Catatan

Leman Miko : Tensen

Imej
Leman Miko : Tensen. Mama tak kasi kuar malam ni. Baru ingat nak jenjalan ngan marka. Sekali abah ajak layan bola pulak. Kedah lawan Ganu. Haisshhhh. Menyirap ja hati ni. Stresss beb!

Lewat

Imej
Lewat. Lewat bebeno meronda hari ni. Dah rembang dah pun baru sampai. Banyak yang dicari dah abis pun. Huhuhu. Kena return balik ni. Balik. Singgah jap beli telur kat Sri Dista. Sementara masih mencari yang muslim, kita beli dulu dari pekerja muslim pun ok la kot. Carian diteruskan. Lobstam sebelah ni tak tau lagi bila dapat gi nak ngetest. Malam ni nak layan bola ngan Leman.

A whole new week

Imej
A whole new week. Minggu ni agak mencabar. Perubahan fungsi yang dah bermula kemeriahannya. Dah mula ke Kota Iskandar. Menarik. Dan terjawab sudah definisi yang selama ini aku cari. Minggu ni juga tugas pemangkuan selesai. Pengganti yang ditunggu telah tiba. Nota serah tugas dan sesi taklimat berkaitan bidang tugas selesai. Cap baharu pun dah sampai. Banding balik dengan cap lama aku yang aku pakai sesekali aje. Hahaha. Cari yang lebih mudah dibawa. Nak buat camne. Nama aje dah lagi panjang dari nama sektor yang sedia maklum antara yang terpanjang. Camner gamaknya kebudaks tu nanti yang rata-rata nama deme kurang 2 huruf je dari aku ni. Last day berkesempatan duduk dalam mesyuarat yang bakal beralih keurusetiaan. Jumpa pulak rakan-rakan baharu dengan fungsi baharu. Fuhhh... Mencabar ni.

Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong XVI 2019

Imej
Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong XVI 2019. Daulat Tuanku! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Permohonan Secara Online Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 2020

Imej
Permohonan Secara Online Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 2020. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti. MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 8 September 2019 hingga 30 November 2019. Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3. Maklumat Program MRSM Program IGCSE International Baccalaureate – Middle Year Programme (IBMYP) Prog

Meronda Sabtu

Imej
Meronda Sabtu. Puas hati meronda hari ni. Balik leh tertido depan PC. Haisshhh. Mulakan pagi dengan nganto angah ke sekolah agama. Hari ni ada ujian lisan dan bacaan al-quran SDKA. All the best pada angah. Call tengah hari dia kata alhamdulillah. Semua OK. Singgah sarap jap kat Mak Ani Selera Timur. Cuma pagi ni kita makan roti canai aje. Leh tahan jugak. Masa keluar baru perasan burung yang reramai atas kabel tadi nak tunggu makan rupernyer. Syiok jugak layan ni. Nganto mama ke sekolah untuk kelas tambahan dia ngan kebudaks. Sempat snap sana sinun on the way back. Singgah Pendas cari lauk sikit sebelum gerak ke UDA. Tapau food dan cari beberapa barangan keluaran muslim yang aku dah survey sebelum ni. Singgah STF dan sambung selesaikan carian barangan selepas tu. Sampai rumah. Zzzzz... Penat weh.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 21 Ogos. Isi semula on 7 September. Petronas Jalan Tun Razak. Hasil RM74.03 for 366.0 km melibatkan 35.59 l minyak. 18 hari.

Rebut Kawasan

Imej
Rebut Kawasan. Ada jantan baharu nak try kawasan ni. Sejak Sitam Dol dan Abah Cinet dah takde sini, tetiba muncul generasi baharu kucen di sini. Si belang tu aku panggil Sentil, sambil gaduh ka, lepak ka, lidah harus tersentil. Si putih tu aku sebut Ceding. Pasal kuruih bebeno. Tengok la berapa lama dapat jarah kawasan ni. Kakaka. Tau pulak si Leman sembunyi.

Leman Miko : 20190907 Merayap pagi

Imej
Leman Miko : 20190907 Merayap pagi. Pantang buka pintu, buka tingkap. Meleru keluar. Cari Phatah dulu. Kalau takde. Meronda keliling rumah. Cium sana sini. Takyah cuba tangkap dia. For sure makin jauh dia lari. Kakaka.

KAJI SELIDIK MAKLUM BALAS BAGI BELANJAWAN JOHOR 2020

Imej
KAJI SELIDIK MAKLUM BALAS BAGI BELANJAWAN JOHOR 2020. Kerajaan Negeri Johor sedang dalam proses penyediaan dokumen Belanjawan Johor 2020. Belanjawan ini akan memacu Johor untuk menjadi antara negeri yang terbaik dalam Malaysia. Berikut merupakan enam (6) Segmen bagi perancangan Belanjawan Johor 2020 :- 1. Kesejahteraan Rakyat 2. Kemampanan Ekonomi 3. Alam Sekitar 4. Pendidikan & Modal Insan 5. Urustadbir Cekap & Berintegriti 6.     Infrastruktur Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Johor amat menghargai pandangan daripada rakyat di dalam usaha menyediakan dokumen ini, bagi memastikan ianya dapat memenuhi aspirasi dan keperluan semasa rakyat, selain memastikan pertumbuhan ekonomi yang dinamik, mampan dan komprehensif. Klik pautan berikut untuk menyertai kaji selidik ini : http://bit.do/KajiSelidikBelanjawanJohor2020 Muafakat itu berkat --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬