PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kecelakaan Orang Yang Tidak Meratakan Air Wuduk Dikaki
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Kecelakaan Orang Yang Tidak Meratakan Air Wuduk Dikaki
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ تَخَلَّفَ عَنَّا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ سَافَرْنَاهُ فَأَدْرَكَنَا وَقَدْ حَضَرَتْ صَلَاةُ الْعَصْرِ فَجَعَلْنَا نَمْسَحُ عَلَى أَرْجُلِنَا فَنَادَى وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ
Dari Abdullah bin Amru RA dia berkata, "Nabi SAW meninggalkan kami (lebih dahulu) dalam suatu perjalanan yang kami lakukan, maka kami mendapati baginda ketika waktu solat Asar telah tiba, maka kami mulai membasuh kaki-kaki kami, tiba-tiba baginda bersabda: "Celakalah bagi tumit-tumit (yang tidak terbasuh air wuduk) dengan api neraka. Sempurnakanlah wuduk kalian dengan baik'." (HR Muslim No: 355) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Syarat sah solat adalah sempurna wuduk.
2. Antara anggota wuduk yang perlu dibasuh dengan sempurna ialah kedua belah kaki bermula dari buku lali ke bawah.
3. Celakalah orang yang membasuh kaki namun ada bahagian anggota kaki yang tidak terkena air wuduk seperti tumit.
Pastikan anggota kaki diratakan air termasuk tumit dan buku lali ketika berwuduk. Jangan sampai dibakar api neraka.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
05hb Okt 2017
14hb Muharam 1439H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan