Hatrik ke Poliklinik Gelang Patah
Iqa sedang diperiksa oleh doktor |
Hello, boleh saya cakap dengan bapa Balqis?
Balqis yang mana ya?
Ni bukan bapa Balqis ya?
Bukan, anak saya Balqis ada dua, yang mana satu?
Oooo.. Balqis Kelas 3A.
Ha'ah. Kenapa yeerr..
Dia sakit perut dalam kelas tadi, muntah-muntah lagi. Sekarang ni ada dekat bilik guru. Encik nak datang ambil dia tak?
Alamak. Terus blank jap. Kairul tengok jer muka aku yang aku tak tau camner lagi dah. Maybe jarang air muka aku cenggitu kot. So, apalagi. Terus tangguh bincang, minta kebenaran KS. Terus gerak ke sekolah dia. Isi segala dokumen. Terus gerak ke klinik.
Ni yang best pasal klinik. Kalau korang perasan. 2 Minggu ni ajer dah 3 kali aku kat sini kan. Kalau perasan la. Tak kisah la pasal tu. Yang penting check dulu. Apa pun, alhamdulillah. Tak serius sangat. Doktor kasi ubat angin, ubat sakit perut dan lagi satu tak ingat ubat apa. Makan bubur sama sup dulu. Tengok perkembangan dia. Harap-harap ok la kan.
ps : paling aku tensen semasa menunggu hari ni pasal nombor dia turun naik. Aku datang 58, pastu turun jadi 48, pastu naik 56, pastu turun balik jadi 31. Adooyaiii... Aku kat sini dari 12.30 pm sampai dekat jam 2.30 pm. Penat weehhhh!!!
pss : Memang banyak ujian yang Tuhan bagi untuk aku sepanjang bulan Rejab ni. Ada hikmahnya, pasti ada.
Via Blogger PC Edisen
Enjoice...Sharing is power!!!
Ulasan