Catatan

KAREKTOR MURID JOHOR : PENYERAGAMAN PEMAKAIAN KEMEJA-T UNTUK AKTIVITI KOKURIKULUM / DI LUAR BILIK DARJAH

Imej
KAREKTOR MURID JOHOR : PENYERAGAMAN PEMAKAIAN KEMEJA-T UNTUK AKTIVITI KOKURIKULUM / DI LUAR BILIK DARJAH Jabatan Pendidikan Negeri Johor berhasrat untuk melaksanakan program yang dinamakan Karektor Murid Johor (KrMJ) pada tahun 2017. Objektif program ini adalah untuk memperkasakan jatidiri dan mewujudkan identiti Johor dalam kalangan murid-murid yang bersekolah di Johor. Sehubungan itu, pihak sekolah adalah digalakkan bersama-sama menjayakan program ini melalui pemakaian kemeja-T KrMJ oleh murid-murid dalam sebarang aktiviti yang dijalankan di sekolah. Namun ianya tiada paksaan perlu dilakukan dalam menjayakan pemakaian kemeja-T tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan surat, No.Ruj : JPNJ.HEM(36)/100-19/2 JLD.6(36) bertarikh 19 Oktober 2016 yang menerangkan dengan jelas maksud corak dan rekabentuk kemeja-T dalam portal Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Unit Hal Ehwal Murid di talian 07-2311491. Muaturun bahan -

48 Jam Hackathon : Data Terbuka Sektor Awam 2016

Imej
48 Jam Hackathon : Data Terbuka Sektor Awam 2016. Syarat-syarat Penyertaan Penyertaan terbuka kepada sektor awam, industri, universiti awam dan pelajar sekolah menengah. Tiga (3) kategori penyertaan iaitu: Kategori 1 : Sektor awam & industri Kategori 2 : Universiti Awam Kategori 3 : Pelajar Sekolah Menengah Penyertaan secara berkumpulan (tidak melebihi 4 orang setiap kumpulan) dan adalah secara first come first serve. Peserta perlu menggunakan data terbuka di Portal Data Terbuka Sektor Awam data.gov.my (mandatori). Peserta juga boleh menggunakan data lain. Pendaftaran bermula pada 4 Oktober 2016 (Selasa) secara dalam talian melalui www.data.gov.my . Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 20 Oktober 2016 (Khamis) jam 12 tengah hari . Penyertaan adalah percuma. Produk yang bercirikan data analitik bagi Kluster Kesihatan, Pengangkutan dan Pendidikan diberi keutamaan. Peserta dikehendaki menggunakan perkakasan dan perisian ICT sendiri. Kemudahan internet dan makan

PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2017 KINI DIBUKA

Imej
PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2017 KINI DIBUKA Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHONAN SECARA ONLINE MURID KE TINGKATAN SATU (1) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM TAHUN 2016 telah dibuka mulai  15 Oktober - 15 November 2016.  Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh menggunakan capaian di laman sesawang berikut : https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm Berikut disertakan panduan pengisian : Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan 1 Soalan Lazim --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15

Imej
Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara di sini hari ini. Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, pelantikan itu berkuat kuasa 13 Dis ini untuk tempoh lima tahun. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Ini kali kedua Sultan Kelantan dipilih sebagai Yang di- Pertuan Agong. Sebelum ini nenda Sultan Muhammad V, Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong keenam bermula 21 Sept 1975 hingga 29 Mac 1979. Sultan Muhammad V yang kini merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertu

Lawatan STF 20161014 : Superhero Band Nite attire hunting Part 1

Imej
Lawatan STF 20161014 : Superhero Band Nite attire hunting Part 1. Masak wehhh.. Nak cari baju superhero la pulak untuk Band Nite si Iqa. Melilau satu Angsana cari. Kekeke. First time masuk semula STF ngam ngam sebelum gate tutup. Hasil? Yillek. Esok sambung lagi. Huhuhu.

Lawatan STF 20161014 : Picking the girl

Imej
Lawatan STF 20161014 : Picking the girl. Setel kat hotel terus mula gerak pulang. Aku pilih jalan depan dataran bandaraya. Sampai kat gerbang mahkota hanphone bunyi. Iqa call. Katanya nak outing, basuh baju dan banyak lagi. Apa lagi. Teruskan perjalanan. Cilok kat depan Asrama Pusat. Terus nunggu dia kat depan pejabat warden. Kekeke. Aku lagi cepat. Rezeki Tuhan kata aku. Kalau tak tunggu petang lepas Jemaat la kan. Sesambil tu dia dok bercerita memacam dan terus aku bawak balik aje ler. Nanti cerita panjang apa yang dia nak. Ps : Lupa. Pasal punya la lama aku nunggu abis si mengkarung ngendap cengkerik aku usya. Dari dia ngendap sampai dia dapat tangkap dan makan tuh.

Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 3

Imej
Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 3. Last day kat sini. Hari ni ada dua slot. Yang pertama bersama en. Muhaymin dari BPPA. Belajar lebih lanjut berkaitan penilaian dan pandaftaran aset menerusi MySPATA. Sesi kedua bersama Hj Hamdan semula. Tapi malangnya EMIS teruk pagi ni. Terus En Adhi buat sesi semakan ralat. Hehehe. Apapun tahniah pada semua. Lepas ni get ready untuk taklimat di daerah masing masing dan on the projek. All the best dan semoga selamat tiba ke destinasi masing masing dengan selamat.

Kelas Intensif SPM Sayangi Gelang Patah 2016 KISSGP : The last class

Imej
Kelas Intensif SPM Sayangi Gelang Patah 2016 KISSGP : The last class. Dah sampai ke penghujung untuk siri ini. Pagi ni mama attend kelas terakhir untuk siri KISSGP ni. Aku neman sarap kejap sebelum kelas mula. All the best to all! Pagi ni dua kereta la sebab aku pun nak ke bengkel verifikasi di Hotel Selesa.

Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 2

Imej
Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 2. Hari kedua mencabar sikit. Tak lupa. Memang nengok dulu mode kamera. Terus setting manual dan snap snap snap. Hehehe. Dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Hj Hamdan dari EPRD berkenaan modul infrastruktur. Seterusnya En Shamsudin lead semula berkenaan 5 situasi penilaian baharu. Perghhh.. Boleh tahan jugak ye. Sebelah petangnya sesi amali dijalankan di Sekolah Sultan Ismail. TQVM Hj. Sulaiman dan semua warga kerja SSI atas kerjasama yang diberikan sepanjang kami berada kat situ. Ingatkan nak ronda blok makmal aje. At last satu sekolah kami ronda. Aiyooo.. Panas kaki aku. Kat lokasi last aku lepak aje kat tangga batu. Pastu terus jadi lokasi posing posing geng johor. Kekeke. Camtu pun boleh ehhh.. Memandangkan semua dah keletihan, memang leh nampak riak wajah memasing. Lum cerita baju pakat basah ngan peluh. Hehehe. Sesi malam difreekan. Dapatlah pakat berehat. Tu pun ada jugak negeri yang

Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 1

Imej
Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 1. Setel sesi KIK terus gerak ke Hotel Selesa. Memandangkan sesi sebenar bermula malam, jadi aku gunakan semua sumber yang ada untuk sesi bengkel fokus Modul Pengurusan Sekolah Negeri Johor dulu bermula jam 2 petang. Selesai part Johor. Dapat nengok fokus kutipan Oktober ni. Malamnya baharu mula sesi zon selatan. Dimulai dengan penerangan khas pengurusan data daripada Dr Zabani, Ketua Sektor Data Pendidikan EPRD. Seterusnya sesi pengenalan berkenaan modul infrastruktur daripada En. Shamsudin daripada PADU. Hmmm.. Tak sabar pulak nak dengor sesi penuh esok harinya. Ps : Dah nengok kat PC baru perasan aku snap picas pakai mode auto. Ada yang gego sebab dia pakai mode beauty bagai. Kekadang nyampah jugak bila restart cam dia balik ke mode auto. Esok memang aku ready ngan manual mode.