Perginya seorang sahabat seperjuangan
Maybe ni gambo last kami bersantai bersama masa mesyuarat di Muar |
Pagi tadi memang aku bersama bos-bos maklumat bergerak ke Batu Pahat bersama. Sampai ja rumahnya, dah selesai disembahyangkan. Tapi memang Tuhan nak jugak kami menatap wajahnya buat kali terakhir. Dapat kami tengok sebelum dikebumikan. Memang sedih. Kemalangan semasa pulang dari setting server baru di PPD jam 12 malam hari Sabtu. Bertembung dengan Hilux yang terbabas, dipandu pemandu mabuk; dan lari dari tempat kejadian. Tak sangka. Malam tu jugak buat post mortem dan paginya dikebumikan di Banang Jaya. Apa pun aku berdoa semoga Tuhan memberkati dan menempatkan rohnya di tempat orang-orang yang beriman.
Enjoice...Sharing is power!!!
Ulasan