Asyraf : From GP to Bangi
Tarikh : 6 Disember 2010
Masa : Bermula 5.00 petang sampai jam 10.++ malam
Tempat : GP sampai bangi
Mood : Kelam kabut
Tepat jam 4.30 petang, terus punch out. Tak pernah lagi aku punch tepat 4.30, means.. betul-betul menunggu 4.30 petang untuk balik. Semuanya pasal nak mengejar kedai kek yang akan tutup jam 6.30 petang kat tampoi sana tu. So, terus memecut sampai ke GP. Terus masukkan beg/barang semua lam keter. Terus gerak ke tampoi balik. Sampai ja kedai.. terus tenang balik. Ye la.. target petang nih memang kedai kek ni ja.. Memang harga dia murah. Dan yang nampak.. lebih kepada kedai borong. Cuma aku tadak mood nak amik gambo lagi kat sini..
Beli barang untuk buat kek. Dari satu dah jadi sepuluh. Dari belakang keter ja dah bawak ke tengah.. Tak kisah la, janji puas hati kan. Terkejut pembantu kedai masa dia angkat barang-barang kek masuk ke keter aku.. Ya Allah katanya.. terkejut la tu nengok barang yang sedia banyak lam keter tu..
Setel kat situ, terus gerak ke Bangi. Singgah dulu kat R&R Machap. Pastu terus gerak balik. Sebab shell takde kat machap, kena singgah sekali lagi di R&R Pagoh untuk isi minyak kali pertama. RM50 untuk minyak dan teruskan balik perjalanan. Sampai di Bangi lam kul 10.++. Tak ingat minit dia baper.. Belasah dulu sate samuri yang dah memang mak yang beli dari petang tadi.. Klik cerita penuh untuk detail >>>
Adik dah tarak mood.. pasal baru bangun tido.. kaki krem la, adik penat la.. sebab nak suruh dukung..
Tempatnya bertutup penuh.. satu cara yang bagus jugak nak elak lalat yang memang semua dah tau memang banyak kat machap ni. pintu dua lapis, berair-cond
Makan kat sini ja la.. mee bandung 2, mihun soto satu
Adik macam biasa la makan bihun soto
Iqa makan mee bandung sama mama dan nenek
Aku.. nasi daun pisang.. yang mak kata nasi ambeng.. aduiihh
Dah.. jom makan
Memula pelik jugak nengokkan atap kat tempat parking bas/lori ni.. apasal ada bintik bintik gitu
Tengok betul betul rupanya burung burung beristirehat kat atas tu.. perghhh!!!
Enjoice...Sharing is power!!!
Ulasan