pendidikan Johor yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang. Sesungguhnya pengorbanan dan komitmen yang amat tinggi dalam melaksanakan semua aktiviti pendidikan berjaya menjadikan pendidikan Johor dikagumi bukan sekadar di peringkat nasional malah juga di peringkat antarabangsa. Mengimbas pencapaian tahun 2018, kita berjaya meletakkan negeri Johor dalam kedudukan yang teratas dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum, kepimpinan mahupun pencapaian murid secara berpasukan dan ind