Mesyuarat Pengurusan Program GM1M Peringkat Negeri Johor
Mesyuarat Pengurusan Program GM1M Peringkat Negeri Johor telah dijalankan pada 23 Julai yang lepas bertempat di SMK Dato Mohd Seth, Batu Pahat. Perbincangan melibatkan semua ketua penggerak daerah dan Majlis Tertinggi Negeri dalam menentukan halatuju GM1M Johor dan perancangan aktiviti berkaitan. Read on...
pepagi aku bertolak dari JB. Singgah jap kat Shell.
sesambil tu menyenap gambo la barang sekeping dua
ni baru aku berenti kat petronas isi minyak
mesyuarat dah mula
semua ada. so kita boleh buat perbincangan bagi program untuk masa terdekat nih
memasing hangat membincangkan aktiviti terhampir dan menyiapkan kertas kerja
su bagi kad kahwin dia
tapi nampaknya tak dapat aku gi sebab masa ni aku kat kedah
sekali masa nak balik ada problem la pulak. air cond tak sejuk. sekali gi check rupanya dah overheat enjin aku. coolant pun sampai kering ni ha
rupanya motor kipas radiator dah kong. tukar baru ajer la. jauh lagi tu nak sampai jb
operasi tukau bermula
tu motor yang dah kong tu
sempat tapau karipap untuk berbuka, dalam kereta jangkaannya
motor yang kong sudah dikeluarkan
nampak motor baru yang berkilat tuh... harga termasuk upah RM280.
Via Blogger PC Edisen
Enjoice...Sharing is power!!!
Ulasan