Yok Jenjalan : Johor Premium Outlets on National Day Sale
Yok Jenjalan : Johor Premium Outlets on National Day Sale. Semalam. Keluar aje dari Gunung Pulai, terus hala ke sini. Dah alang-alang kan. Kebetulan ada Merdeka Sale. Layankan aje ler mama. Iqa pun tengah cari beg under Cotton On. Tapi takde pulak yang berkenan di hati. Sambil sambil jalan iqa jumpa grng geng dari JLEAD3.0. Macam sama aje tujuan kan. Dah dekat sangat dah. Rugi tak gi. Aku? Lepak aje kat kerusi. Tak larat la nak jenjalan. Snap snap picas aje. Beli crepe untuk lunch iqa. Boleh pulak si ici berebut nak makan. Beli lagi satu khas untuk dia aje. Setel. Terus gerak balik. Singgah kedai kek dan telur untuk Aidiladha prep. Yang tokleh blah. Aku tersilap bayar tiket da. Yang pelik boleh lepas pulak tu. Haisshhh. Nak tau lebih pasal sale ni leh layan page rasmi JPO - https://www.premiumoutlets.com.my/johor-premium-outlets/sales-events/. Sampai 3 September tu. Ntah ntah dia up sampai 4 September sempena cuti PM kasi nanti. Kekeke.
ps : Clear dah aku nyer dropbox! Lepas ni takde entri yang backdated lagi. Hehehe. Nak cer try live entri macam dedulu
sampai. dua kali tawaf untuk park paling dekat dengan laluan berbumbung
start snap dah
sampai je terus hujan lebat
aku lepak aje dopopatjam. iqa layan crepe dia
ici pantang lepas
iqa amik dia melalak nak balik. makannya tak pun
cun pulak kan
beli satu lagi khas untuk ici
suka la tu
ici nak mandi kolam. dan terus dia tak pandang dah crepe dia
jom pulang
masa ni aku masih tak perasan yang aku bayar pakai tiket Jusco. yang pelik boleh lepas tu
masuk kereta baru aku perasan tiket kat dalam kereta. turun bayar sekali lagi
tengok ler... berapa lama parking daaa... lagi satu. sebab dah bayar singgit dulu, dia siap tolakkan jugak
ni ler masalahnya. tu pun ada satu lagi tiket jusco tu. pengumpul tiket parking tul la aku ni. tu lum cerita tiket tol yang aku ter'kumpul'. Kes raya jaman ipoh ada tol dulu la ni
singgah kedai kek
singgah kedai telo
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan