Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel office

A whole full day with meeting

Imej
A whole full day with meeting. Oktober dimulakan dengan meeting. Boleh tahan jugak seharian. Paginya sesi bersama team Skype for Business (SfB). Dari jam 9 pagi sampai dekat jam 12 tengah hari. Aku suruh mus buat dry run jugak dengan team maklumat bagi memastikan kelancaran SfB untuk bengkel fokus data pada 2 Oktober. So. Pagi tu aje dua sesi SfB berjalan. Sampaikan aku masuk ke bengkel SKT Pengarah pun masih online kot. Pecah dua telinga. Satu kat bengkel. Satu kat Skype. At last kami setuju tunda petang selepas team teknikal buat adjustment. So. Tenang sikit aku menumpu ke bengkel SKT. Petang pun dimulakan dengan SfB dahulu dan macam pagi tadi aku mengusung ke bilik meeting dan sekali lagi body pecah dua. Gasak. Memang patut balik terus tertido gamaknya.