Catatan

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Imej
Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor untuk kegunaan 2021. Memandangkan isu pandemik COVID-19 yang masih belum selesai, pelbagai usaha perlu dibuat bagi memastikan aktiviti pembelajaran murid dapat diteruskan. Kitab digital dengan hakcipta terpelihara Jalur Inovasi Sdn Bhd ini dikongsikan bagi memudahkan rujukan murid semasa sesi pembelajaran secara atas talian dijalankan. Klik pautan untuk mengakses kitab berkaitan. Kitab Darjah 1  | Kitab Darjah 2 | Kitab Darjah 3 | Kitab Darjah 4 | Kitab Darjah 5 | Kitab Darjah 6 | Kitab Kesultanan Islam Johor   ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Toppen JB - meronda back to school

Imej
Toppen JB - meronda back to school. Hasrat utama adalah nak tunaikan voucher beg Alexandra Michelle tu yang mana kena tebus kat Toppen ni. Sekaligus, bila dah kata beg, nak la cari sekali beg kebudaks sekolah ni semua. Tawaf seround juga cari booth alexandra ni. Dapat satu yang berkenan di hati dan seterusnya nak cari beg kebudaks sekolah ni semua. Ada tiga orang yang perlukan beg, inaz, iqi dan ici. Masuk kedai Original Classic, dan Sport Direct. At last masuk semula OC sebab tawaran dia memang mantops. Terus amik beg Dry Wolf yang nampak kukuh giler tu. Inaz tangguhkan dulu sebab dia tak berkenan beg yang mana kami berhubung secara Personal Shopper gitu. Video Call sambil tunjuk beg. Lagipun. Inaz bulan 3 baru naik sekolah. Setel kat situ, singgah IKEA jap untuk beli barang-barang kecik. Siap dapat voucher dan baru tau leh dapat free 3 jam parking kat sini. Kekeke.

Siri PLC Pembangunan Data Analitik : Kokurikulum Johor

Imej
Siri PLC Pembangunan Data Analitik : Kokurikulum Johor. Singgah pit dulu tapau nasi lemak. Layan beb. Setting awal pada hari Khamis bersama team sistem kokurikulum negeri Johor, Adi dan Mat Nor. Vincent pun nak join juga untuk semakan data HEM. Jalan serentak aje. Bantu Vincent dulu dari segi penambahbaikan dashboard kehadirannya. Sambung dengan pembentangan dari adi dan mat nor. Nampak lebih jelas dan terarah. Trend 3 tahun juga jelas. Cuma data 2020 memang bermasalah sikit bila masuk trend. Senang cerita, putus trend beb. Sempat berhenti jap untuk memberi laluan perutusan pengarah pada jam 11 pagi sebelum sesi diteruskan lagi.

Perutusan Tahun Baharu 2021 - Behind The Scene

Imej
Perutusan Tahun Baharu 2021 - Behind The Scene. Alhamdulillah. Selesai projek kami. 3 hari yang penuh. Dari persediaan awal sehingga ke semakan akhir. Tahniah pada semua yang terlibat menjayakan projek ini. Lama tak duduk macam ni. Syiok weeiii...

SK Taman Nusa Perintis - Pembelian Buku & Alat Tulis 2021

Imej
SK Taman Nusa Perintis - Pembelian Buku & Alat Tulis 2021. Sesi berlangsung berbeza mengikut tahun. Namun dipermudahkan dengan pembelian fleksibel bagi murid yang ada adik beradik lain. Kebetulan aku ada bengkel berdekatan pada tarikh pembelian Tahun 1. Sekalikan dengan iqi yang kat Tahun 5. Nak tunggu tahun 5 minggu depan takut ada banyak perkara lain yang tak membolehkan kehadiran aku. So. Pagi tu seawal pagi lagi kami dah keluar. Sarap dulu kat Jamaliah. 8.40 pagi kami dah sampai sekolah. Kami yang ketiga sampai. SOP 5 orang sekali masuk. Just nice. Kami group yang pertama. Selesai semua around 9.15 pagi. Laju ja. Alhamdulillah. Nganto kebudaks balik dan terus gerak ke skudai selepas selesai.   

Season Optical - inaz new spectacles

Imej
Season Optical - inaz new spectacles. Tengah hari tadi masa tengah buat kerja editing dapat call dari kedai. Cermin mata inaz dah siap. OK. masa balik terus singgah ke sini. Cun. Yaya yang entertain hari ni. Kalau si inaz ada masalah nanti boleh datang semula. Siap buat video terus sebelum balik. Kuikuikui. Layanan memang sangat sangat mesra. Hmmm.. Dapat voucer beg juga ya. Tapi kena amik kat Toppen. Suka la mama tu. Siap pakai sekali cermin mata sendiri pasal mama kata dah lama tak nengok aku pakai spek. Sekali pakai mama kata macam atuk kedah pun ada. Hehehe. Dah nama pun anak abah kan.

Phatah and the kitten

Imej
Phatah and the kitten. Layankan jap bunga bunga yang mama beli kat Idaman 99 itu hari. Sekali pandang belakang nampak si phatah dok melayan anak anak dia. nampak aku jer terus tergedik gedik. Harus heran anak anak dia nengok kelaku mak dia ni.

Tarikh Baharu Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Khas Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2020

Imej
Tarikh Baharu Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Khas Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2020. Semua calon PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang masih belum menduduki pentaksiran ini dimohon untuk membuat semakan semula pusat PKSK seperti ketetapan dan membuat cetakan slip menduduki PKSK serta mematuhi tarikh, masa, sesi dan tempat pentaksiran. Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), KPM boleh dibuat mulai 8 Januari 2021 seperti berikut  Tingkatan 1 melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my Tingkatan 4 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Norma yang berubah

Imej
Norma yang berubah. Gambar-gambar biasa awal tahun sejak 2010. 2021 pula bermula dengan kebiasaan yang berubah secara total. Selalunya dah sibuk dengan semua kebudaks yang bakal memulakan sesi persekolahan. Dah sibuk dengan data awal tahun. Tahun ni mulanya berbeza. Ada lagi dua minggu untuk siri yang sama. Namun. Kesibukan aku lebih kurang sama. Cuma perkaranya berbeza dan tekanannya lebih dan tak surut-surut. Semoga sesi persekolahan 2021 dapat berjalan dengan lancar walau bagaimanapun kaedah pembelajarannya. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Selamat Tahun Baharu 2021

Imej
Selamat Tahun Baharu 2021 kepada semua pengunjung blog. Semoga hidup kita bebas dari keraguan dan ketakutan, digantikan oleh keberanian dan kebahagiaan. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience