Catatan

Sedondon

Imej
Sedondon. Boleh pulak sama ngan baju mama pagi ni. Leh join panitia math dah pasni. Hahaha. Yang penting. Langit marbeles pagi ni.

Lunch @ Larkin

Imej
Lunch @ Larkin. Boring pulak tengah hari ni. Lunch jauh sikit. Depan YPJ. Yummy! Banyak snap gambo dari makan. Wakakaka

Mesyuarat Perhubungan JPN Johor bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia

Imej
Mesyuarat Perhubungan JPN Johor bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia. Foto-foto sekitar majlis yang berlangsung sepanjang hari tadi. Terima kasih atas kunjungan rombongan ke JPN Johor.

Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Olahraga MSS Johor dan Pendidikan Khas 2019

Imej
Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Olahraga MSS Johor dan Pendidikan Khas 2019. Berkesempatan menghadiri majlis ini yang dijalankan di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi bersama Pengarah dan semua Ketua Sektor serta PPD. Dua tahun berturut-turut menjadi Johan dan kali ni di tempat sendiri. Tahniah pada semua. Kekalkan kejuaraan dan teruskan kecemerlangan anda!

Perbincangan Pelaksanaan Talian Interim dan Penyelenggaraan ICT Sekolah Negeri Johor

Imej
Perbincangan Pelaksanaan Talian Interim dan Penyelenggaraan ICT Sekolah Negeri Johor. Panggil balik semua ISP. Kali ni kita bersama dengan semua PIC daerah. Apa saja isu yang ada kita bincang satu-satu. Yang penting semua faham apa yang sepatutnya berlaku mesti berlaku ikut yang sepatutnya. Alhamdulillah dan terima kasih pada semua atas kerjasama yang baik dalam menyelesaikan semua permasalahan bagi memastikan semua sekolah mendapat manfaat yang sewajarnya.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 20 Jun. Isi semula on 7 Julai 2019. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM83.57 for 549.9 km melibatkan 40.18 l minyak. 18 hari. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20190706 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190706 Lawatan Hujung Minggu. Lama tak lama la jugak. Sesi perkongsian pengalaman untuk sang senior. Yang bapak dia sibuk snap sana sini. Haisshhh.

Pendas Laut Saturday Getaway

Imej
Pendas Laut Saturday Getaway. Lepak santai jap kat pendas laut pagi ni. Apapun. Gi klinik dulu bawak angah. Demam selsema. Dapat MC dua hari. Hantar angah balik rumah untuk berehat sebelum gerak dan sarap kat restoran nelayan. Selesai semua baru gerak nengok ikan. Orang punya la ramai. Hari dah tinggi ropernyer. Ni semua dok berebut belen ikan la ni. Masuk kampung pun sama. Yang dapat hari ni, ikan kapas. Tu jer. Layan aje la. Sekali kat jeti ada orang jual derian la pulak. Dah ada yang nak derian. Kat jeti semua pun dah abis. Terpaksa la ikut tanjung adang cari derian. Sib baik jumpa satu. Derian pekan nanas migrasi sampai ke sini. Layan aje la kan.

Tangkak Getaway

Imej
Tangkak Getaway. Dua hari aku kat Tangkak untuk Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor. Mesyuarat utama rebranding KSPPD bersesuaian dengan era naratif baharu pendidikan. Memang satu perubahan yang sangat memberansangkan. Sesi dua hala, percabahan idea baharu menerusi ruang perbahasan. Kali ni aku gerak dengan ustaz maslizam. Seawal jam 6.15 pagi dah sampai PPD Kulai, lokasi pertemuan sebelum bergerak ke Tangkak. Jam 8.15 pagi kami dah tiba ke Gerbang Tangkak. Alhamdulillah. Gerak ke SMK Seri Tangkak yang menjadi lokasi musyawarah utama ini kali ni. Selesai sarapan, sesi penggambaran mengambil tempat sebelum perutusan pengarah disampaikan. Mantap. Kami seterusnya berhenti minum pagi dan sesi perbincangan berkenaan perutusan pengarah mengambil tempat. Dua team dibahagi, satunya ketua-ketua sektor dan duanya PPD. Sesi perbahasan dimulakan berkenaan perutusan. Masing-masing mengemukakan idea masing-masing. Sesi dua hala yang sangat baik. Banyak penambahbaikan yang da

SMK Taman Selesa Jaya 2 : Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik Tambahan Tingkatan 4 dan 5

Imej
SMK Taman Selesa Jaya 2 : Kursus Orientasi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Matematik Tambahan Tingkatan 4 dan 5. Foto foto kursus dari mama. Teruskan kecemerlangan.