Catatan

Sekolah Tun Fatimah : 20190131 Outing Bermalam

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190131 Outing Bermalam. A bit late aku sampai kali ni. Lebih jam 4 petang baru sampai STF pasal hari ni memang penuh ngan program kat JPN. Selamat bercuti! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Majlis Mengetik Akhir Cikgu Haji Shaharudin bin Sharif

Imej
Majlis Mengetik Akhir Cikgu Haji Shaharudin bin Sharif. Satu majlis khas telah dibuat pada sebelah petangnya bertempat di Dewan Seminar JPN Johor. Ucapan aluan oleh tuan timbalan sebelum tuan pengarah menyampaikan amanat terakhirnya sebagai pengarah pendidikan negeri Johor. Sesi bertukar ke lobi. Selepas mengetik akhir cikgu haji Shaharudin bersalaman dengan semua yang hadir sebelum diiring ke kenderaan yang akan membawanya pulang. Tahniah diucapkan kepada cikgu haji Shaharudin bin Sharif yang berjaya sampai perkhidmatannya setelah 35 tahun berkhidmat. Semoga cikgu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang barakah lagi halal dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. SELAMAT BERSARA CIKGU.

Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Ke-16

Imej
Pelantikan Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 bermula hari ini, 31 Januari 2019. Pelantikan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 seperti dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat pada 24 Januari turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila baginda hanya dua minggu berada di singgahsana takhta Kesultanan Melayu Pahang seterusnya memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Hari ini, Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dilangsungkan dalam majlis penuh istiadat di Istana Negara yang disaksikan oleh semua rakyat Malaysia dan semua sultan kecuali Sultan Kelantan yang diwakili oleh Tengku Mahkota Kelantan. Keberangkatan baginda ke Istana Negara kira-kira 10.50 pagi ini disembah tabik hormat oleh Kawalan Kehormat Batalion Perta

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.1 Tahun 2019

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.1 Tahun 2019. Alhamdulillah majlis perhimpunan berjalan lancar di Dewan Seminar. Sempat posing di ruang retro sementara nunggu lif untuk ke dewan seminar. Majlis dimulakan dengan alunan bacaan al-quran dan barzanji dari dua murid yang bakal mewakili Johor kelak sebelum diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh PU Yeop. Seterusnya perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan daripada KS SPI selaku urusetia kali ini sebelum Pengarah berucap. Ucapan PPJ kali ni merupakan ucapan terakhir sebagai pengarah pendidikan negeri Johor. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah surau dan ofkoz la pertandingan perarakan tadi. Lunch kita pakat reramai makan nasi beriani dalam dulang di dewan Jauhar. Terbaeekkk!!!! boh. Siap amik megi dua mangkuk kecik tau. Lum campur nescafe lagi. Kekeke.

Maulidur Rasul 2019 : We are the champions!

Imej
Maulidur Rasul 2019 : We are the champions! Seawal jam 7 pagi ahli team dah sampai kat pusat kokurikulum. Hebat. Aku sampai lewat sikit. 7.30 pagi. Boleh sesak pulak kat beberapa tempat. Cilok jangan cerita la. Sori ya abam kakak kereta motor. A bit noti sikit pagi ni. Sampai pusat kokurikulum, nengok persiapan team. Setel. Baru naik ke atas. Punch lambat la hari ni. Lepak depan guard aje. Aku amik bideo aje. nanati bila dah siap baru letak. Alhamdulillah. Kali ni kami jadi johan. 5 sektor bergabung, semua sama seragam. You're the best! Tahniah pada semua. Terima kasih pada SPI atas penganjuran majlis dan SPK atas sarapan pagi.

Maulidur Rasul 2019 : Misi Pencarian Penyeragaman

Imej
Maulidur Rasul 2019 : Misi Pencarian Penyeragaman. Memang perkara paling susah bagi kami setiap tahun, 3 sektor bergabung dan kali ni 5 termasuk pejabat pengarah serta pejabat timbalan. Paling sulit rupanya nak cari baju lelaki yang sama terutama dalam jangka masa yang singkat. Tapi kami sambut juga. Dari Jakel ke Angsana dan akhirnya aku amik keputusan untuk turun Mini Kelantan di Kota Tinggi dan alhamdulillah dipermudahkan olehNya. TQ Kedai Kain Naim. Satu Mini Kelantan deme cari. Ayoh, Mama, Paksu semua dicontactnya. Hehehe. Samping kita cari yang sama dan diuruskan dengan baik oleh team SJQ. Final touch tiara dan songkok. Alhamdulillah. Kekangan setiap tahun berjaya kami atasi dengan baik. Tahun ni kontinjen kami sedondon segalanya.

Majlis Sanjungan Budi Lestari Kasih Cikgu Haji Shaharudin Sharif

Imej
Majlis Sanjungan Budi Lestari Kasih Cikgu Haji Shaharudin Sharif. Alhamdulillah. Selesai majlis meraikan PPJ dengan cantik sekali. Penat? Harus la. Dua hari lepak sini. Tapi. Memang puas hati nengok majlis smooth malam tu. Petangnya lepak kat pendaftaran. Mus bawak hadiah yang kami buat kat Al-Fateh. Ada welcoming drink seperti yang dibincangkan dengan en Hamzah. Siap kena posing depan photobooth dulu. Turun solat ontime kat surau tingkat 1. A bit pack. Betul. Bila semua dewasa berkumpul. Just around 10 orang ja muat setiap jemaah. Terus naik semula ke atas untuk majlis. Dapat meja 11. Lepak jap nengok sekali lalu. Posing posing ngan geng yang datang ke meja. Majlis berjalan lancar. Alhamdulillah. Hotel sumbang 2 kek sambut birthday gitu. Makanan best walaupun aku just makan 3 courses aje, yang memula; chicken chop dan dessert. Hahaha. Benda pertama aku check. Tu yang aku makan dulu kat wendy's sebelum majlis mula. Pengarah memang nampak sangat terharu dengan sambutan dari semua

Preparation Checkup part deux

Imej
Preparation Checkup part deux. Dari tengah hari ada kat sini. Tengok pemasangan PA System oleh team MBJB. Ngetest paparan LCD. Sempat meronda jap kawasan jeti cari lunch. Makan kat Restoran Selera Iskandar. OK jugak. Around 1 team persembahan sekolah seni sampai. Mula sesi susun menyusun, sound check dan lain-lain untuk persembahan deme. Azhar sampai. Ada problem pulak pasal cable ke sound dari laptop. Azhar terpaksa gi cari. TQVM bro. Dalam jam 2.30 dedua emcee dah sampai. Kita mula rehersal. Caya lah. Lewat petang jugak setel semua. Tapi masih ada masa secukupnya untuk program malam nanti. TQ to all the team sepanjang hari kita bertungkus lumus. Harap yang terbaeekkk!!!! untuk majlis malam nanti!

Livina, Tayar dan Skru

Imej
Livina, Tayar dan Skru. Baru nak bertolak ke Hotel Berjaya Waterfront. Sekali dengo bunyi pelik sebelah kanan. Park tepi guard. Check. Ada skru daaa sangkut kat tayar. Dari nak ke hotel terus jadi ekspedisi cari kedai tayar. Yang bestnya, angin tak kuar, maybe sebab baru kena kot. Tapi.  Bunyi dan getaran tu yang tak best. Sampai uda, terus masuk continental. Sahih la. Skru. Cantik ja terbenam dalam, 45 degree pulak tu. Sib baik terperasan awal. Terus ditampal. Kena RM6. OK la tu kan. Yok sambung ke hotel semula.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 16 Januari. Isi semula on 30 Januari 2019. Petronas Nusa Perintis, Gelang Patah. Hasil RM74.21 for 534 km melibatkan 37.478l minyak. 15 hari. Tempat favourite isi minyak. Ingat nak beli sarap sekali, tapi orang dah ramai sangat; terus gerak aje. Layan.