Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke14 SK Taman Nusa Perintis
Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke14 SK Taman Nusa Perintis. Pagi tadi majlis ni berlangsung di Dewan Sri Perintis. Aku dengan angah ja ke sini. Mama dan yang lain ke Melaka untuk majlis Pak Ngah Man. Majlis dimulakan bacaan doa sebelum diikuti dengan kata aluan daripada Guru Besar dan Yang DiPertua PIBG. Perasmian seterusnya dilaksanakan oleh Haji Khairi. Dalam ucapan perasmi, Haji Khairi merakamkan setinggi-tinggi tahniah pada pihak sekolah dan berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak RM20,000 untuk laluan gajah menyusur di kawasan menunggu bas dan RM1,000 untuk kelab guru. Seterusnya murid UPSR 2016 diraikan.
Mesyuarat PIBG diteruskan sebelum Majlis Anugerah Cemerlang mengambil tempat. Tahun ni memang sekolah beri keistimewaan pada lebih ramai murid. Tempat pertama hingga kelima setiap kelas dan untuk hadiah matapelajaran terbaik memang penuh nama dalam buku. Angah dapat hadiah untuk subjek seni disamping 19 orang murid tahun 4 2016 yang lain. Tu lum kira tahun dua yang paling banyak dapat hadiah subjek terbaik. Tahniah pada pihak sekolah kerana mengambil usaha yang baik dalam meningkatkan rasa penghargaan di kalangan murid. Terbaeekkk!!!!
penantian majlis bermula
bacaan doa
ucapan aluan guru besar
ucapan aluan Yang DiPertua PIBG
ucapan perasmian Haji Mohammad Khairi, Pengerusi Yayasan Penyayang MPJBT
persembahan tarian kuda kepang daripada murid tahun 2
penghargaan pada murid UPSR 2016
sempat gurau guru besar dan perasmi
persembahan action song dari murid prasekolah
mesyuarat agung PIBG bermula
tahniah pada semua ibu bapa yang terpilih. nampak sangat positif pemilihan ini
hadiah kecemerlangan disampaikan, guru besar untuk tahap 1
yang dipertua untuk tahap 2
GPK untuk subjek terbaik tahap 1
angah, tengah menahan sakit tekak dia
naib yang diPertua untuk subjek terbaik tahap 2
angah
anis. kamera pun dipandangnya. hehehe
angah bersama trofi
tahniah angah
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan