PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN BELIA MUDA DI NEGARA JEPUN TAHUN 2016
PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN BELIA MUDA DI NEGARA JEPUN TAHUN 2016 – Maternal and Child Health Management Course
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima Pencalonan Bagi Mengikuti Program Latihan Belia Muda Di Negara Jepun Tahun 2016 – Maternal and Child Health Management Course dan mempelawa pegawai yang sesuai untuk memohon kursus ini.
Pegawai-pegawai yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan syarat-syarat Cuti Belajar seperti berikut:
- Berumur di bawah 35 tahun pada 1 Januari 2016;
- Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Professional Gred 41 dan ke atas;
- Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
- Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik;
- Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun calendar skim perkhidmatan yang terkini berturut-turut (2013, 2014 & 2015). Penilaian LNPT genap 12 bulan;
- Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
- Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
- Telah mengisytiharkan harta;
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
- Tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal dan mental;
- Keutamaan diberikan kepada pegawai yang menjalankan tugas yang berkaitan dengan bidang kursus yang ditawarkan;
- Tidak mengandung bagi wanita;
- Tidak pernah berkhidmat dalam perkhidmatan tentera; dan
- Tidak pernah melawat ke negara Jepun.
Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di Portal JPA http://esilav2.jpa.gov.my. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:
- Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Pin.1/2010) (Lampiran B)*
- Borang Perakuan Ketua Jabatan – (Lampiran C);
- Salinan Kad Pengenalan calon;
- Salinan Pasport Antarabangsa;
- Borang JICA – Young Leaders (LAMPIRAN D) (2 salinan asal); dan
- Country Report (ANNEX).
*Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Pin.1/2010) (Lampiran B) akan disediakan oleh BPSM, KPM.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 29 Jun 2016 (Rabu) jam 12:00 tengah hari kepada:
Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG)
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Sektor Dasar Keguruan,
Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E13, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
Pertanyaan lanjut:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
i. Encik Danial Abdillah bin Suhaimi
Tel : 03-8884 7947
E-mel : danial.suhaimi@moe.gov.my
Faksimile : 03-8884 7925
ii. Puan Paridah Binti Ali
Tel : 03-8884 7947
E-mel : paridah.ali@moe.gov.my
Faksimile : 03-8884 7925
Bahagian Pendidikan Guru
i. Puan Siti Mariam binti Sulaiman
Tel : 03-8884 1067
E-mel : mariam.sulaiman@moe.gov.my
Faksimile : 03-8884 1222
Surat pelawaan Jabatan Perkhidmatan Awam boleh dimuaturun melalui url berikut : http://moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2016/articlefile_file_004581.pdf
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #Asus #Zen4 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Ulasan