Taklimat Perluasan SPS negeri Johor 2013 : Kota Tinggi
Taklimat Perluasan SPS negeri Johor 2013 : Kota Tinggi. Alhamdulillah. Setakat hari ni 7 daerah di negeri Johor dah selesai taklimat perluasan SPS. Hari ni taklimat untuk daerah Kota Tinggi mengambil tempat. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Kami bahagikan kepada 3 slot, BTP bentang SPS secara kasar, Sekolah Bestari Perdana bentang penggunaan SPS di sekolah mereka dan aku, of course yang paling penting iaitu Struktur Tadbir Urus pengurusan SPS. Korang boleh amik dokumen tu di sini . ps : hari ni sempat lagi gi Tun Habab. Kebetulan depan PPD bebetul. Ish ish ish. Seronok dapat jumpa rakan rakan lama ni sebenarnya.