Catatan

Program Tadarus Al-Quran Ihya' Ramadan JPN Johor 2019 : SPMICT

Imej
Program Tadarus Al-Quran Ihya' Ramadan JPN Johor 2019 : SPMICT. Tahun ni kami bersama dengan Pejabat Pengarah dan Pejabat Timbalan Pengarah dengan dibimbing oleh ustaz Zaieme Mohamad. Kami dapat surah At-Taubah hingga Yunus. Alhamdulillah. Tadarus kami dah dimulakan. Hari ni di SPMICT. InsyaAllah bermula esok akan dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Selasih.

Leman Miko : 20190511 Vaksin Number One

Imej
Leman Miko : 20190511 Vaksin Number One. Hari ni ke CT Vet. Telefon hari Khamis hari tu lagi, tapi vaksin dah habis. Dia suruh datang hari Sabtu. so. Pepagi aku dah terpacak kat sini. Cucuk vaksin tiga serangkai yang pertama. So. Lepas ni kena la berdisiplin untuk dua bulan lagi kan. Harap dia bukak sabtu last lepas raya tu la kan. Leman juga kena cucuk kedua untuk jangkitan kulat kat lengan kanan dia tu. Dari amik dah gitu. Doktor kata dalam dua minggu datang semula nak tengok progress. Mintak ubat cacing sekali. Harga OK la. RM 40 untuk vaksin, RM35 untuk ubat jangkitan kulat tu dan RM5 untuk cacing. Layan. Terus lentok lepas sampai rumah. Biasa la tu.

Sekolah Agama Gelang Patah : 20190511 Sesi Pertemuan 17 Darjah Khas

Imej
Sekolah Agama Gelang Patah : 20190511 Sesi Pertemuan 17 Darjah Khas. Ngantor angah. Baru terperasan ada jualan amal untuk pembinaan Dewan Terbuka. Kalau korang lalu sini, singgah la.

Bazar Ramadan Taman Nusa Perintis : Dari hujung ke hujung

Imej
Bazar Ramadan Taman Nusa Perintis : Dari hujung ke hujung. Balik dari STF singgah sat kat sini. Kali ni terajin pulak nak jalan dari hujung ke hujung. Nak tengok apa yang ada kat sini. Layan.

Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2019 – Polisi Keselamatan Siber KPM Versi 1.0

Imej
Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2019 – Polisi Keselamatan Siber KPM Versi 1.0. Polisi Keselamatan Siber KPM versi 1.0. akan diguna pakai dan dikuatkuasakan bagi menggantikan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) versi 2.0. Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2019 bertarikh 30 April 2019 telah dikeluarkan bagi tujuan penguatkuasaan Polisi Keselamatan Siber KPM versi 1.0. Polisi Keselamatan Siber mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi dalam menguruskan dan menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) KPM. Polisi ini juga menerangkan kepada semua pengguna di KPM mengenai tanggungjawab dan peranan mereka dalam melindungi aset ICT KPM. Semua pengguna ICT KPM adalah dikehendaki mematuhi Polisi Keselamatan Siber KPM. Pematuhan ini juga adalah tidak terkecuali kepada mana-mana individu termasuk pihak ketiga dan pembekal yang berurusan dengan mana-mana Bahagian/ Jabatan/ Agensi di bawah KPM. Muat turun Pekeliling : https://www.moe.gov.my/index.php/pekeliling

Sekolah Tun Fatimah : 20190510 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190510 Lawatan Hujung Minggu. Lepas jam 3 baru gerak ke sana. Singgah tapau McD on the way. Nak cari kat Bazar Ramadan macam tak kena la pulak. Gedebak gedebuk jam 4.20 jugak baru sampai. Kebudaks dah mula tadarus jam 4.30. Jumpa kejap aje le. Minggu depan boleh balik bermalam dan minggu lagi satu dah mula balik cuti penggal.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 26 April. Isi semula on 10 Mei. Petronas Nusa Perintis. Hasil RM69.88 for 319.7 km melibatkan 33.597 l minyak. 15 hari.

Leman Miko : 20190510 Gediks

Imej
Leman Miko : 20190510 Gediks. Leh tahan menggediks. Pantang nampak benda. Semua dicako. Semua digigit. Kaki. Tangan. Bantal. Haisshhh..

JPN Johor : Ihya' Ramadan 1440

Imej
JPN Johor : Ihya' Ramadan 1440. Gerak ke Surau pagi ni. Ceramah Bulanan Ihya Ramadan oleh Ustaz Tn. Hj. Mohd Khairi. On the way back singgah jap kaunter zakat kat lobi. Buka setiap hari khamis bermula jam 9 pagi. Selesaikan terus. Kalau nak bersedekah pada anak yatim pun ada. Rehat. Macam biasa. Radio bergerak kami pun ada. Layan si Arif dengan lagu ketuhanan hari ni. Hehehe.

Pasar Ramadan Taman Nusa Perintis

Imej
Pasar Ramadan Taman Nusa Perintis. Boleh tahan ramainya orang di sini. Macam biasa. Beli Chicken Chop, AR Nasi Kukus dan Bihun Sup Utara. Hehehehe. Layan.