Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel YB MENTERI PENDIDIKAN

Kata Alu-Aluan YB Menteri Pendidikan Untuk Majalah Sekolah 2023

Imej
Kata Alu-Aluan YB Menteri Pendidikan Untuk Majalah Sekolah 2023.  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terke

TEKS UCAPAN YB MENTERI PENDIDIKAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN GERAKAN MASSA: ‘TERIMA KASIH CIKGU’ PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-48 TAHUN 2019

Imej
TEKS UCAPAN YB MENTERI PENDIDIKAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN GERAKAN MASSA: ‘TERIMA KASIH CIKGU’ PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-48 TAHUN 2019 boleh dimuat turun di url :  https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/03_Mac/V2_TEKS_UCAPAN_MENTERI_PENDIDIKAN_-_MAJLIS_PELANCARAN_GMTKC_HARI_GURU_2019_18.3.2019.pdf MAJLIS PELANCARAN GERAKAN MASSA: ‘TERIMA KASIH CIKGU’ PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-48 TAHUN 2019 BERTEMPAT DI THE TOP KOMTAR, PULAU PINANG PADA 21 MAC 2019 (KHAMIS), JAM 8.00 MALAM Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berbahagia Tan Sri, Datuk Seri, Dato', Puan Sri, Datin Seri, Datin, Tuan-tuan, Puan-puan dan para tetamu yang saya hormati sekalian. Pendahuluan Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul pada hari ini sempena Majlis Pelancaran Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu Peringkat Kebangsaan 201