Kejohanan Olahraga MSS Zon Skudai 2010

©2010mknaceunlimitedKejohanan Olahraga MSS Zon Skudai telah berjalan dengan lancar bertempat di dua tempat. Kejohanan yang melibatkan acara padang telah dijalankan pada 4 Februari yang lepas bertempat di SJKC Kuo Kuang 1.

Pada hari ini, acara balapan telah dijalankan bertempat di Stadium Hassan Yunos, bermula seawal jam 9 pagi. SKTTA1 telah diberi tanggungjawab menyediakan quatermaster.

Acara saringan telah dijalankan pada sebelah pagi dan berjaya diselesaikan tepat jam 1 tengahari. Selepas rehat dan makan tengahari, acara akhir mengambil tempat tepat jam 2.30 petang. Kejohanan ini seterusnya dirasmikan oleh wakil PPD, iaitu En. Ahmad Taufik bin Hamzah.

SKTTA1 dapat meraih 3 pingat gangsa. Sekolah terbaik keseluruhan jatuh ke tangan SJKC Kuo Kuang 1. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Peserta-peserta berdebar-debar menanti pelepasan..

©2010mknaceunlimited
Sukahatinya.. sapa lagi kalau bukan bebudak sekolah aku sendiri...

©2010mknaceunlimited
En. Shahir pun ada kat sini jugak ker.. Habisla IT sekolah aku...

©2010mknaceunlimited
Sudah mula berlari.. Hoyeee...

©2010mknaceunlimited
Ustaz Sajoli pun ada... pergghhh.. ramainya yang dari sekolah aku.. lum masuk aku ngan hazim lagi tu..

©2010mknaceunlimited
Bebudak QM bawah aku ngan hazim.. Issshhh.. macam rusa masuk kampung tul la korang nih..

©2010mknaceunlimited
Indahnya suasana stadium pagi ni. Tu tak kira kepanasan tahap melampau lagi tu. Pipi aku masih terasa perit lagi ni..

©2010mknaceunlimited
Waaaa... kasut florosenn.. I like..

©2010mknaceunlimited
Apa stail daa.. hantam saja laa..

©2010mknaceunlimited
Geng gaban bertopi merah.. selepas makan nasi, bertambah gaban perangai memasing..

©2010mknaceunlimited
Aiiihhh.. Thaipussam dah habis la..

©2010mknaceunlimited
Haaa.. tengok tu.. masih lagi ceria..

©2010mknaceunlimited
En. Taufik berucap dan merasmikan penutup kejohanan..

©2010mknaceunlimited
Layannn.. Dapat gak la pingat kan...

©2010mknaceunlimited
Sekolah terbaik keseluruhan, SJKC Kuo Kuang 1

©2010mknaceunlimited
Bergambar kenangan sempena tahun baru cina yang bertahun harimau tahun ini..


Slideshow


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam