PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menyuap Makanan Untuk Isteri
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menyuap Makanan Untuk Isteri
عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ
Daripada Sa'd bin Abu Waqash bahawasanya dia mengkhabarkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya, tidaklah kamu menafkahkan suatu nafkah yang dimaksudkan mengharap wajah Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu yang kamu suapkan ke mulut isterimu". (HR Bukhari No: 54) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Seorang Muslim apabila ia menunaikan kewajibannya terhadap diri dan ahli di bawah tanggungannya dengan mencari rezeki yang halal, akan mendapatkan balasan dan pahala.
2. Seorang lelaki yang menyuapkan makanan ke mulut isterinya dari hasil kerja yang halal juga termasuk akan mendapat ganjaran pahala.
3. Bekerjalah mencari rezeki yang halal dengan niat yang ikhlas untuk keperluan ahli keluarga. Semoga ia menjadi balasan pahala untuk kita.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
09hb Disember 2017
20hb Rabiul Awal 1439H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan