Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 10
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat COVID-19 : Aktiviti Minggu 10. Dah masuk hari ke-70. Ada dua minggu lagi sebelum tamatnya siri PKPB ni. InsyaAllah. Moga dipermudah segala urusan olehNya. Minggu ni minggu yang paling sibuk buat aku. Penuh seminggu dengan pelbagai aktiviti di tempat kerja. Layan. Si Leman lo ni pantang balik, mesti melingkau. Iqi dan Ici hampir setiap malam main bunga api. Sakan deme. Kami buat sesi photoshoot beberapa hari sebelum raya. Alhamdulillah. Setel ucapan dari sektor dan aku sendiri. Puan Sallina dah sampai ke garisan penghujung perkhidmatannya sebagai penjawat awam. Majlis untuk dia dijalankan pada hari Khamis lepas. Layan kat youtube aje dari ofis aku. Hari jemaat aku masih ke ofis. Ada program lagi. Balik singgah kat Booktalk beli barang keperluan iqa. Masak menunggu kat barisan sebab dia kasi dua orang aje masuk dalam satu-satu masa. Lenguh beb berdiri. Balik rumah jumpa anak si Tamrin. Wow seperti biasa. Harap dapat bertahan sampai dewasa la. Setakat ni semua anak dia mati secara misteri sebelum dewasa. Petang tu juga mama buat sesi potong rambut khas untuk raya. Seperti biasa tekaan warna baju penyimpan mohor besar raja-raja meleset lagi. Haisshhh.. Hari sabtu aktiviti kami dipenuhi dengan persiapan masakan untuk raya, bawak sampai ke pagi raya. Setel je agihan, sarapan, layan khutbah yang dibaca dari surau melalui pembesar suara. Pastu buat sesi video conference dengan abah, mak dan adik beradik. Teknologi banyak membantu dalam musim PKP ni. Selesai photoshoot, derian tiba. Layannnn. Dan tak cukup dan kena order tambah lagi ni nampaknya. Malamnya sempat main bunga api lagi. Derian tambahan tiba dan kali ni si Leman dah menanti. Haiyooo si kucen sekor ni. Dapat la 4 ulas untuk dia sekor. Mana taknya, dia paling ke depan. Tak tau malu tul. Penutup minggu cam biasa kita layan graf mingguan. Ada peningkatan yang sangat ketara, namun tak membimbangkan sangat sebab kes ni kes terkawal. Kes di Depoh Tahanan Imegresen melibatkan PATI. Semoga tiada laporan yang luar jangka selepas ini.
amboi amboi
layan bunga api
sesi photoshoot bermula
setting untuk majlis puan sallina
setel
penat beratur beb
anak latest si tamrin
sesi potong rambut by mama
miss lagi
persediaan raya
dah sampai dah henpon diorder
last berbuka ramadan 1441
juadah pagi syawal 1441
sesi video conference
photoshoot raya
sambung lagi vc
sambung lagi photoshoot
derian raya
bunga api
amboih si leman ni
graf mingguan
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #Fujifilm #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience
Ulasan