Perkhemahan Alam Semulajadi peringkat Kebangsaan 2009 - Hari Terakhir
Perkhemahan Alam Semulajadi peringkat Kebangsaan 2009
Tarikh : 10 - 14 Mei 2009
Tempat : Kem Tasek Utara Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor
Hari Terakhir
Coverage : Kem Tasek Utara
Jurugambar bersama : Mr. Ong, Harith, Azami, Hakim
Akhirnya dah sampai penutup dah. Kejap jer masa berlalu. Pagi ni seawal pagi lagi dah dimulai dengan rehearsal. Kat mana budak nak duduk, apa nak buat, ucapan, ambik sijil; semua disettlekan. Memula rehearsal part by part, pastu full rehearsal dibuat. Masa ni ler paling best, aku memang tengok satu persatu sambil dok cari port terbaik untuk ambik gambo nanti.
Pastu budak direhatkan jap. Beratur minum air dengan kuih jer. Masa ni banyak vip yang ambik kesempatan menegur sapa kontijen yang datang. Ye ler. Bukan senang nak borak ngan bebudak dari negeri-negeri lain ni. Cam aku dok tegur bebudak Mache 2 tu. Hehehe..
Lam masa yang sama juga, bebudak zapin skbbu2 pun sampai. Cikgu dia terus susun tempat diaorang, dan banyak jugak la yang dia dok turun ilmu kat bebudak dia.
Majlis penutup start around 10 pagi. Ngam. Memang tepat pada masanya. Majlis berjalan ngan baik. Cuma time bagi sijil ngan plak kat kontijen tu, ramai lak vip kat pentas sibuk ke hulu ke hilir ntah apa yang nak dibuat aku pun tak tahu. Masalah yang timbul bagi aku adalah sebab diaorang dah halang aku nyer coverage. (Aku punyer port masa ni memang jarang dibuat orang, dari sisi belakang; kalau setakat amik gambo terima hadiah asik muka vip jer kuar dah biasa sangat; aku tukar bagi nampak muka penerima lak kali ni. Tu yang tak puas hati bila diaorang ni sibuk ke hulu k hilir ntah ape ape yang diambil aku pun tak tahu.)
Ketibaan VVIP
MC bertugas
Ucapan penghulu
Petugas
Ucapan wakil JPN
Pandangan dari klinik
Majlis penyampaian sijil dan plak
Persembahan zapin
Ucapan perasmian penutup
Upacara melepaskan merpati
Ditutup dengan bacaan doa
Pastu jer aku terus gi mandi pasal aku nak kena attend meeting kat SM Sains Johor. Siap jer mandi dan bersiap terus nak gi transfer foto-foto ni. Sekali jumpa team Zapin. Ambik gambo diaorang posing dulu. Hehehe
Dah siap tranfer semua, ngam-ngam si Awi tepon. Terus kuar, pesan pak guard pasal aku tinggal keter aku kat pusat koko and then terus jer kitaorang ke Kluang..
Slideshow
Ulasan