Catatan

Zakat Fitrah negeri Johor 1436H / 2015M

Imej
Zakat Fitrah negeri Johor 1436H / 2015M Panduan Kadar Fitrah Terdapat dua kadar fitrah iaitu : Harga Fitrah RM 5.00  bagi Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram. Harga Fitrah RM 8.00  bagi   Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional). Panduan Pembayar Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor. Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya. Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya: ” Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekot

Setem 50 sen hantar kad raya 2015

Imej
Setem 50 sen hantar kad raya 2015 Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) meneruskan caj istimewa sebanyak 50 sen bagi penghantaran setiap kad ucapan Hari Raya Aidilfitri. Ketua Pengurusan Produk Mel Pos Malaysia, Mohd Zaki Mohd Nasir berkata tawaran berkenaan adalah untuk semua saiz kad yang beratnya tidak melebihi 50 gram. Beliau berkata tawaran itu bermula 18 Jun sehingga 13 Julai. Tahun ini Pos Malaysia menjangka akan memproses kira-kira 2.6 juta kad hari raya, katanya. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

KURSUS I-THINK SECARA LUAR TALIAN 2015

Imej
KURSUS I-THINK SECARA LUAR TALIAN 2015 Bahan kursus luar talian bagi i-THINK 2015 boleh dimuat turun mulai 16 Jun 2015. Pengguna harus juga mempunyai pelayan web IE versi 10 dan ke atas apabila menggunakan bahan ini. Sila klik di pautan ini : http://www.moe.gov.my/v/ithink Pilih Kursus i-THINK Versi Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris Muat turun semua 13 fail termasuk File Joiner (fjoiner.exe) ke dalam folder PC atau Laptop anda Lancarkan File Joiner (fjoiner.exe)  Masukkan fail yang dimuat turun menggunakan butang ADD FILES Pastikan semua 13 fail disusun bermula dari atas fail _01(13), _02(13), _03(13) dan seterusnya. Klik pada butang APPEND FILES Klik butang JOIN Setelah proses penggabungan tamat, fail (saiz 646 MB) yang telah digabung akan berada dalam folder  Klik fail tersebut untuk melancarkan Kursus i-THINK 

Berjimba jimba @Bayou Lagoon Waterpark, Bukit Katil, Melaka

Imej
Berjimba jimba @Bayou Lagoon Waterpark, Bukit Katil, Melaka. Layankan ajer ler gambo yang dimasukkan. Kali ni aku ambik bilik yang ada jakuzi. So. Lebih banyak layan jakuzi dari waterpark. Air suam suam kuku ja sepanjang masa. Ekekeke

VLE Frog dengan peningkatan ciri-ciri baru

Imej
VLE Frog dengan peningkatan ciri-ciri baru Frog VLE telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru. Penambahbaikan ini dihasilkan untuk menjadikan Frog sebagai sistem atas talian yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mesra pengguna. Kesemua penambahbaikan yang tersenarai di bawah dan lebih banyak lagi yang kami akan bawakan, sedang dilaksanakan pada bulan ini. Anda akan melihat beberapa perubahan baru apabila anda melog masuk dengan ID 1BestariNet anda! Berikut adalah gambaran keseluruhan penambahbaikan Frog VLE. Impak kepada Pelajar Frog Timelines Apabila pengguna melog masuk ke dalam Frog VLE, paparan yang pertama adalah Frog Timelines. Frog Timelines merupakan sebuah platform media sosial yang menyerupai Facebook. Dashboard pengguna masih boleh diakses melalui Dashboard Switcher yang terdapat di bahagian atas laman VLE. Memuat turun Site - Pelajar kini boleh memuat turun Site atau bahan pembelajaran daripada FrogStore. Perkongsian Folder - Pengenalan fu

Eating out @Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil Melaka

Imej
Eating out @Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil Melaka. Sempat kami singgah di sini untuk lunch sebelum check-in ke hotel. Boleh tahan sesaknya manusia di sini. Alhamdulillah. Dapat tempat. Ambil cara berhidang. Nice asam pedas and air tebu here.

Perkhidmatan Tren Ulang Alik (Shuttle) KTM Intercity antara JB Sentral - Woodlands bermula 1 Julai 2015

Imej
Perkhidmatan Tren Ulang Alik (Shuttle) KTM Intercity antara JB Sentral - Woodlands bermula 1 Julai 2015 Perkhidmatan "Shuttle Tebrau" itu bakal memudahkan orang ramai yang berulang alik untuk menjalankan urusan harian antara dua negara tersebut selain dapat mengurangkan kadar kesesakan di Tambak Johor. KTMB dalam satu kenyataan berkata sebanyak 14 perkhidmatan disediakan setiap hari iaitu tujuh perkhidmatan dari Stesen JB Sentral dan 7 perkhidmatan dari Stesen Woodlands. Perkhidmatan dari Stesen JB Sentral akan bermula pada jam 5.30 pagi dan berakhir pada jam 10 malam manakala dari stesen Woodlands bermula jam 6.30 pagi dan berakhir jam 11 malam. Waktu perkhidmatan dari Stesen JB Sentral bermula 5.30 pagi, 7 pagi, 8.30 pagi, 4 petang, 5.30 petang, 7 malam dan 10 malam, manakala dari Woodlands bermula 6.30 pagi, 8 pagi, 9.30 pagi, 5 petang, 6.30 petang, 8 malam dan 11 malam. Tambang bagi perkhidmatan sehala adalah RM5 dari stesen JB Sentral manakala S$5 sehala da

Salam Ramadan 2015 1436H

Imej
Salam Ramadan 2015 1436H. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Tarikh melihat anak bulan Ramadan 16 Jun 2015

Imej
Tarikh melihat anak bulan Ramadan 16 Jun 2015 Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Selasa, 16 Jun 2015. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan Puasa melalui radio dan televisyen. Menurut pejabat itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu,Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Bukit Jugra, Banting (Selangor); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim PengkalanBaru, Manjong (Perak).   Pusat Falak She

Portal i-Sayang - Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK)

Imej
Portal i-Sayang - Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK) Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK) atau lebih dikenali sebagai Portal i-Sayang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan orang kurang upaya (OKU) yang disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi merangkumi kesihatan, kebajikan, pendidikan, kerjaya dan khidmat sokongan dari peringkat bayi sehingga dewasa. Semua maklumat ini diselaraskan oleh KPM yang bertindak sebagai lead agency dan melibatkan kerjasama enam (6) Kementerian lain iaitu : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Kesihatan Malaysia; Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah  Portal i-Sayang juga menyediakan kemudahan bagi membolehkan OKU untuk mengakses portal ini. Setiap laman boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan individu yang mempunyai kategori ketidakupayaan yang be